Spesis Lelaki Malas Berkerja, Goyang Kaki Semakin Ramai Kini

Dunia sekarang memang sangat mencabar kaedahnya. Dengan pandemik yang tak sudah-sudah, disusuli kejatuhan ekonomi, dan kos sara hidup yang semakin meningkat nya. Tak cukup dengan itu, ada juga yang hidup struggle kerana kehilangan punca pendapatan akibat perlaksanaan PKP yang seakan tiada penghujung.

Betul orang kata duit bukan segala-galanya. Tapi demi meneruskan hidup, duit adalah perkara utama yang diperlukan sebagai perantara untuk mendapatkan keperluan hidup. 

Tugas Mencari Nafkah Sebenarnya Tanggungjawab Siapa?

Sejak berabad dahulu, secara adatnya orang lelaki lah yang akan keluar mencari nafkah serta mencukupkan keperluan makan, pakai dan tempat berteduh untuk keluarga.

Tapi fenomena lelaki 'biawak hidup' sekarang kian menjadi-jadi dan trend ini semakin ketara kelihatan berlaku dalam masyarakat hari ini. 

Paling menyedihkan apabila trend lelaki malas berkerja ini dinormalisasikan oleh masyarakat, lalu menjadikan perkara ini tak nampak salah!

Menyampah betul apabila terdapat segelintir daripada mereka, sudah lah malas bekerja dan mengharapkan duit orang lain, malah tinggi pula demand hidup mereka! Makan nak sedap, merokok pula tak putus.

Di rumah, mereka membazir utiliti yang ada. Buang air, membazir elektrik. Bila keluar rumah pula meronda keliling bandar tanpa tujuan bermanfaat.

Minyak motor kering, baru ingat nak balik. Minta duit lagi untuk refuel dan makan. Dan berulang lagi. Begitulah rutin setiap hari.

Tidak semua lelaki akan berfungsi sebagai lelaki 

Bila lelaki tidak berfungsi maka, nak tak nak golongan wanita lah yang terpaksa menggalas peranan sebagai ketua keluarga. Walaupun hatinya sakit, namun demi kasihnya terhadap anak-anak, dan demi meneruskan hidup, mana-mana wanita akan kerah tulang empat kerat mereka untuk mencari sepuluh sen, dua.

Syu sendiri pernah mendengar luahan seorang teman jauh, bahawa dirinya sudah tak tahan dan sangat penat dengan keadaan hidupnya yang perlu menanggung segala makan minum ahli keluarga serta belanja rumah, sedangkan adik lelakinya hanya terperuk di rumah tanpa ada sekelumit ikhtiar untuk memajukan diri.

Setelah ibunya meninggal, teman Syu ni berpindah tempat kerja dan tinggal di rumah pusaka untuk menjaga bapanya. Hari pertama dia menjejakkan kaki ke rumah itu lah di mana semua kesengsaraan ini bermula.

Dialah yang perlu memasak, mengemas, menyediakan keperluan bapa dan duit belanja kerana hanya dirinya memiliki pekerjaan tetap.

Selama bertahun dia menjalani kehidupan seperti ini, dia ikhlaskan je. Tapi waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula diperkenalkan tahun lepas, pendapatan dia banyak terjejas dan keadaan ini menyebabkan dia depressed.

Nak-nak pula bila memikir perangai pemalas adik-adiknya yang masing-masing berusia 30-an.

Hidup selesa dengan menadah tangan 

Dua adik lelaki dia ni bukan cuma malas berkerja, malah mereka juga terlalu berkira kudrat mereka tatkala dia minta tolong membawa bapa mereka mengikuti temu janji dengan doktor di hospital. Pendek kata, mereka berdua adalah lelaki tak bertanggungjawab, berkira dan pemalas.

''Mereka terlalu pemalas. Masa mereka hanya dihabiskan dengan tidur sehari suntuk dan selesa tinggal dalam keadaan berselerak dan busuk."

"Bayangkan dengan keadaan PKP ni perlu berkerja dari rumah, aku memang stres gila sebab terbeban dengan tugas mengemas rumah berulang kali. Inilah akibatnya bila masa arwah mak ada dulu, semua kerja rumah mak yang buat'' luahnya.

This kind of man causing lots of needless headaches! Seriously, semak kepala otak. Macam lah kita ni tak ada benda lain nak fikir, nak kena handle selain daripada nak setelkan masalah diorang je.

Kisah yang dilalui teman Syu ini mungkin nampak kecil di mata sesetengah insan, namun sebenarnya situasi begini dapat dielakkan kalau sejak dari awal ibu bapa menyemai nilai-nilai murni dan erti tanggungjawab sejak anak-anak masih kecil.

Budaya anak lelaki sebagai putera raja di rumah

Kesilapan mendidik memang faktor utama yang membentuk seseorang itu menjadi insan tak bertanggungjawab. Budaya lama seperti melayan suami ibarat seorang raja adalah tidak lagi relevan di zaman ini.

Kalau zaman dahulu iya, atok-atok kita berkerja dan mencukupkan segala keperluan rumahtangga, manakala nenek hanya duduk rumah dan tahu memasak dan mengasuh anak semata-mata.

Zaman sekarang, majoriti wanita yang berkahwin mempunyai kerjaya mereka sendiri. Jadi separuh daripada waktu mereka sudah diabdikan di tempat kerja.

Jadi, tanggungjawab rumahtangga perlu dibahagi-bahagi dan digalas bersama, bukan letak 100% atas bahu isteri.

Jangan terkejut ye kalau Syu cakap yang adat dan budaya merajakan lelaki ini masih diamalkan dalam masyarakat sekarang. Bila sebut saja kerja rumah, terus 'cop' itu kerja perempuan!.

Basuh baju, jemur kain, angkat jemuran, sapu dan mop lantai, lipat baju dan segala macam kerja rumah, ibu bapa tanpa teragak-agak halakan semua itu kepada anak perempuan.

Anak lelaki?

Ha anak lelaki santai sahaja menghabiskan masa sambil tengok tv, berbaring di atas sofa bermain game smartphone masing-masing. Bila situasi macam ni tak ditegur dan dikawal oleh ibu bapa, memang silap besar la!

Tidak hairan lah zaman sekarang ni terlalu banyak kita dengar para isteri mengeluh dapat suami pemalas yang hanya tahu goyang kaki di rumah tanpa sekelumit rasa bersalah.

Malah, ada yang sanggup menjadi dayus, memakan hasil titik peluh isteri, dan di rumah mereka tak mahu langsung membantu meringankan beban isteri.

Kalau ibu bapa zaman sekarang tak memulakan perubahan dan mula membentuk keperibadian anak lelaki sejak kecil, Syu jamin generasi akan datang, akan lebih ramai isteri-isteri tersiksa dek ragam suami yang berlagak raja di rumah.

Cycle ini akan berterusan selagi kita, ibu bapa gen-Y tak cuba ubah method parenting kita terhadap anak lelaki. Jom didik anak-anak lelaki bersama-sama melakukan kerja rumah!


Didik sebelum anak lelaki jadi remaja

Mendidik anak lelaki adalah sangat mencabar kerana kita sedang mendidik seorang lelaki yang bakal menjadi pemimpin, peneraju rumahtangganya, ketua keluarga dan seorang ayah kelak.

Mereka juga bakal menjadi harapan mak ayah, menjadi anak yang berguna, soleh, tinggi rasa tanggungjawabnya, penyayang dan tinggi ihsan terhadap insan-insan disekelilingnya.

Anak bawah umur 2 tahun memang kita perlu tatang macam minyak yang penuh macam anak raja. Tapi once anak dah berumur 2 tahun ke atas, kita dah boleh ajak dan latih mereka bersama-sama melakukan house chores. 

Anak pada usia begini normally dapat menerima arahan mudah, sama ada single step command atau 2 steps command.

Contoh arahan single : 
"Naufal tolong cucikan tangan Adik Araa ni dengan sabun"

Contoh 2 arahan         : 
"Naufal tolong keluarkan ikan dari freezer dan rendamkan ia" 

Seawal usia 2 ke 3 tahun ini, anak lelaki kita perlu tahu amalan basic seperti, rasa bertanggungjawab mengemas mainan sendiri selepas bermain, mengelap sendiri tumpahan yang mereka buat, meletakkan cawan ke dalam singki selepas minum, sangkut tuala selepas mandi, meletakkan baju kotor ke dalam bakul, dan galakkan mereka mengangkat barang yang ringan selepas pulang dari membeli belah.

Benda ni sangat basic dan Syu buat semua ni pada Naufal dan Nufael. Syu ingat lagi dulu ada la mulut yang menegur, kata Syu ni 'tergamak' kulikan anak kecil dengan kerja-kerja berat katanya. Tapi Syu pekakkan je telinga.

Sehingga sekarang, Naufal dah tak perlu diminta tolong bila Syu balik dari membeli belah, dia sendiri yang akan mengangkat barang dari kereta dan bawa ke dapur. 

Lepas main basikal, dia akan susun basikal di suatu sudut yang biasa dijadikan tempat meletak basikal. Dan perkara ni tak berlaku dalam sekelip mata. Makan tahun dan berbuih mulut mak okay!

Ok di bawah ni Syu senaraikan 6 perkara yang utama yang perlu dilatih pada anak lelaki dalam menjadikan mereka lelaki dewasa yang bertanggungjawab dan penyayang. Sumber asal dari Doktor Redza Zainol.

So jom scroll satu persatu :

1. Respectful

Ajar anak lelaki untuk jadi Respectful pada wanita terutamanya pada ibunya sendiri. Misalnya latih anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, kawal nada suara terhadap adik beradik dan berbuat baik serta berlemah lembut pada semua orang tertutama perempuan.

Spesies Lelaki Malas Berkerja, Hanya Goyang Kaki Semakin Ramai Akhir-akhir ini,Sifat malas bekerja, menyusahkan orang,lelaki malas bekerja,adik lelaki malas bekerja,kesan malas bekerja

2. Empathy (belas ihsan)

Bila tengok isteri kita penat, cuba ajak anak kita tengok dan fahami kepenatan ibu mereka tu. Contoh dialog untuk asah empathy anak

Abam, Angah. Cuba tengok Mamy tu, kesian Mamy penat lipat baju kita semua kan? Nampak tak muka Mamy dah sayu, redup dah kepenatan. Jom kita tolong Mamy lipat baju jom?

Bila anak dah mula faham dan dapat merasakan emosi orang di sekelilingnya maka, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak-anak.

InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang hebat Emotional Intelligence (EQ) atau kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi.

3. Sense Of Responsibility

First thing first, didik anak lelaki konsep utamakan orang lain. Ajar cara simbah dan cuci semula tandas selepas guna, agar orang yang nak masuk kemudian rasa lebih selesa dan nyaman. Paling mudah nak didik rasa tanggungjawab adalah kemas meja makan, kutip dan lap semula tumpahan yang dia buat. Atau arahkan mereka kutip semula sampah yang dia sengaja buang merata.

ajar anak lelaki buat kerja rumah

4. Personal Hygiene & Cleanliness

Biasa kita dengar yang anak lelaki akan transform menjadi seorang yang pengotor bila berjauhan dengan mak, contohnya bila mereka mula tinggal di asrama. Pelik ya? Rupa-rupanya didikan kita tentang kebersihan tidak cukup. Kita terlupa nak ajar mereka tentang disiplin menjaga personal hygiene.

Personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara beristibra’ dan berinstinjak. Antara ilmu istibra’ yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem dan urut kemaluannya sebelum membasuh kencing.


5. Coping Skills

Coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita tu stress ke, kena ejek ke kena buli ke. Masa ni la bapa kena main peranan dan cuba slow talk dengan anak lelaki sebagai man-to-man.

Kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, mereka akan mudah terjebak dengan coping skills negatif seperti ambil dadah dan minum arak. So mereka perlu dipandu ke mana harus mereka halakan emosi dan express secara sihat.



6. Pelajaran melalui teladan

Bagi anak lelaki, role model atau hero pertama mereka sudah tentulah bapa mereka. Mereka tidak akan mengidolakan ibu kerana secara fitrah, budak lelaki cenderung untuk meniru perbuatan dan sikap si ayah.

Sebab itu dalam parenting, penglibatan ayah itu adalah sesuatu yang wajib! Bukan semuanya sub-con pada maknya saja.

Contoh paling mudah nak bagi kalian faham kata orang putih, like father like son kan? Jadi kalau anak pengotor, buang sampah dan ludah merata, kencing pula berdiri. Dia menurun sifat siapa?

Kesimpulannya, ayah terlebih dahulu perlu menunjukkan contoh-contoh yang baik seperti menyantuni isteri, bersabar dengan anak dan juga membantu tanpa diminta.

Teladan membantu isteri di rumah ditunjukkan oleh ayah
Ayah tunjuk contoh membantu tanpa mengira kerja siapa


Wraping up

So akhir kalam, please bantulah Syu untuk sebarkan ilmu ini kepada lebih ramai ibu bapa di luar sana. Jom, mak ayah yang ada anak lelaki yang sedang meningkat remaja boleh cuba terapkan perkara-perkara penting ini.

Kita nak anak lelaki kita jadi pemimpin hebat untuk keluarga mereka kelak. Semoga anak-anak lelaki kita menjadi, lelaki yang budiman, penyayang dan bertanggungjawab apabila menempuhi alam dewasa kelak.

13 comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. sis sopan sgt goyang kaki,,,kalu sy kak,,sy buh goyang telor je padan jantan mcm ni

    ReplyDelete
  2. lebih2 lagi ramai golongan wanita yang berkerjaya hebat sekarang,
    Si laki jadilah golongan sura rumah tangga yang asyik beristerirehat.

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar, kadang-kadang tak faham juga apa yang difikiran dieorg nih agaknya. Tak kesian ke dekat isteri terbeban sorang2, geram pulak rasa.

    ReplyDelete
  4. Akak ada 2 anak lelaki. Moga dapat didik mereka dengan baik.Aaamin,

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..mereka bakal pemimpin yg soleh

      Delete
  5. Terima kasih atas perkongsian yang bagus ini

    ReplyDelete
  6. tq syu kongsi info bermanfaat sebegini.
    kak pip pun anak2 3 org semua lelaki, dan mmg dari kecil dah start asuh mereka buat kerja2 rumah.
    penant sangat kalau semua kita yg buatkan, dah merasa dulu bila adik beradik semua lelaki. bab kemas rumah mmg dorang tak pandai sgt. tapi part memasak dan menyapu lantai tu semua adik beradik boleh buat.
    semoga anak2 kita dididik untuk kebaikan masa depan mereka juga kan.

    ReplyDelete
  7. Silap kebanyakkan org kerja rumah org perempuan yg kena buat.. Bukan lelaki sdgkn kerja rumah tidak kira laky perempuan kena buat.. Yea bab memasak mungkin perempuan, jemur kain tapi laky bole ja cuci piring, kemas katil sendiri, tolong angkat2 brg.. I mean ada certain kerja d'rumah memerlukan kudrat org laky.. Sy pernah jumpa ada yg paip bocor, gas habis, mesin rosak org perempuan yg repair atau angkat..

    Ada byak faktor lain lg adik beradik yg sorg ja perempuan.. Atau sorg ja laky.. Lelaki perempuan sama ja.. Masing2 kena ada rasa tanggungjawab.. Lg2 lau adik-beradik perempuan ja semua lg lah..

    Anak laky kena ada rasa tanggungjwb byak juga sy jumpa yg mak bapa manjakan anak laky.. Taknak anaknya susah.. Semuanya dr diri kita sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye nurul. Asuhan dari awal tu penting

      Delete
  8. Harap-harap kuranglah bilangan lelaki yang dikatakan malas bekerja itu. Itulah kesan budaya nenek moyang kita yang terlalu mengagungkan lelaki, dan selalu mengatakan anak perempuan setinggi manapun pelajarannya akhirnya ke dapur juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu tak suka betul statement tu. Macam lah anak perempuan takkan ke mana kalau belajar tinggi.

      Delete
  9. Anonymous6/29/2021

    Sebenarnya anak2 lebih belajar dari apa mereka lihat mak ayah buat, berbanding apa yg mak ayah suruh mereka buat.

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.