Dunia sekarang memang sangat mencabar kaedahnya. Dengan pandemik yang tak sudah-sudah, disusuli kejatuhan ekonomi, dan kos sara hidup yang semakin meningkat nya.
Doa agar Suami rajin bekerja
Tak cukup dengan itu, ada juga yang hidup struggle kerana kehilangan punca pendapatan sejak PKP 2020 dahulu dan masih gagl mendapatkan pekerjaan yang begaji selesa seperti sebelum pandemik melanda,
suami pemalas
Betul orang kata duit bukan segala-galanya. Tapi demi meneruskan hidup, duit adalah perkara utama yang diperlukan sebagai perantara untuk mendapatkan keperluan hidup.
suami pemalas dan pengangguran
Tugas Mencari Nafkah Tanggungjawab Suami atau Isteri?
Sejak berabad dahulu, secara adatnya orang lelaki lah yang akan keluar mencari nafkah serta mencukupkan keperluan makan, pakai dan tempat berteduh untuk keluarga.
suami pemalas suami tidak bekerja
Tapi fenomena lelaki 'biawak hidup' sekarang kian menjadi-jadi dan trend ini semakin ketara kelihatan berlaku dalam masyarakat hari ini.
ciri ciri lelaki pemalas
Paling menyedihkan apabila trend lelaki malas berkerja ini dinormalisasikan oleh masyarakat, lalu menjadikan perkara ini tak nampak salah!
suami tidak bekerja istri harus bagaimana
Menyampah betul apabila terdapat segelintir daripada mereka, sudah lah malas bekerja dan mengharapkan duit orang lain, malah tinggi pula demand hidup mereka!
suami tidak memberi nafkah karena tidak bekerja
Makan nak sedap, merokok pula tak putus.
Di rumah, mereka membazir utiliti yang ada. Buang air, membazir elektrik. Bila keluar rumah pula meronda keliling bandar tanpa tujuan bermanfaat.
suami tidak memberi nafkah karena tidak bekerja
Minyak motor kering, baru ingat nak balik. Minta duit lagi untuk refuel dan makan. Dan berulang lagi. Begitulah rutin setiap hari.
Hakikat Tidak Semua Lelaki akan Berfungsi sebagai Lelaki
Bila lelaki tidak berfungsi maka, nak tak nak golongan wanita lah yang terpaksa menggalas peranan sebagai ketua keluarga.
suami tidak memberi nafkah karena tidak bekerja
Walaupun hatinya sakit, namun demi kasihnya terhadap anak-anak, dan demi meneruskan hidup, mana-mana wanita akan kerah tulang empat kerat mereka untuk mencari sepuluh sen, dua.
suami pemalas suami tidak bekerja
Syu sendiri pernah mendengar luahan seorang teman jauh, bahawa dirinya sudah tak tahan dan sangat penat dengan keadaan hidupnya yang perlu menanggung segala makan minum ahli keluarga serta belanja rumah, sedangkan adik lelakinya hanya terperuk di rumah tanpa ada sekelumit ikhtiar untuk memajukan diri.
Setelah ibunya meninggal, teman Syu ni berpindah tempat kerja dan tinggal di rumah pusaka untuk menjaga bapanya. Hari pertama dia menjejakkan kaki ke rumah itu lah di mana semua kesengsaraan ini bermula.
suami pemalas suami tidak bekerja
Dialah yang perlu memasak, mengemas, menyediakan keperluan bapa dan duit belanja kerana hanya dirinya memiliki pekerjaan tetap.
Selama bertahun dia menjalani kehidupan seperti ini, dia ikhlaskan je. Tapi waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula diperkenalkan tahun lepas, pendapatan dia banyak terjejas dan keadaan ini menyebabkan dia depressed.
suami pemalas tidak beri nafkah
Nak-nak pula bila memikir perangai pemalas adik-adiknya yang masing-masing berusia 30-an.
Lelaki ini Hidup Selesa dengan Menadah Tangan, Malas Bekerja
Dua adik lelaki dia ni bukan cuma malas berkerja, malah mereka juga terlalu berkira kudrat mereka tatkala dia minta tolong membawa bapa mereka mengikuti temu janji dengan doktor di hospital.
suami pemalas suami tidak bekerja
Pendek kata, mereka berdua adalah lelaki tak berguna lengkap dengan pakej; tak bertanggungjawab, berkira dan pemalas.
suami pemalas suami tidak bekerja
''Mereka terlalu pemalas. Masa mereka hanya dihabiskan dengan tidur sehari suntuk dan selesa tinggal dalam keadaan berselerak dan busuk."
"Bayangkan dengan keadaan PKP ni perlu bekerja dari rumah, aku memang stres gila sebab terbeban dengan tugas mengemas rumah berulang kali. Inilah akibatnya bila masa arwah mak ada dulu, semua kerja rumah mak yang buat'' luahnya dengan penuh kesal.
This kind of man causing lots of needless headaches! Seriously, semak kepala otak.
Macam lah kita ni tak ada benda lain nak fikir, nak kena handle selain daripada nak setelkan masalah diorang je.
suami pemalas tidak beri nafkah
Kisah yang dilalui teman Syu ini mungkin nampak kecil di mata sesetengah insan, namun sebenarnya situasi begini dapat dielakkan kalau sejak dari awal ibu bapa mengajar anak lelaki menyantuni kaum wanita dan erti tanggungjawab sejak anak-anak masih kecil.
Adat Turun-temurun Anak Lelaki Dilayan Bagai Raja di Rumah
Kesilapan mendidik memang faktor utama yang membentuk seseorang itu menjadi insan tak bertanggungjawab. Budaya lama seperti melayan suami ibarat seorang raja adalah tidak lagi relevan di zaman ini.
suami pemalas tidak beri nafkah
Kalau zaman dahulu iya, atok-atok kita bekerja dan mencukupkan segala keperluan rumahtangga hanya dengan tulang empat keratnya.
awas suami pemalas tidak beri nafkah
Manakala nenek duduk di rumah dan hanya tahu memasak dan mengasuh anak semata-mata. Tidak sibuk mencari ikan atau sayur untuk dimasak, sebab segalanya si atok dah sediakan dan dibawa balik.
jangan salah pilih suami pemalas culas nafkah
Zaman sekarang, majoriti wanita yang berkahwin mempunyai kerjaya dan turut menyumbang dalam pendapatan isi rumah, kadang tu mungkin lebih lagi daripada jumlah yang dijana sang suami.
suami penganggur
Separuh daripada beban sara hidup sudahpun dipikul isteri, jadi sangat zalim lah pada hemat saya sekiranya suami tidak ada sekelumit rasa ihsan membantu meringankan tugasan di rumah!
suami tidak berkerja
Isteri pun letih bekerja, just like you bang! Separuh hari sudah diabdikan (beribadah) di tempat kerja. Takkan you tergamak biarkan isteri dengan kerja-buat di rumah pula secara bersendirian?
suami biawak hidup
Jadi, please. Tanggungjawab rumahtangga perlu dibahagi-bahagi dan digalas bersama, bukan letak 100% atas bahu isteri, macam zaman dulu-dulu lagi.
suami pemalas culas nafkah
Tapi.
suami malas berkerja
Jangan terkejut ye kalau Syu cakap yang adat dan budaya merajakan lelaki ini masih lagi diamalkan dalam masyarakat sekarang.
Anak Lelaki Bakal Mewarisi Sifat Narsistik & Budaya Malas si Ayah
Bila sebut saja kerja rumah, terus 'cop' itu kerja anak perempuan!
ciri suami pemalas
Basuh baju, jemur kain, angkat jemuran, sapu dan mop lantai, lipat baju dan segala macam kerja rumah, ibu bapa tanpa teragak-agak menghalakan semua itu kepada anak perempuan.
elak kahwini suami pemalas
Anak lelaki?
Ha anak lelaki santai sahaja menghabiskan masa sambil tengok tv, berbaring di atas sofa bermain game di smartphone masing-masing.
suami main phone pemalas
Bila situasi macam ni tak ditegur dan dikawal oleh ibu bapa, memang silap besar la!
suami malas kerja
Tidak hairan lah zaman sekarang ni terlalu banyak kita dengar para isteri mengeluh dapat suami pemalas yang hanya tahu goyang kaki di rumah tanpa sekelumit rasa bersalah.
suami pemalas pengotor
Malah, ada yang sanggup menjadi dayus, memakan dari hasil titik peluh isteri, dan di rumah mereka tak mahu langsung membantu meringankan beban isteri.
Disyorkan Untuk Anda Baca : Personaliti Narsistik Seperti Sudah Menjadi Epidemik di Malaysia
Kalau ibu bapa zaman sekarang tak memulakan perubahan dan mula membentuk keperibadian anak lelaki sejak kecil, Syu jamin generasi akan datang, akan lebih ramai isteri-isteri tersiksa dek ragam suami yang berlagak raja di rumah.
suami tidak memberi nafkah karena tidak bekerja
Cycle ini akan berterusan selagi kita, ibu bapa gen-Y tak cuba ubah method parenting kita terhadap anak lelaki.
suami tidak memberi nafkah karena tidak bekerja
Jom ubah! Jom didik anak-anak lelaki bersama-sama melakukan kerja rumah!
Didik Anak lelaki Sebelum Mereka Jadi Remaja
Mendidik anak lelaki adalah sangat mencabar kerana kita sedang mendidik seorang lelaki yang bakal menjadi pemimpin, peneraju rumahtangganya, ketua keluarga dan seorang ayah kelak.
suami tak beri nafkah karena tidak bekerja
Mereka juga bakal menjadi harapan mak ayah, menjadi anak yang berguna, soleh, tinggi rasa tanggungjawabnya, penyayang dan tinggi ihsan terhadap insan-insan disekelilingnya.
suami pemals tidak memberi nafkah
Anak bawah umur dua tahun memang kita perlu tatang macam minyak yang penuh macam anak raja.
suami pemals tidak memberi nafkah
Tapi once anak dah berumur 2 tahun ke atas, kita dah boleh ajak dan latih mereka bersama-sama melakukan house chores.
suami pemals tidak memberi nafkah
Anak pada usia begini normally dapat menerima arahan mudah, sama ada single step command atau 2 steps command.
Contoh arahan single :
"Naufal tolong cucikan tangan Adik Araa ni dengan sabun"
Contoh 2 arahan :
"Naufal tolong keluarkan ikan dari freezer dan rendamkan ia"
Seawal usia 2 ke 3 tahun ini, anak lelaki kita perlu tahu amalan basic seperti,
- rasa bertanggungjawab mengemas mainan sendiri selepas bermain,
- mengelap sendiri tumpahan yang mereka buat,
- meletakkan cawan ke dalam singki selepas minum,
- sangkut tuala selepas mandi,
- meletakkan baju kotor ke dalam bakul,
- dan galakkan mereka mengangkat barang yang ringan selepas pulang dari membeli belah.
Benda ni sangat basic dan Syu buat semua ni pada Naufal dan Nufael.
Fitnah ke Atas Ibu Meng-kuli-kan Anak
Syu ingat lagi dulu ada la mulut yang menegur, kata Syu ni 'tergamak' kulikan anak kecil dengan kerja-kerja berat katanya. Tapi Syu pekakkan je telinga.
Sehingga sekarang, Naufal dah tak perlu diminta tolong bila Syu balik dari membeli belah, dia sendiri yang akan mengangkat barang dari kereta dan bawa ke dapur. Dengan syarat, no gadjet di tangan!
Kalau mereka ada phone di tangan, lain pula jadi situasinya! huuu~
Disyorkan untuk Anda : Peritnya Urus Anak Sendirian Tanpa Bantuan Suami
Lepas main basikal, dia akan susun basikal di suatu sudut yang biasa dijadikan tempat meletak basikal. Dan perkara ni tak berlaku dalam sekelip mata. Makan tahun dan berbuih mulut mak pesan berjuta kali okay!
Ok di bawah ni Syu senaraikan 6 perkara yang utama yang perlu dilatih pada anak lelaki dalam menjadikan mereka lelaki dewasa yang bertanggungjawab dan penyayang. Sumber asal dari Doktor Redza Zainol.
So jom scroll satu persatu :
6 Tip Latih Anak Lelaki Agar Bertanggungjawab Serta Penyayang
1. Respectful
Ajar anak lelaki untuk jadi Respectful pada wanita terutamanya pada ibunya sendiri.
Misalnya latih anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, kawal nada suara terhadap adik beradik dan berbuat baik serta berlemah lembut pada semua orang tertutama perempuan.
2. Empathy (belas ihsan)
Bila tengok isteri kita penat, cuba ajak anak kita tengok dan fahami kepenatan ibu mereka tu. Contoh dialog untuk asah empathy anak
“Abam, Angah. Cuba tengok Mamy tu, kesian Mamy penat lipat baju kita semua kan? Nampak tak muka Mamy dah sayu, redup dah kepenatan. Jom kita tolong Mamy lipat baju jom? ”
suami pemalas tidak memberi nafkah
Bila anak dah mula faham dan dapat merasakan emosi orang di sekelilingnya maka, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak-anak.
suami pemalas tidak memberi nafkah
InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang hebat Emotional Intelligence (EQ) atau kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi.
3. Sense Of Responsibility
First thing first, didik anak lelaki konsep utamakan orang lain.
Ajar cara simbah dan cuci semula tandas selepas guna, agar orang yang nak masuk kemudian rasa lebih selesa dan nyaman. Paling mudah nak didik rasa tanggungjawab adalah kemas meja makan, kutip dan lap semula tumpahan yang dia buat. Atau arahkan mereka kutip semula sampah yang dia sengaja buang merata.
4. Personal Hygiene & Cleanliness
Biasa kita dengar yang anak lelaki akan transform menjadi seorang yang pengotor bila berjauhan dengan mak, contohnya bila mereka mula tinggal di asrama. Pelik ya? Rupa-rupanya didikan kita tentang kebersihan tidak cukup. Kita terlupa nak ajar mereka tentang disiplin menjaga personal hygiene.
suami pemalas pengotor
Personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara beristibra’ dan berinstinjak. Antara ilmu istibra’ yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem dan urut kemaluannya sebelum membasuh kencing.
5. Coping Skills
Coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita tu stress ke, kena ejek ke kena buli ke. Masa ni la bapa kena main peranan dan cuba slow talk dengan anak lelaki sebagai man-to-man.
Kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, mereka akan mudah terjebak dengan coping skills negatif seperti ambil dadah dan minum arak. So mereka perlu dipandu ke mana harus mereka halakan emosi dan express secara sihat.
6. Pelajaran melalui teladan
Bagi anak lelaki, role model atau hero pertama mereka sudah tentulah bapa mereka. Mereka tidak akan mengidolakan ibu kerana secara fitrah, budak lelaki cenderung untuk meniru perbuatan dan sikap si ayah.
Sebab itu dalam parenting, penglibatan ayah itu adalah sesuatu yang wajib! Bukan semuanya sub-con pada maknya saja.
Contoh paling mudah nak bagi kalian faham kata orang putih, like father like son kan? Jadi kalau anak pengotor, buang sampah dan ludah merata, kencing pula berdiri. Dia menurun sifat siapa?
Kesimpulannya, ayah terlebih dahulu perlu menunjukkan contoh-contoh yang baik seperti menyantuni isteri, bersabar dengan anak dan juga membantu tanpa diminta.
Wraping up
So akhir kalam, please bantulah Syu untuk sebarkan ilmu ini kepada lebih ramai ibu bapa di luar sana. Jom, mak ayah yang ada anak lelaki yang sedang meningkat remaja boleh cuba terapkan perkara-perkara penting ini.
Kita nak anak lelaki kita jadi pemimpin hebat untuk keluarga mereka kelak. Semoga anak-anak lelaki kita menjadi, lelaki yang budiman, penyayang dan bertanggungjawab apabila menempuhi alam dewasa kelak.
18 Ulasan
sis sopan sgt goyang kaki,,,kalu sy kak,,sy buh goyang telor je padan jantan mcm ni
BalasPadamalamak! hehe
Padamlebih2 lagi ramai golongan wanita yang berkerjaya hebat sekarang,
BalasPadamSi laki jadilah golongan sura rumah tangga yang asyik beristerirehat.
Mungkin itu juga menjadi salah satu faktor suami suami pemalas makin membiak
PadamAllahuakbar, kadang-kadang tak faham juga apa yang difikiran dieorg nih agaknya. Tak kesian ke dekat isteri terbeban sorang2, geram pulak rasa.
BalasPadamBagaimana akhlak suami suami zaman now adalah bergantung pada didikan ibu ayah zaman awal 80-an dulu. Kalau anak lelaki dididik dengan cara salah, maka akan membesar menjadi suami pemalas di masa hadapan
PadamAkak ada 2 anak lelaki. Moga dapat didik mereka dengan baik.Aaamin,
BalasPadamInsyaAllah..mereka bakal pemimpin yg soleh
PadamTerima kasih atas perkongsian yang bagus ini
BalasPadamAlhamdulillah sekiranya bermanfaat..maka kongsilah
Padamtq syu kongsi info bermanfaat sebegini.
BalasPadamkak pip pun anak2 3 org semua lelaki, dan mmg dari kecil dah start asuh mereka buat kerja2 rumah.
penant sangat kalau semua kita yg buatkan, dah merasa dulu bila adik beradik semua lelaki. bab kemas rumah mmg dorang tak pandai sgt. tapi part memasak dan menyapu lantai tu semua adik beradik boleh buat.
semoga anak2 kita dididik untuk kebaikan masa depan mereka juga kan.
Alhamdulillah. Semoga mereka membesar menjadi isteri dan suami yang berkualiti
PadamSilap kebanyakkan org kerja rumah org perempuan yg kena buat.. Bukan lelaki sdgkn kerja rumah tidak kira laky perempuan kena buat.. Yea bab memasak mungkin perempuan, jemur kain tapi laky bole ja cuci piring, kemas katil sendiri, tolong angkat2 brg.. I mean ada certain kerja d'rumah memerlukan kudrat org laky.. Sy pernah jumpa ada yg paip bocor, gas habis, mesin rosak org perempuan yg repair atau angkat..
BalasPadamAda byak faktor lain lg adik beradik yg sorg ja perempuan.. Atau sorg ja laky.. Lelaki perempuan sama ja.. Masing2 kena ada rasa tanggungjawab.. Lg2 lau adik-beradik perempuan ja semua lg lah..
Anak laky kena ada rasa tanggungjwb byak juga sy jumpa yg mak bapa manjakan anak laky.. Taknak anaknya susah.. Semuanya dr diri kita sendiri..
Ye nurul. Asuhan dari awal tu penting
PadamHarap-harap kuranglah bilangan lelaki yang dikatakan malas bekerja itu. Itulah kesan budaya nenek moyang kita yang terlalu mengagungkan lelaki, dan selalu mengatakan anak perempuan setinggi manapun pelajarannya akhirnya ke dapur juga.
BalasPadamHuhu tak suka betul statement tu. Macam lah anak perempuan takkan ke mana kalau belajar tinggi.
PadamSebenarnya anak2 lebih belajar dari apa mereka lihat mak ayah buat, berbanding apa yg mak ayah suruh mereka buat.
BalasPadamYe betul. Setuju juga dengan ni
PadamAnything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y