Kenali Teknik Penjagaan Kangaroo Care

October 09, 2014
panduan teknik penjagaan kanggaroo


Kangaroo care atau teknik penjagaan kanggaru ialah satu teknik sentuhan kulit ke kulit di mana bayi akan di letakkan di dada ibu, malah ayah juga. Kangaroo care ini sangat popular terutama untuk bayi pramatang di NICU kerana kajian membuktikan kesan yang sangat baik untuk bayi-bayi ini. 

Menurut Krisanne Larimer, penulis buku “Kangarooing Our Little Miracles”, penjagaan Kangaroo banyak membantu bayi pra matang dalam beberapa perkara :
  1. Suhu Badan - Kajian menunjukkan ibu mempunyai aliran udara hangat yang boleh diselaraskan dengan bayi. Apabila bayi kesejukan, suhu badan ibu boleh menghangatkan bayi.
  2. Penyusuan - Penjagaan ini membenarkan bayi mudah mendekati payu dara dan sentuhan kulit ke kulit meningkatkan pengeluaran susu. Penyusuan menguatkan sistem imun bayi dan merapatkan hubungan ibu dan anak.
  3. Meningkatkan berat badan - Membolehkan bayi mendapat tidur lena yang cukup bagi memberi tenaga kepadanya. Peningkatan berat badan bermakna singkatlah masanya tinggal di hospital.
Jauh hebat kesannya berbanding jika bayi dibiarkan dalam inkubator sahaja. Bagi bayi yang cukup bulan pun, kangaroo care memberi kesan ajaib yang sama.

Kangaroo care kelihatan mudah, bagaimanapun menuntut setiap ibu bapa mematuhi beberapa peraturan yang digariskan. Kepala bayi perlu berpaling agar telinganya berada di atas jantung ibu. Ibu bapa juga tidak dibenarkan menukar posisi kecuali untuk memberi makanan dan membersihkan bayi. 

Malah pada waktu malam, ibu bapa dilarang untuk baring kerana bayi perlu berada dalam posisi menegak selain mengekalkan sentuhan kulit antara kedua-duanya.

Keadaan persekitaran bilik juga memainkan peranan. Jururawat akan memalapkan lampu dan peka terhadap bunyi persekitaran bertujuan mewujudkan ruang bilik seakan-akan rahim ibu.

Berdasarkan rekod Pertubuhan Kesihatan Dunia, seorang daripada 50 bayi meninggal dunia sebelum berusia sebulan yang sebahagian besarnya adalah kerana kelahiran pramatang.

Data Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula menunjukkan dalam tempoh 20 tahun, Brazil berjaya mengurangkan kadar kematian bayi kira-kira dua pertiga bagi usia bawah tiga tahun setelah menjalankan program usaha sama kangaroo care.

Walau apa pun, segalanya berlaku dengan izin Allah. Teknik penjagaan kangaroo ini merupakan ikhtiar kita, dan segalanya adalah pinjaman Nya. Teruskan berusaha sambil berdoa demi kesihatan anak pramatang anda!

Sumber olahan Majalah PaMa keluaran Dis2012

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.