Tips Harmoni Tinggal Serumah dengan Mentua dan Ipar Duai

Bagaimana nak terus kekal harmoni tinggal serumah dengan mentua dan ipar duai? Kebanyakan pasangan yang baru kahwin memang alergik betul kalau suami kata yang kita terpaksa tinggal serumah dengan mentua. 
tips tinggal serumah dengan mertua
Isu tinggal serumah dengan mentua ni sering menjadi dilema bagi pasangan pengantin baru. 
keburukan tinggal bersama mertua
Syu tak kata orang lain. Syu sendiri pun agak memberontak weyh masa mula-mula suami cakap yang I kena tinggal di rumah orang tuanya. 
adab tinggal serumah dengan mertua
Keadaan makin sulit bila karier Incik Suami menuntut kami tinggal berjauhan atau PJJ (perhubungan jarak jauh)...ohh~
stress tinggal bersama mertua


Suami Syu bertugas dalam sektor oil and gas di mana dia terpaksa tinggal di atas pelantar minyak di Miri, Sarawak untuk tiga bulan berturut-turut, dan hanya boleh balik bercuti di kampung selama dua minggu sahaja. 
rumah sendiri atau ikut mertua
Adoi just imagine gais, selama tiga bulan tu I was like terkontang-kanting, mati kutu, tak tentu kepala ekor lah aku sendirian di rumah tu ~ohh. 
kelebihan tinggal di rumah sendiri
Bagaimanapun, sis redho jer la. Cakap kat dalam hati. Syu! Kau harus pandai bawa diri. Di kandang kambing, haruslah kamu mengembek. Jangan pula kau berkokok. huhu. 
hukum islam tinggal serumah dengan mertua
Tak sudah-sudah I berhuhu menunjukkan betapa cuaknya Syu nak menghadapi sebuah dunia baru, bersama mereka yang sebelumnya adalah asing bagi aku. 
menantu tinggal serumah dengan mertua
Ya. Keluarga mentua.

Dalam keadaan ekonomi kami yang belum mantap masa tu, sebagai isteri Syu terpaksa turutkan aje apa jua keputusan Incik Suami. 


Kalau nak menyewa rumah, alahai sakit jugak lah weyh sebab harga rumah sewa area Kuala Terengganu ni mahalnya nauzubillah! 

Ya, mahal ala-ala rate rumah sewa KL gittew. Sangat di luar kemampuan kami pada detik itu. Ohh~ itu belum lagi kira kos untuk memenuhi perkakasan rumah tu.istri tidak mau tinggal serumah dengan mertua
Tambahan pula masa tu, satu-satunya kenderaan yang kami ada hanyalah sebuah motorsikal Honda EX-5 sahaja. So Incik Suami memang tak harap nak tinggalkan isteri dia sorang-sorang di rumah sewa, yang hanya "berkudakan" motor EX-5 untuk bergerak ke mana-mana.

So kepada kalian, pasangan pengantin baharu yang perlu tinggal bersama mertua, tak kira lah atas sebab menjaga orang tua atau telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga rumah pusaka ke, kalian boleh lah cuba ikut tips kekal harmoni tinggal serumah dengan mentua dan ipar duai yang Syu senaraikan di bawah:


Tips kekal harmoni tinggal serumah dengan mentua dan ipar duaitips tinggal serumah dengan ibu mertua

1. Tentukan niat

Niat dalam hati, untuk berbuat baik kepada kedua orang tua. Ma ngan  Abah aku pesan, jangan anggap mertua tu sebagai mertua, tapi anggap macam mak ayah sendiri. Waima, bila I berbual dengan Abah, dan mention "Mak mertua kirim salam", terus I dimarah nya!

Abah larang sebut macam tu, sebaliknya cukup sekadar "Mak" dan "Ayah" je. Abah kata, jangan beza-bezakan mak kandung dengan mak mertua. Lagipun takkan berlaku kekeliruan pun kalau tak sebut 'mertua' tu, sebab mak bapa kandung Syu panggil "Mama" dan "Abah", manakala panggilan mertua pula adalah "Mok" dan "Ayoh" (ikut accent ganu)

Syu pernah terdengar satu ceramah Tanyalah Ustazah, penceramah tu ada menyebut

'Mentua atau menantu yang hebat, ialah mereka yang masih berbuat baik dan sabar walaupun terpaksa melayan karenah mertua / menantu yang serupa hantu. Yang penting jangan merungut.' 

Jadi kalau korang dalam situasi yang ni, korang memang hebat.

2. Layan mertua seperti mak ayah sendiri

Anggap mertua macam parents kalian sendiri. Jadi kawan dengan dia. Jangan asingkan diri pula. Jangan sebab berbeza budaya dan bahasa, kalian pilih untuk kurang bergaul. 

Syu ni orang Perak pior dan tinggal dengan mertua yang pure Ganu. Kalau nak ngam dengan diorang, aku kena lah master dulu bahasa dan dialek diorang.

Kalau nak tahu, tiap-tiap hari bila bercakap ngan Mak, Syu akan jot down dalam handphone perkataan-perkataan yang Syu tak faham maksudnya.hahaha. 

Lepastu bila Incik Asben call malam-malam, I akan tanya semua makna perkataan yang I catat tadi. Sounds funny right? 

Tapi begitulah hari-hari aku berlalu, sampai lah sekarang! Aku sangat fasih cakap ganu sampai kat sekolah orang menyangka aku asal ganu haha

Pastu, jangan nak sentap sangat bila mertua tegur or nasihat. Anggap je macam mak kita sendiri, yang selalu duk berleter kat kita sebelum-sebelum ni. 

Kalau taknak kena bebel, kalian kena lah rajin-rajin kan diri. Kalau kalian memang dah spesies rajin sejak dulu, ha you all kasi up lagi rajin tu bila tinggal dengan mentua. 

No! 
Bukan I nak suruh you guys jadi hipokrit! 

Tapi meh I nak tanya? Ada ke orang yang tak pepasal nak menyampah pada menantu yang rajin dan ringan tulang ni? Takde kan? Kalau ada pun yang membenci, haa memang orang tu sejenis yang berpenyakit hati lah tu. Hati hitam!

3. Biasakan agar orang dalam rumah tu faham privasi kita sebagai menantu

Perkara penting yang diperlukan oleh pasangan pengantin baru adalah privasi. Keadaan privasi atau bersendirian bersama pasangan itu lah antara peluang untuk kita lebih mengenal satu sama lain.

Hal ini mungkin susah sikit kita nak dapat kalau tinggal serumah dengan mentua. 

So pandai-pandailah kalian menentukan area privasi kalian, (bilik tidur, misalnya) dan minta kerjasama semua orang yang tinggal bersama dalam rumah tu, termasuklah anak buah cucu cicit sekalipun. Lagipun batas aurat kita sebagai menantu perempuan dalam rumah tu pun kena jaga juga kan?! 

Takkan lah bilik tidur kita pun senang-senang je orang terjah masuk!

Misalnya, ada anak-anak buah yang sering masuk ke bilik kita tanpa memberitahu terlebih dulu, sebaiknya kalian bagitahu dia agar ketuk pintu dulu sebelum masuk, dan jangan masuk bilik kita sesuka hati walaupun tiada orang dalam bilik. 

Yer paham. Ianya memang susah! 

Benda ni kita kena ulang pesan banyak kali, sampai mereka ingat. Biasalah budak-budak. Memang selalunya di cop sebagai 'tak makan saman' hihi. Tapi sabar lah. Lama-lama bila dah biasa, mereka akan faham. 

Ingat. Nak mengubah sesuatu yang dah jadi budaya ni memang akan makan masa. So sabar banyak banyak.

4. Elak dari masuk campur dalam perbalahan keluarga

Tinggal bersama mertua, kadang boleh buat kita ternampak sikap suami kita yang tidak matang dan keanak-anakan tu terserlah depan mata. 

So andai kata berlaku pergaduhan antara suami dan adik beradiknya, atau mungkin dengan mak ayah nya, kalian pastikan tangan kalian 'bersih' dari pergolakan tersebut. Dan kalau boleh beredar je la dari situ. 

Lari masuk bilik je lah, senang. 

Penting ye. Jangan sesekali jadi batu api atau cuba-cuba bersuara bagi pendapat bagai. 

Kita tak tahu, mungkin dalam rumah tu memang dah biasa berlaku pertengkaran macam tu, dan mungkin akhirnya benda tu selesai dengan sendirinya, umpama angin lalu, ke kan? So, bayangkan kalau kita menyampuk, mungkin perkara tu jadi lebih panjang dan serius.

5. Jangan berkira dengan mentua

Berkira ni ada macam-macam jenis berkira hokey. Paling kena elak, berkira bab makan. Nonono. Not good! 

So kalau masak atau beli bawa balik makanan, make sure ianya cukup untuk mengisi perut satu rumah. 

Kalau bajet semput, better jangan bawa balik pun makanan tersebut. Kasihan pada mata yang menengok dan hidung yang menghidu tu.

Yang kedua, berkira kudrat. Ahh I basuh kain baju I sendiri je, kain baju kau anak beranak kau basuhlah sendiri. Bila hujan, gamak awak angkat pakaian awak je dekat ampaian. Pakaian mertua dan ipar-ipar, awak biarkan kebasahan. 

Seterusnya berkira bab duit. Apa la salahnya awak beli barang-barang keperluan rumah macam makanan kering, makanan basah dan keperluan mandian untuk rumah tu. 

Yer mungkin Incik Asben awak dah bagi duit belanja pada mak mertua awak, tapi duit yang ada di tangan awak tu, takkan lah taknak langsung allocate untuk sedekah? Sedekah ni aula nya kepada orang-orang yang paling dekat. Tak gitu wak?

6. Amalkan hidup tak menyusahkan orang

Selalunya, orang tak suka kat perempuan yang banyak mengada-ngada nya, kan? Manja is okay, tapi mengada? Ohh please! 

Orang kata, kalau tak mampu menyenangkan, janganlah pula menyusahkan, ha gittew!. So, kalau boleh, cuba sedaya upaya agar berdikari dan tak cepat memohon bantuan dengan ipar dan mertua. 

Selagi kita boleh buat, kita buat sendiri. Macam Syu ni, tinggal dengan mertua tanpa suami di sisi. Nak taknak, harus pandai bawa diri dan berdikari sehabis mampu.

Masa Sy pregnant kan abam Naufal, Mak yang temankan Syu pergi klinik, untuk rutin checkup antenatal. Masuk bulan ke tiga, Syu dah mula kenal selok belok jalan kampung nak ke klinik, Syu pergi pulas minyak motor, rempit sendiri je ke klinik.

Memang Mak tak pernah sekali pun mengeluh kata aku ni menyusahkan dia, tapi kita ni sebagai orang muda kena la faham, bukan senang ye nak duduk berjam-jam menunggu giliran kat klinik bagi seorang yang bergelar warga emas. Kesian diorang sakit urat sana sini.

Pastu dengan ipar-ipar, jangan ambil kesempatan, walaupun diorang baik. Ini, tengok je ipar tu rajin sikit, awak pun mula buat-buat tak larat nak mengelat buat kerja rumah.


Pesanan akhir untuk kekal harmoni tinggal serumah dengan mertua dan ipar

Semoga 6 tips yang Syu bagi ni dapat sikit sebanyak meredakan stres korang yang baru berkahwin tu, dan terpaksa tinggal dengan mertua. 

Aku tak kata aku ni menantu kesayangan. Apatahlagi menantu bak bidadari kiriman Tuhan hahaha, jauh sekali!

Seketul Mamy Syu ini banyak kekurangan hoi!
 
Cuma, bila sekarang ni rakan sekerja yang tahu aku pernah duduk serumah dengan mertua, dalam keadaan di mana suami tak tinggal sekali, memang masing-masing tunjuk muka kagum and be like, 'Wow! penyabarnya kau Syu".

Haha..penyabar ke tak tu, hanya Allah yang tahu. 

Pokoknya, kita share yang baik-baik aje. Supaya boleh jadi inspirasi dan tauladan. Yang 'sumbing' tu kita simpan kemas-kemas dalam hati, mengadu pada Tuhan.


Dan aku doakan pada korang yang sedang berada di tempat ni, banyak-banyak mengadu pada Allah, semoga Allah meringankan bebanan kita dalam segala urusan.

Tak payah lah kot nak post status meroyan, menyindir, mengutuk kat FB, kat whatsapp status, kat IG story. Sangat tak cantik ye di situ. 

Perbuatan macam ni sama je seperti melondehkan kain sendiri di khalayak ramai. Aib suami jaga sama~

Papepun, paling penting sini, aurat antara ipar duai kena guard baik-baik. 

Rasulullah SAW bersabda: Dari Uqbah Bin Amir, katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita:. Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?" Sabda baginda: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasa'i)

Mamy Syu: Aurat dan hubungan dengan ipar je dah disamakan dengan maut. So tanggungjawab kita sebagai isteri adalah jaga maruah diri untuk suami. Elakkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah antara kita dengan ipar.


Catat Ulasan

42 Ulasan

  1. Btol tu..orang tua ni kalau tegur jgn mudah terasa hati.. mereka tegur sbb sayang..paling baik jaga sy pantang.. walaupon sy dah pantang kt uma mak tp mertua nak jugak jaga..hehe sy pantang 2rumah.. untungkan dpt mak2 yg caring. Adatla tu klu ada buat salah..tp bgus mereka tegur sy trus btolkn..lebih baikla dri mereka mburukkn kat ank lain..kalau bab2 ipar duai sy mmg xsuka masuk campur.sbb dorang ni suka perhati n mngadu apa je kita wat.. tu jela.. kena sikap bhati2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok bila dapat mertua yang sekepala..rezeki Ena tu. Tak semua orang dapat nasib sebaik Ena.

      Padam
  2. My SIL is evil. Shes disaster

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu~
      Semoga dipermudahkan dalam setiap urusan..amin.

      Padam
  3. Cantiknya as dlm gambar kawen.. mama pun dulu duk dgn mak mertua. So far ok boleh juga belajar memasak dgn dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2..Annur pun banyak belajar masakan tradisi Terengganu & makanan favourite Incik Asben, dari mak mertua.

      Padam
  4. Akak pernah berkahwin...tp akak x pernah ada mak mertua..ada ayah mertua je masa tu..heheh..so takde pengalaman duduk ngan mak mertua..maybe wish utk next marriage kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga future mak mertua akak, orangnya sporting n boleh jadi geng..hihi amin

      Padam
  5. Thank you for the tips. It is very helpful!

    BalasPadam
  6. Kalau boleh tak nak tinggal serumah dengan mertua dan ipar. Tapi kalau terpaksa bolehlah praktikkan tips ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe sis. Kalau sudah takdir kena duduk dengan mertua, just stay positive ye. Everything is going to be okay

      Padam
  7. Thanks for the tips. Tapi Lin belum yakin lagi nak duduk dengan mertua or ipar duai. Elakkan confrontation 😂

    #TheRealBloggerMak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good for you mak. Selagi boleh elak, kita elak

      Padam
  8. good tips , nanti bila dah kawin CCL cuba praktikkan

    BalasPadam
  9. Good tips. Minda kena kuat kan. Mental pun kne kuat jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takkan ada kekuatan, sebelum kita jatuh lemah.
      Jadi tak apa lah kalau kita rasa kita tak kuat. Sebab dari situ kekuatan itu dibina.

      Padam
  10. good sharing..saya pn tinggal dgn mertua..thn ni dh masuk thn ke 11..mcm tk percaya juga sbb bole bertahan lama sbb sebelum kawin slalu dgr mcm2 kalo tgal ngan mertua kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Rezeki mama Tisya

      Padam
  11. tak semua ibu mertua tu jahat macam kebanyakan dalam drama melayu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama07:42

      Betul, tapi SIL aku mmg melampau.bw adik lelaki dan pakcik yg sebaya dia masuk bilik tanpa kehadiran suami di rumah.Lepas tu bila suami balik bijak pula keluar stay dekat ruang tamu.Dah la bw masuk family lelaki dia tanpa izin.aku yg blk uma pun terkejut ada lelaki dtg uma.Uma ni mak bapak aku punya bukan mak bapak ko..adik pun buat mcm benda tu normal.Dunia ni da nak kiamat ke???

      Padam
  12. Great tips to be shared there. Luckily not all mak mertua are evil! HAHAHA

    BalasPadam
  13. I guess there's this fear of MIL simply because of what has been portrayed on TV...but I sincerely believe that most families are just like yours, probably just with a slightly different upbringing...but nothing can affect the love and bonds that run through it....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu wak. Drama TV banyak mempengaruhi corak sosial kita di Malaysia

      Padam
  14. Ini rasanya pun depends on your luck with your in laws... kadang kadang kalau in laws terlalu cerewet pun payah.... I have had two sets of in laws.. so I can relate... I treat them with respect the best I can.. my first in law was really amazing... my current in law is not too bad but she got mood swings.. so when bad mood.. apa lagi... ok bai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah..keep your social distance dengan orang yg macam ni haha.

      Padam
  15. It really does depend on how the bond is between you and your in laws. Not everything is like how it is in movies where there is a constant fear.

    BalasPadam
  16. Is true. I also leave my in law and she is a nice mother. The only I cannot stand my adik Ipar as he a lazy and not hygiene person. I try my best to become a good daughter in law.

    BalasPadam
  17. Sy dulu seorang tetamu, kini dah jadi seorang menantu dalam rumah tu.. dekat rumah tu lah saya bertemu suami saya.. saya betul2 rindu masa saya jadi tetamu dalam rumah tu.. tapi dah jadi kenangan.. bila saya dah jadi menantu, baru saya kenal keluarga suami saya macam mana... Baik buruk mereka.. lagi2 mak mertua saya.. saya sebagai menantu, sebagai isteri dan sebagai ahli keluarga dalam rumah tu, saya cuba berhati-hati dengan mereka. Tak kira sesiapa pun... Sebab saya tinggal sebut dengan mak mertua saya serta ipar duai.. saya lebih selesa bekerja.. tak terlalu makan hati . Lagi2 hal dapur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer..kadang-kadang situasi kita tinggal dgn mentua tu tak jadi teruk sangat kalau kita ni isteri yg berkerja. Bukan surirumah.

      Padam
  18. saya dah 7 tahun kawin tinggal dengan mertua /ipar, kena banyak sabar, 1001 cerita, ada ada kala kena jauhkan diri jugak lah. semoga dapat rumah soon aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn..semoga tercapai impian awak tinggal di rumah sendiri.

      Padam
  19. Tanpa Nama14:29

    terima kasih sis sharing. sy juga ada terbaca website mufti tentang tinggal bersama mertua ni. sudi sudilah membaca ya https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2964-al-kafi-1012-tinggal-bersama-mertua-atau-berasingan

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama00:20

    Sedih apabila kakak ipar campur tangan dan jadi penentu keputusan pihak isteri...Ini kerana isteri menganggap kakak nya seperti ibu kedua setelah ibunya telah meninggal dunia. Sejak itu isteri mula tidak hormat pada suami serta menuruti segala nasihat kakak nya sendiri melebihi suaminya sendiri...AstargfirullaHalaaZiim

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama00:20

    Sedih apabila kakak ipar campur tangan dan jadi penentu keputusan pihak isteri...Ini kerana isteri menganggap kakak nya seperti ibu kedua setelah ibunya telah meninggal dunia. Sejak itu isteri mula tidak hormat pada suami serta menuruti segala nasihat kakak nya sendiri melebihi suaminya sendiri...AstargfirullaHalaaZiim

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakak yang toksik begitu, suami perlu confront.
      Cakap elok2 secara bersemuka. Minta dia jangan jadi batu penghasut

      Padam
  22. Terima kasih tips nya.. Jd motivate utk sabar dn sabar ..musim pkp ni... Saya kahwin waktu btol2 sblom pkp ..pas kahwin trus duduk ngan mentua .. X kerja ... Pjj plak tu ... Mentua x brp sihat...doakan saya ye ❤

    BalasPadam
    Balasan
    1. All the best ya awak!
      Sabar memang penting. Tapi lagi utama, kena selalu beringat untuk elakkan diri dari libatkan diri dalam isu anak beranak mentua.
      Syu doakan semoga rumahtangga awak kekal harmoni & bahagia.

      Padam
  23. Tanpa Nama23:51

    Masuk tahun ni dah 9 tahun ddk rumah mertua..mula2 ok jer..tapi tu lah..kita nak stay positif utk masa yg lama tu kadang2 tergelincir jugak..latest my husband nampak mesej i dgn adik i berungut tentang SIL..means kakak diela..die SS n forward back kat i dgn ucapan TERIMA KASIH! terus tercetus perang dingin..i tak tahu lah pd siapa blh i luahkan if anythg happen sbb husband mmg back-up kaw2 fmly die if anythg happen..bila jadi mcm ni .kita yg terdiam makan hati ulam jantung sendiri..end up i juga kena mengalah n minta maaf dgn org serumah..pdhal mereka xtahu apa2 pun tentang salah faham ni .i have to make it to save my marriage..erm...😔

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang begitu la. Kita ni dah berhabis jaga dah demi keharmonian, tapii...hmm. Mamy dulu cari jalan utk keluar juga dari rumah tu tanpa sebarang konflik dgn satu2 cara, iaitu dapatkan pekerjaan tetap dalam kerajaan. Bila kita keluar dari rumah mentua asbab tuntutan kerjaya, tidak lah nampak macam nak lari sangat.
      Mamy Syu doakan awak dapat jalan keluar yang terbaik dengan kadar yg segera. Aminn

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y