Lelaki Malas Bekerja, Goyang Kaki Semakin Trending

Dunia sekarang memang sangat mencabar kaedahnya. Dengan pandemik yang tak sudah-sudah, disusuli kejatuhan ekonomi, dan kos sara hidup yang semakin meningkat nya.
Doa agar Suami rajin bekerja
Tak cukup dengan itu, ada juga yang hidup struggle kerana kehilangan punca pendapatan sejak PKP 2020 dahulu dan masih gagl mendapatkan pekerjaan yang begaji selesa seperti sebelum pandemik melanda,
suami pemalas 
Betul orang kata duit bukan segala-galanya. Tapi demi meneruskan hidup, duit adalah perkara utama yang diperlukan sebagai perantara untuk mendapatkan keperluan hidup. 
suami pemalas dan pengangguran 

Tugas Mencari Nafkah Tanggungjawab Suami atau Isteri?

Sejak berabad dahulu, secara adatnya orang lelaki lah yang akan keluar mencari nafkah serta mencukupkan keperluan makan, pakai dan tempat berteduh untuk keluarga.
suami pemalas suami tidak bekerja 
Tapi fenomena lelaki 'biawak hidup' sekarang kian menjadi-jadi dan trend ini semakin ketara kelihatan berlaku dalam masyarakat hari ini. 
 ciri ciri lelaki pemalas
Paling menyedihkan apabila trend lelaki malas berkerja ini dinormalisasikan oleh masyarakat, lalu menjadikan perkara ini tak nampak salah!
suami tidak bekerja istri harus bagaimana
Menyampah betul apabila terdapat segelintir daripada mereka, sudah lah malas bekerja dan mengharapkan duit orang lain, malah tinggi pula demand hidup mereka! 
 suami tidak memberi nafkah karena tidak bekerja
Makan nak sedap, merokok pula tak putus!

Di rumah, mereka membazir utiliti yang ada. Buang air, membazir elektrik. Bila keluar rumah pula meronda keliling bandar tanpa tujuan bermanfaat.
 suami tidak memberi nafkah karena tidak bekerja
Minyak motor kering, baru ingat nak balik. Minta duit lagi untuk refuel dan makan. Dan berulang lagi. Begitulah rutin setiap hari.

Hakikat Tidak Semua Lelaki akan Berfungsi sebagai Lelaki

Bila lelaki tidak lagi berfungsi seperti sebenar-benar "lelaki" maka, nak tak nak golongan wanita lah yang terpaksa menggalas peranan sebagai ketua keluarga, termasuklah menafkahi keluarga dan melakukan tugasan berat yang menjangkaui kudrat dan fitrah seorang wanita. 
 suami tidak memberi nafkah karena tidak bekerja
Walaupun hatinya sakit, namun demi kasihnya terhadap anak-anak, dan demi meneruskan hidup, mana-mana wanita akan kerah tulang empat kerat mereka untuk mencari sepuluh sen, dua.
suami pemalas suami tidak bekerja 
Artikel Terpilih! : 10 Teknik Menjana Pendapatan dari Rumah

Mamy Syu sendiri pernah mendengar luahan seorang teman jauh, bahawa dirinya sudah tak tahan dan sangat penat dengan keadaan hidupnya yang perlu menanggung segala makan minum ahli keluarga serta belanja rumah, sedangkan adik lelakinya hanya terperuk di rumah tanpa ada sekelumit ikhtiar untuk memajukan diri.

Setelah ibunya meninggal, kawan Mamy ni berpindah tempat kerja dan tinggal di rumah pusaka untuk menjaga bapanya yang uzur. Hari pertama dia menjejakkan kaki ke rumah itu lah di mana semua kesengsaraan ini bermula.
suami pemalas suami tidak bekerja 
Dialah yang perlu memasak, mengemas, menyediakan keperluan bapa dan duit belanja kerana hanya dirinya seorang sahaja yang memiliki pekerjaan tetap (makan gaji) di dalam rumah itu.
suami malas berkerja
Selama bertahun dia menjalani kehidupan seperti ini, dia ikhlaskan je. Tapi waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula diperkenalkan tahun lepas, pendapatan dia banyak terjejas dan keadaan ini menyebabkan dia depressed.
suami pemalas tidak beri nafkah 
Nak-nak pula bila memikir perangai pemalas adik-adiknya yang masing-masing sudahpun berusia 30-an masing-masing.
suami malas cari nafkah

Lelaki ini Hidup Selesa dengan Menadah Tangan, Malas Bekerja

Dua adik lelaki dia ni bukan cuma malas berkerja, malah mereka juga terlalu berkira kudrat mereka tatkala dia meminta tolong membawa bapa mereka mengikuti temu janji dengan doktor di hospital. 
suami pemalas suami tidak bekerja 
Pendek kata, mereka berdua adalah lelaki tak berguna lengkap dengan pakej; tak bertanggungjawab, berkira dalam menyumbang masa dan tenaga serta juga pemalas.
suami pemalas suami tidak bekerja 
''Mereka terlalu pemalas. Masa mereka hanya dihabiskan dengan tidur sehari suntuk dan selesa tinggal dalam keadaan bilik bersepah dan busuk."

"Bayangkan dengan keadaan PKP dulu aku perlu bekerja dari rumah, aku memang stres gila sebab terbeban dengan tugas mengemas rumah berulang kali. Inilah akibatnya bila masa arwah mak ada dulu, semua kerja rumah mak saja yang buat, anak lelaki dibiarkan hanya duduk goyang kaki sahaja'' luahnya dengan penuh kesal.

This kind of man causing lots of needless headaches! Seriously, semak kepala otak. 

Macam lah kita ni tak ada benda lain nak fikir, nak kena handle selain daripada nak setelkan masalah diorang je.
suami pemalas tidak beri nafkah 
Kisah yang dilalui kawan Mamy ini mungkin nampak kecil di mata sesetengah insan, namun sebenarnya situasi sebegini dapat dielakkan kalau sejak dari awal ibu bapa mengajar anak lelaki menyantuni kaum wanita dan memahami erti tanggungjawab yang sebenar-benarnya lelaki dewasa perlu jadi.

Antara Punca Kenapa Lelaki Malas Berkerja

  • Memang baka atau genetik pemalas sejak azali
  • Tidak suka menyusahkan diri (terutamanya bila ada isteri yang berduit)
  • Isteri terlalu naif, hulur saja duit tiap kali suami minta
  • Ada sejarah penyalahgunaan dadah atau ketagihan alkohol
  • Lebih suka duduk saja dari keluarkan tenaga 
  • Terbiasa hidup senang-lenang sejak kecil

10 Tips Untuk Ubah Sikap Suami Yang Malas Kerja

Adakalanya masalah sebegini, isteri akan mengalami kesukaran untuk menasihati suami, kerana seperti sedia maklum, lelaki sememangnya mempunyai a certain level of ego yang menghalang mereka daripada mendengar kata-kata nasihat dari isteri. 

Jadi adalah tidak menjadi salah untuk mendapatkan bantuan pihak ketiga bagi membantu menyelesaikan masalah ini. Namun sekiranya masih ada sinar untuk cuba baiki sendiri secara dalaman, ietsri-isteri boleh cuba tips berikut ini dalam usaha untuk mempertahankan mahligai rumahtangga. Antara tips tersebut adalah ;

Luahkan Rasa Kecewa Dan Sedih
Adalah lebih baik untuk bersemuka dan berterus-terang dari terus memendam rasa seorang diri. Bersemuka dengan suami yang malas kerja dengan segera! Isteri perlu tanya apa yang dia sedang mengalami sehinggakan dia rasa malas untuk berkerja begini. Mungkin suami kalian bukan malas sejak asal, maka penting isteri luahkan rasa kecewa supaya suami kalian cakna. Terangkan secara berhikmah tetai telus dan jelas bahawa sikap suami malas kerja ini telah banyak membuatkan hidup kalian skeeluarga merana. Anak-anak juga akan hilang hormat serta kewibawaan bapa itu sendiri sebagai ketua keluarga bakal tercabar! 
suami malas kerja 
Selidik Punca Perubahan Suami Jadi Malas
Jangan marah suami tanpa usul periksa sebaliknya dengar dulu apa yang ingin suami sampaikan walaupun pada hakikatnya ia kedengaran seperti dia sedang cuba mencipta berjuta alasan. Isteri pasti akan perasan perubahan sikap suami. Jkalau dulu dia okey sahaja mencari nafkah, namun tiba-tiba suami malas untuk ke tempat kerja, ha mungkin ada masalah yang sedang dia selindungi daripada pengetahuan isteri.

Berbincang Dan Cari Penyelesaian Bersama
Berbincanglah dengan baik dan tenang demi mencari penyelesaian yang terbaik untuk anak, keluarga dan juga masa depan rumahtangga kalian. Communicate and engage dengan suami agar dia tidak merasa bahawa dirinya terpaksa menempuhi masalah besar ini berseorangan.

Ingatkan Suami Tentang Amaran Allah Berkaitan Tanggungjawab Nafkah
Bila suami malas kerja ingatkan suami tentang tanggungjawabnya. Jangan lupa, walaupun isteri berkerja dan mempunyai duit sendiri, namun duit itu tidak boleh termasuk atau dikira sekali sebagai jumlah pendapatan isi rumah. Jumlah pendapatan isi rumah jika mengikut Islam, hanya mengambil kira pendapatan suami semata-mata, tampa dicampur pendapatan isteri. Kena faham molek tu wahai suami. Isteri pula jang terlalu berlembut hati. Perkara sebegina perlu ditangani dengan serius, jangan sampai membela biawak hidup pula.
Suami malas kerja
Motivate Suami Agar Lebih Bersemanagt Berkerja
Jika kalian dapati suami malas kerja, maka sebagai isteri perlu tegas! Isteri perlu tegas mintanya keluar berkerja semula. Dan dalam masa yang sama juga isteri perlu berikan sokongan dan motivasi kepada suami untuk terus berusaha demi masa depan keluarga dan anak-anak. Mungkin dengan sokongan padu dari seorang isteri, suami tersebut akan lebih bersemangat untuk bekerja nanti, InshaAllah.
Suami malas kerja
Ikhtiar Ubah Gaya Hidup Suami dan Sikap Malasnya
Jika suami ada sikap malas dalam dirinya, memang susah nak pujuk dia pergi kerja. Jadi cubalah ubah gaya hidup suami agar lebih aktif dengan mengajaknya berjogging, beriadah atau bersukan. Yang penting ajak dia lakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh menjadi lebih cergas, aktif, bersemangat dan tidaklah lagi ada sikap malas, lembik dan tidak suka bergerak seperti dulu. Tidak dinafikan ianya memang susah tapi tidak salahkan kalau mencuba?!
Suami malas kerja
Doa Senjata Terampuh Agar Suami Berubah 
Suami malas kerja dan kalian sudah puas menasihatinya namun usaha isteri hanya seperti mencurah air di daun keladi? Lantaran itu, bersabarlah. Gunakan senjata ampuh kita iaitu doa. Berdoalah pada Allah SWT agar suami terbuka hati untuk lebih bertanggungjawab serta rajin bekerja. Doa seorang isteri itu sangat mustajab dan janganlah pernah berputus asa. Banyakkan beribadat dan sujud padaNya. Dalam sujud terakhir, isteri boleh mohon agar Allah SWT bukakan pintu hati suami supaya tidak bersikap pemalas lagi.
suami malas kerja
Beri Peluang dan Masa Pada Suami
Mungkin suami sedang dalam keadaan tertekan atau kurang sihat hingga tak dapat fokus pada kerjanya. Jika suami sudah mula ada sikap keluar berkerja, berilah sedikit ruang padanya. Jangan pula dibebel dan marah-marah suami itu. Tanamkan kesabaran yang tinggi dan berikan masa pada suami dan sambil tu lihat juga perkembangannya dari masa ke semasa.
Suami malas kerja
Bila Suami Minta Duit Jangan Beri
Jangan manjakan suami dengan memberinya duit setiap kali suami memerlukannya. Isteri perlu tahan diri daripada rasa kasihan, kerana sekiranya isteri berlembut hati beri, maka bersedialah akan masalah yang lebih vesar di kemudian hari. Untuk menamatkan kitaran masalah culas nafkah kerana suami malas kerja ini, isteri terlebih dahulu yang perlu berubah tabiat menghulurkan wang saku kepada suami. Bila isteri memanjakan suami dengan memberinya duit, maka suami akan mula rasa lemak dan mencetuskan persepsi bahawa tiada keperluan untuk dia berkerja lagi. Ingat! Bukan isteri yang perlu beri duit pada suami tetapi suami yang sepatutnya beri duit kepada isteri. Stop the cycle dan jangan buka jalan bagi suami bermalas-malas dan culas bab nafkah lagi! 

Adat Turun-temurun Anak Lelaki Dilayan Bagai Raja di Rumah

Kesilapan mendidik memang faktor utama yang membentuk seseorang itu menjadi insan tak bertanggungjawab. Budaya lama seperti melayan suami ibarat seorang raja adalah tidak lagi relevan di zaman ini, kerana peranan dan komitmen, baik lelaki mahupun perempuan zaman ini sudah hampir setara bebannya.
suami pemalas tidak beri nafkah 
Kalau zaman dahulu iya, atok-atok kita bekerja dan mencukupkan segala keperluan rumahtangga hanya dengan tulang empat keratnya.
awas suami pemalas tidak beri nafkah 
Manakala nenek kita cuma duduk di rumah dan hanya tahu memasak dan mengasuh anak semata-mata. Tidak pernah susah nak memikirkan mana perlu mencari ikan atau sayur untuk dimasak, sebab segalanya dah dibawa balik oleh si atok.
jangan salah pilih suami pemalas culas nafkah 
Zaman sekarang, majoriti wanita yang berkahwin mempunyai kerjaya dan turut menyumbang dalam pendapatan isi rumah, kadang tu mungkin lebih lagi daripada jumlah yang dijana sang suami. 
suami penganggur
Separuh daripada beban sara hidup sudahpun dipikul isteri, jadi adalah sangat zalim pada hemat saya sekiranya suami tidak ada kesedaran dan sekelumit rasa ihsan untuk membantu meringankan tugas di rumah!
suami tidak berkerja
Isteri pun letih bekerja, just like you bang! Separuh hari sudah diabdikan (beribadah) di tempat kerja. Takkan you tergamak biarkan isteri dengan kerja-buat di rumah pula secara bersendirian?
suami biawak hidup
Jadi, please!
suami culas nafkah
Tanggungjawab rumahtangga perlu dibahagi-bahagi dan digalas bersama, bukan letak 100% atas bahu isteri, macam zaman dulu-dulu lagi.
ciri suami pemalas culas nafkah
Tapi.
kenali suami malas berkerja
Jangan terkejut ye kalau Syu cakap yang adat dan budaya merajakan lelaki ini masih lagi diamalkan dalam masyarakat sekarang.
awas berkahwin suami pemalas

Anak Lelaki Bakal Mewarisi Sifat Narsistik & Budaya Malas si Ayah 

Bila sebut saja kerja rumah, terus 'cop' itu kerja anak perempuan!
ciri suami pemalas kerja
Basuh baju, jemur kain, angkat jemuran, sapu dan mop lantai, lipat baju dan segala macam kerja rumah, ibu bapa tanpa teragak-agak menghalakan semua itu kepada anak perempuan.
elak kahwini suami pemalas
Anak lelaki?
cara elak berkahwin suami pemalas
Ha anak lelaki santai sahaja menghabiskan masa sambil tengok tv, berbaring di atas sofa bermain game di smartphone masing-masing. 
suami main phone pemalas
Bila situasi macam ni tak ditegur dan dikawal oleh ibu bapa, memang silap besar la!
suami malas kerja
Tidak hairan lah zaman sekarang ni terlalu banyak kita dengar para isteri mengeluh dapat suami pemalas yang hanya tahu goyang kaki di rumah tanpa sekelumit rasa bersalah.
suami pemalas pengotor
Malah, ada yang sanggup menjadi dayus, memakan dari hasil titik peluh isteri, dan di rumah mereka tak mahu langsung membantu meringankan beban isteri.


Kalau ibu bapa zaman sekarang tidak memulakan perubahan dan mula membentuk keperibadian anak lelaki mulai sekarang, Mamy jamin generasi akan datang, akan lebih ramai isteri-isteri tersiksa dek ragam suami yang berlagak raja di rumah.
suami tidak memberi nafkah karena tidak bekerja
Cycle ini akan berterusan selagi kita, ibu bapa Millenial (gen-Y) tak cuba ubah method parenting kita terhadap anak lelaki. 
suami tidak memberi nafkah karena tidak bekerja
Jom ubah! Jom didik anak-anak lelaki bersama-sama melakukan kerja rumah!


Didik Anak lelaki Sebelum Mereka Jadi Remaja

Mendidik anak lelaki adalah sangat mencabar kerana kita sedang mendidik seorang lelaki yang bakal menjadi pemimpin, peneraju rumahtangganya, ketua keluarga dan seorang ayah kelak.
suami tak beri nafkah karena tidak bekerja
Mereka juga bakal menjadi harapan mak ayah, menjadi anak yang berguna, soleh, tinggi rasa tanggungjawabnya, penyayang dan tinggi ihsan terhadap insan-insan disekelilingnya.
suami pemals tidak memberi nafkah
Anak bawah umur dua tahun memang kita perlu tatang macam minyak yang penuh macam anak raja. 
suami pemals tidak memberi nafkah
Tapi once anak dah berumur 2 tahun ke atas, kita dah boleh ajak dan latih mereka bersama-sama melakukan house chores. 
suami pemals tidak memberi nafkah
Anak pada usia begini normally dapat menerima arahan mudah, sama ada single step command atau 2 steps command.

Contoh arahan single : 
"Naufal tolong cucikan tangan Adik Araa ni dengan sabun"

Contoh 2 arahan         : 
"Naufal tolong keluarkan ikan dari freezer dan rendamkan ia" 

Seawal usia 2 ke 3 tahun ini, anak lelaki kita perlu tahu amalan basic seperti, 
  • rasa bertanggungjawab mengemas mainan sendiri selepas bermain, 
  • mengelap sendiri tumpahan yang mereka buat, 
  • meletakkan cawan ke dalam singki selepas minum, 
  • sangkut tuala selepas mandi, 
  • meletakkan baju kotor ke dalam bakul, 
  • dan galakkan mereka mengangkat barang yang ringan selepas pulang dari membeli belah.

Benda ni sangat basic dan Mamy buat semua ni pada Naufal dan Nufael. 


Fitnah ke Atas Ibu Meng-kuli-kan Anak

Mamy ingat lagi dulu ada la mulut yang menegur, kata Mamy ni 'tergamak' kulikan anak kecil dengan kerja-kerja berat katanya. Tapi Mamy pekakkan je telinga.

Sehingga sekarang, Naufal dah tak perlu diminta tolong bila Mamy balik dari membeli belah, dia sendiri yang akan mengangkat barang dari kereta dan bawa ke dapur. Dengan syarat, no gadjet di tangan!

Kalau mereka ada phone di tangan, lain pula jadi situasinya! huuu~


Lepas main basikal, dia akan susun basikal di suatu sudut yang biasa dijadikan tempat meletak basikal. Dan perkara ni tak berlaku dalam sekelip mata. Makan tahun dan berbuih mulut mak pesan berjuta kali okay!
suami pemalas punca penceraian
Ok di bawah ni Mamy Syu ada senaraikan 6 perkara yang utama yang perlu dilatih pada anak lelaki dalam menjadikan mereka lelaki dewasa yang bertanggungjawab dan penyayang. Sumber asal dari Doktor Redza Zainol.

So jom scroll satu persatu :

6 Tip Latih Anak Lelaki Agar Bertanggungjawab Serta Penyayang

1. Respectful

Ajar anak lelaki untuk jadi Respectful pada wanita terutamanya pada ibunya sendiri. 
tip didik anak lelaki
Misalnya latih anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, kawal nada suara terhadap adik beradik dan berbuat baik serta berlemah lembut pada semua orang tertutama perempuan.

suami pemalas tidak memberi nafkah Lelaki Malas Berkerja, Hanya Goyang Kaki Semakin Ramai Akhir-akhir ini,Sifat malas bekerja, menyusahkan orang,lelaki malas bekerja,adik lelaki malas bekerja,kesan malas bekerja

2. Empathy (belas ihsan)

Bila tengok isteri kita penat, cuba ajak anak kita tengok dan fahami kepenatan ibu mereka tu. Contoh dialog untuk asah empathy anak

Abam, Angah. Cuba tengok Mamy tu, kesian Mamy penat lipat baju kita semua kan? Nampak tak muka Mamy dah sayu, redup dah kepenatan. Jom kita tolong Mamy lipat baju jom?
suami pemalas tidak memberi nafkah
Bila anak dah mula faham dan dapat merasakan emosi orang di sekelilingnya maka, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak-anak.
suami pemalas tidak memberi nafkah
InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang hebat Emotional Intelligence (EQ) atau kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi.

3. Sense Of Responsibility

First thing first, didik anak lelaki konsep utamakan orang lain. 
cara didik anak lelaki bertanggungjawab
Ajar cara simbah dan cuci semula tandas selepas guna, agar orang yang nak masuk kemudian rasa lebih selesa dan nyaman. Paling mudah nak didik rasa tanggungjawab adalah kemas meja makan, kutip dan lap semula tumpahan yang dia buat. Atau arahkan mereka kutip semula sampah yang dia sengaja buang merata.


4. Personal Hygiene & Cleanliness

Biasa kita dengar yang anak lelaki akan transform menjadi seorang yang pengotor bila berjauhan dengan mak, contohnya bila mereka mula tinggal di asrama. Pelik ya? Rupa-rupanya didikan kita tentang kebersihan tidak cukup. Kita terlupa nak ajar mereka tentang disiplin menjaga personal hygiene.
elak suami pemalas pengotor
Personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara beristibra’ dan berinstinjak. Antara ilmu istibra’ yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem dan urut kemaluannya sebelum membasuh kencing.


5. Coping Skills

Coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita tu stress ke, kena ejek ke kena buli ke. Masa ni la bapa kena main peranan dan cuba slow talk dengan anak lelaki sebagai man-to-man.

Kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, mereka akan mudah terjebak dengan coping skills negatif seperti ambil dadah dan minum arak. So mereka perlu dipandu ke mana harus mereka halakan emosi dan express secara sihat.


6. Pelajaran melalui teladan

Bagi anak lelaki, role model atau hero pertama mereka sudah tentulah bapa mereka. Mereka tidak akan mengidolakan ibu kerana secara fitrah, budak lelaki cenderung untuk meniru perbuatan dan sikap si ayah.

Sebab itu dalam parenting, penglibatan ayah itu adalah sesuatu yang wajib! Bukan semuanya sub-con pada maknya saja.

Contoh paling mudah nak bagi kalian faham kata orang putih, like father like son kan? Jadi kalau anak pengotor, buang sampah dan ludah merata, kencing pula berdiri. Dia menurun sifat siapa?

Kesimpulannya, ayah terlebih dahulu perlu menunjukkan contoh-contoh yang baik seperti menyantuni isteri, bersabar dengan anak dan juga membantu tanpa diminta.



Wraping up

So akhir kalam, please bantulah Mamy untuk sebarkan ilmu ini kepada lebih ramai ibu bapa di luar sana. Jom, mak ayah yang ada anak lelaki yang sedang meningkat remaja. Jom kita sama-sama cuba terapkan perkara-perkara penting ini.

Kita semua berharap agar anak lelaki kita jadi pemimpin hebat untuk keluarga mereka dan menjadi lelaki dewasa yang berimpak tinggi kelak. Semoga anak-anak lelaki kita menjadi, lelaki yang budiman, penyayang dan bertanggungjawab apabila menempuhi alam dewasa kelak.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. sis sopan sgt goyang kaki,,,kalu sy kak,,sy buh goyang telor je padan jantan mcm ni

    BalasPadam
  2. lebih2 lagi ramai golongan wanita yang berkerjaya hebat sekarang,
    Si laki jadilah golongan sura rumah tangga yang asyik beristerirehat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin itu juga menjadi salah satu faktor suami suami pemalas makin membiak

      Padam
  3. Allahuakbar, kadang-kadang tak faham juga apa yang difikiran dieorg nih agaknya. Tak kesian ke dekat isteri terbeban sorang2, geram pulak rasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagaimana akhlak suami suami zaman now adalah bergantung pada didikan ibu ayah zaman awal 80-an dulu. Kalau anak lelaki dididik dengan cara salah, maka akan membesar menjadi suami pemalas di masa hadapan

      Padam
  4. Akak ada 2 anak lelaki. Moga dapat didik mereka dengan baik.Aaamin,

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah..mereka bakal pemimpin yg soleh

      Padam
  5. Terima kasih atas perkongsian yang bagus ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah sekiranya bermanfaat..maka kongsilah

      Padam
  6. tq syu kongsi info bermanfaat sebegini.
    kak pip pun anak2 3 org semua lelaki, dan mmg dari kecil dah start asuh mereka buat kerja2 rumah.
    penant sangat kalau semua kita yg buatkan, dah merasa dulu bila adik beradik semua lelaki. bab kemas rumah mmg dorang tak pandai sgt. tapi part memasak dan menyapu lantai tu semua adik beradik boleh buat.
    semoga anak2 kita dididik untuk kebaikan masa depan mereka juga kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Semoga mereka membesar menjadi isteri dan suami yang berkualiti

      Padam
  7. Silap kebanyakkan org kerja rumah org perempuan yg kena buat.. Bukan lelaki sdgkn kerja rumah tidak kira laky perempuan kena buat.. Yea bab memasak mungkin perempuan, jemur kain tapi laky bole ja cuci piring, kemas katil sendiri, tolong angkat2 brg.. I mean ada certain kerja d'rumah memerlukan kudrat org laky.. Sy pernah jumpa ada yg paip bocor, gas habis, mesin rosak org perempuan yg repair atau angkat..

    Ada byak faktor lain lg adik beradik yg sorg ja perempuan.. Atau sorg ja laky.. Lelaki perempuan sama ja.. Masing2 kena ada rasa tanggungjawab.. Lg2 lau adik-beradik perempuan ja semua lg lah..

    Anak laky kena ada rasa tanggungjwb byak juga sy jumpa yg mak bapa manjakan anak laky.. Taknak anaknya susah.. Semuanya dr diri kita sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye nurul. Asuhan dari awal tu penting

      Padam
  8. Harap-harap kuranglah bilangan lelaki yang dikatakan malas bekerja itu. Itulah kesan budaya nenek moyang kita yang terlalu mengagungkan lelaki, dan selalu mengatakan anak perempuan setinggi manapun pelajarannya akhirnya ke dapur juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu tak suka betul statement tu. Macam lah anak perempuan takkan ke mana kalau belajar tinggi.

      Padam
  9. Tanpa Nama21:24

    Sebenarnya anak2 lebih belajar dari apa mereka lihat mak ayah buat, berbanding apa yg mak ayah suruh mereka buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul. Setuju juga dengan ni

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y