Check List Barang Bersalin dan Berpantang Bagi Ibu, Bayi dan Beg Hospital

Ibu tengah cari blog yang buat senarai barang keperluan bersalin dan berpantang ke tu?ibu bayi blog
keperluan-bersalin-dan-berpantang
Di sini Mamy Syu ada sediakan checklist keperluan bersalin dan berpantang buat ibu dan bayiBila nak dekat-dekat bersalin ni mula lah update entri list keperluan bersalin dan berpantang untuk baby dan ibu.checklist bersalin 2021,checklist bersalin di hospital
Haha..rasanya nak bersalinkan Dik Fael dulu aku dah tulis satu entri pasal checklist keperluan bersalin di hospital dah. Ni nak bersalin anak ketiga pun tulis lagi satu entri pulak.ahaks!
checklist persiapan bersalin
By the way, entri yang dulu tu, aku update tentang barang-barang keperluan ibu dan bayi untuk di bawa ke hospital je. Maknanya, checklist tu sekadar barang-barang keperluan yang nak diletakkan dalam beg untuk ke hospital je la. 
checklist bersalin pkp
Kali ni aku rajin sikit nak update list keperluan serba lengkap, termasuklah isi beg yang nak di bawa ke hospital, barang keperluan baby dan ibu selepas pulang dari wad dan juga keperluan sewaktu dalam tempoh berpantang.
checklist bersalin pdf

Checklist bersalin di hospital

senarai barang baby ke hospital, checklist bersalin di hospital
senarai barang baby ke hospital
 kedai jual barang pantang

Tiga barang MESTI bawa waktu bersalin:

 : Buku rekod kehamilan (Buku pink)
 : Kad Pengenalan ibu
 : Handphone + powerbank

tips beli barang baby dalam pantang

1 – Ketika Dalam Labor Room

Untuk barang yang dibawa ke dalam labour room, ibu pack siap-siap dalam zipper bag berasingan, supaya nanti senang suami nak ambil dari dalam beg tu untuk dibawa masuk LR.

Di bawah ini merupakan gambar barang keperluan masuk wad, atau lebih spesifik untuk dibawa masuk labor room.

checklist keperluan nak bersalin di hospital,barang keperluan masuk wad
waktu sesuai beli barang baby
 : Baju baby (kebanyakan hospital taknak seluar)
 : Maternity loop (2 keping)
 : Pampers baby (2 keping)
 : Tuala baby
:  Receiving blanket / kain bedung / kain napkin / etc
 : Nota kecil (surah dan doa memudahkan bersalin)
 : Tamar, minyak / air selusuh, Air zam-zam
 : Handphone + powerbank
barang keperluan bersalin caesar
Handphone ni penting untuk fully charged, dan bawa semasa bersalin waktu PKP ya. Sebab nanti suami akan azankan anak through video call. Suami tak boleh masuk musim-musim covid ni. 
checklist sebelum bersalin
Masa dalam labor room, tak payah la ibu bawa mitten & booties, barut etc. Sebab nanti staff nurse akan pulangkan semula. Diorang cuma akan pakaikan baby dengan baju, pampers, pastu terus bedungkan. 
checklist ibu bersalin
Kalau ibu insist nak bekalkan jugak benda-benda tu, ibu kena ingat la. Kat sana bukan kita sorang je bersalin tau. Ada berpuluh, malah beratus baby diorang nak handle. Kalau hilang or tertukar or tercicir ke, jangan pulak gi marah-marah kat nurse ok?
checklist barang bersalin
Aku sebenarnya tak pandai sangat pakai maternity loop (pad jenis tali). Tapi dalam labour room, kita standby pad jenis tali, untuk memudahkan kerja nurse. Lepas selesai jahit nanti, nurse yang akan tolong bersihkan kita, dan pakaikan pad untuk kita. Senang kerja nurse nak pakaikan kita pad kalau guna jenis tali ni.
checklist persiapan bersalin berpantang
Bila dah naik wad nanti, suka hati kita lah nak pakai jenis berpelekat yang dipakai bersama seluar dalam tu kan. Sebab masa tu kita dah "gagah" dan ada tenaga sikit dah untuk pakai sendiri.
mari baca senarai barang pantang
Pastu yang terakhir, korang jangan bawak charger henfon ke dalam labor room tau. Takut nanti tak pepasal korang kena marah pulak sebab charge-in kat soket elektrik dalam labor room tu. Ingat! Soket elektrik yang ada tu hanya untuk cucuh palam instrument hospital je tau. Bukan untuk kegunaan peribadi kita.



2 – Ketika Dalam Wad (Keperluan Bayi)

Checklist keperluan ibu nak bersalin
ibu bayi blog,list barang bersalin

  •  : Pampers (sepeket, minimum 20pcs)
  •  : Baju siang (syu prefer baby sleepsuits je, senang. 1 piece gitu)
  •  : Baju malam / Sleepsuit
  •  : Tuala mandi
  •  : Sapu tangan (standby 2-3 helai takpe, baby kan selalu jeluak)
  •  : Barut, Mitten n booties
  •  : Kain bedung
  •  : Vaselin (pure) untuk ruam lampin (untuk puting luka pun ok)
  •  : Toiletries, Minyak telon, krim lampin
  •  : Baby Wipes / Wet tissue
  •  : Bantal baby
  •  : Susu formula bayi baru lahir tin kecil (standby je)
  •  : Botol susu baby 
  •  : Tahniq stuffs (Air zam-zam & Tamar)

Walaupun hospital biasanya tak galakkan kita susukan baby dengan susu formula, tapi andai kata lepas bersalin tu, dalam 24jam susu kita belum ada, takkan kita nak biar anak kita dehydrate pulak kan. Mungkin ini bukan nasihat yang baik..tapi susu formula bukanlah racun. Ok? 
Cara banyakkan susu badan sebelum bersalin
So, daripada biarkan anak kita tak cukup air dan susu dalam badan, dan nanti anak kita lambat berak, so lambat la kita boleh balik. Bila anak kurang berak, silap-silap anak naik bacaan kunig sebelum 24jam. Haru!



3 – Ketika Dalam Wad (Keperluan Ibu)

  •  : Tudung kepala
  •  : Stokin n Sweater
  •  : Kain sarong
  •  : Nursing bra
  •  : Disposable panty
  •  : Maternity pads
  •  : Breast pad / milk collector
  •  : Tuala mandi
  •  : Toiletries, deodorant, getah rambut, sikat
  •  : Selipar getah (non-slip)
  •  : Beg plastik pakaian kotor
  •  : Minyak angin / panas
  •  : Handphone n Powerbank
  •  : Breast pump (aku bawa pam manual je)
  •  : Milk container / botol penyimpan susu perahan
  •  : Pakaian 1 set lengkap untuk discharge dari wad

Melalui pengalaman Annur, tudung kepala tu bawak la lebih. Biasanya kita akan banyak berpeluh semasa dalam wad. Memang adatlah kan, ibu dalam pantang kan memang nak panas. Pastu kain sarong atau kain batik tu saje buat spare je. In case kalau ibu bocor, dan masa tu takde nurse atau attendant yang available untuk bagi kain ganti, so korang boleh pakai dulu kain batik tu.


4 – Makanan dan Minuman

ibu bayi blog,list barang bersalin
  •  : Botol air masak 2L
  •  : Thermos flask / Bocong air panas
  •  : Cawan, sudu
  •  : Tisu
  •  : Biskut / Roti bun
  •  : Susu rumusan khas ibu menyusu
  •  : Ubat-ubatan
  •  : Minuman supplement / vitamin
  •  : Pil hematinic
ibu bayi blog,list barang bersalin hospital bag

Makanan dan minuman ni dulu-dulu aku letakkan dalam satu bakul. Tapi dulu macam kesian je incik asben nak angkut bakul, nak heret beg lagi..penuh barang di tangan. So kali ni aku muatkan makanan dalam satu shopping bag AEON yang besar tu. 
blog ibu dan bayi malaysia 
Mula-mula nak guna shopping bag IKEA, tapi macam kedabak sangat. Flask ngan botol air tergolek-golek dalam beg tu, sebab besar sangat. Beg AEON ni macam just nice je. Sendat-sendat je barang dalam tu, taklah berterabur dan tergolek-golek. Nanti senang asben sandang di atas bahu je, tak payah nak bimbit di tangan macam bawak bakul tu.



Checklist keperluan berpantang bagi bayi

Checklist keperluan bersalin


a) Pakaian bayi dalam pantang

  • : Tops / Pants / Romper / Sleepsuits (7 pasang dah memadai)
  • : Topi kait (Snowcap)
  • : 3 helai Bips & Sapu tangan kecil
  • : 5 helai Barut perut (jenis "zap-on" / jenis tali)
  • : Selimut / Receiving blanket
  • : Kain lampin / Napkin
  • : Sarung tangan & Stokin bayi
  • : Tuala mandi jenis kapas 100%
  • : Kain bedung jenis muslin atau cotton (110 x 130cm)




b) Keperluan penyusuan bayi

  • : Botol susu serta puting silikon
  • : Sabun khas pencuci botol & berus botol
  • : Alat pensteril
  • : Botol / Pek penyimpanan susu perahan
  • : Breastpump / Pam elektrik
  • : Cooler bag & Ice brick
  • : Thermos flask


c) Keperluan mandian & alatan dandanan bayi

Dalam list ni, antara keperluan yang penting adalah diapers, cotton ball, fluid dispensers dan krim pencegah ruam lampin. Sebab apa tau? Newborn baby sangat prone to skin rashes and blisters. 


Checklist bersalin perlukan raga toiletries baby

Masa Naufal di NICU dulu, paeds pernah suggest aku gunakan cotton ball, instead of baby wet tissue untuk wipe celah kangkang baby. (Naufal baby preemie, so kulit dia lagi nipis dan sensitif dari baby biasa). 
Keperluan Bersalin dan Berpantang buat Ibu dan Bayi
Memang betul korang! 
ibu bayi blog melayu
Cotton ball is better than wet tissue. Masa cuci najis baby, letakkan 2 helai wet tissue bawah punggung baby pastu pancutkan air untuk bilas najis baby yang melekat pada kulit, pastu wipe dengan cotton ball yang dah dibasahkan. Memang kulit celah kelangkang baby korang takkan luka atau melecet.
senarai ibu bayi blog barang ibu bersalin di hospital 
  • : Besen mandian
  • : Pengepit kuku baby
  • : Berus rambut bayi
  • : Krim pencegah ruam lampin
  • : Cotton buds / Cotton ball (ganti Baby wipes)
  •  : Fluid dispensers / Squeeze bottle (aku recycle botol mineral SHELL je)
  • : Tisu lembap (guna untuk lap muka baby lepas menyusu)
  • : Pin keselamatan
  • : Baby diapers
  • : Sabun mandian bayi
  • : Syampu bayi
  • : Minyak telon
  • : Minyak zaitun / Minyak urut
  •  : Losyen penghalau nyamuk
  • : Tuam perut bayi / Poultice
  • : Termometer digital / Infrared
  • : Nasal aspirator / Decongestant
  •  : Detergen khas untuk pakaian bayi

Sekadar perkongsian dari pengalaman. Baby baru lahir ni, biasanya kerap menyalin lampin. Anak-anak aku dulu, antara 7 - 10 kali tukar lampin. So untuk dalam pantang ni, elok korang beli diapers yang murah macam Fitty, atau Tesco Baby Love ke. 

Tak perlu risau tentang kualiti, elok ke tidak? Senang bocor ke tidak? Sebab baby baru lahir, kerap berak. Setiap sejam memang lampin diorang wajib bersalin. Aku guna Drypers Classic je, around RM23++ je, untuk 88 keping.
checklist barang ibu bersalin di hospital PKP
Tapi kalau korang tengok gambar kat atas, Mamy jugak ade beli pampers saiz newborn jenama Huggies kan? 
barang ibu bersalin di hospital 
Mamy beli tu sebab hanya pampers Huggies newborn je yang saiznya betul-betul kecil. Dua-dua anak Mamy lahir sebelum ni pun berat tak cecah 3kg pun. So I guess baby ke-3 ni pun tak besar mana jugak la. Huggies memang lembut, nipis, dan ngam untuk baby bertubuh kecil. Kalau korang memang jenis beranak baby kecil, boleh la try Huggies. Pun, kat hospital, baby-baby preemie kebanyakannya pakai Huggies.
ibu bayi blogger
Bila baby dah besar sikit, rutin tidur diorang akan lebih panjang. So boleh la kalau ibu-ibu nak bertukar ke lampin yang tak mudah bocor dan mahal sikit macam Momy Poko ke, Goon ke, Genki ke kan. 
list ibu bayi blogger
Tips ekonomi tu mommies! Ilmu tu, ilmu haha. 
checklist Berpantang Bagi Ibu, Bayi
BTW isteri yang pandai jaga ekonomi rumahtangga memang asben akan sayang lebeyyyhh lah!! ahakss!



d) Keperluan nurseri bayi

Biasanya keperluan nurseri ni ibu boleh ketepikan dulu dari list sebab prioritinya tak lah penting mana. Kadang-kadang bila dah dibeli pun, contohnya carseat, ibu terutamanya surirumah, akan jarang sangat guna. So, kalau tak beli dulu pun takpe. Beli bila dah lepas-lepas pantang nanti pun ok je.

  •  : Kot bayi & Cadar fitted
  •  : Changing table dengan pelapik waterproof
  •  : Tilam & Pelindung tilam waterproof 
  •  : Bantal kepala & Bantal peluk
  •  : Comforter / Sleeping bag
  •  : Mainan / Baby rattles
  •  : Kelambu bayi
  •  : Diaper bag / Beg nurseri
  •  : Baby carrier / Stroller / Carseats
  •  : Sun shields untuk tingkap kereta


Checklist keperluan berpantang bagi ibu

Checklist keperluan bersalin untuk ibu dan anak

a) Pakaian selesa bagi ibu

  •  : Selipar getah untuk kegunaan indoor
  •  : Stokin bulu tebal (aku beli kat Daiso)
  •  : Seluar dalam khas (aku guna disposable panties)
  •  : Maternity pads

Maternity pad - Mamy beli jenis tali tu sepeket je untuk standby kat hospital. Hospital memang diorang prefer pakai maternity loop, sebab senang kerja nurse nak tolong pakaikan kita pad. Tapi bila kat rumah Iselesa pakai yang jenis berpelekat. Mamy pakai brand INTIMATE je. Brand yang mamy paling suka dari dulu lagi sebab dia senang sangat dicuci. Permukaannye pun lembut, dan tak menyakitkan luka jahitan episiotomi kita.


Checklist keperluan ibu nak bersalin perlukan tuala wanita

Sepanjang berpantang, aku akan berselipar di dalam rumah. Aku pakai selipar getah sebab tak licin. Pastu bertutup di bahagian depan untk mengelakkan risiko ibu jari kaki terlanggar objek atau terhantuk di mana-mana bucu dalam rumah. Better prevent dulu kan, sebelum berlaku? Takut oii, kalau bentan dan tumpah darah. Nauzubillahiminzalik!

b) Keperluan penyusuan susu ibu

  •  : Disposable breast pads
  •  : Pam manual / Milk Collector (untuk tandem)
  •  : Nursing bra 
  •  : Nipple cream
  •  : Pakaian menyusu
  •  : Bantal menyusu / Bantal Donut
Disyorkan Untuk Ibu : Mamaway Nursing Bra Sentiasa Jadi Pilihan Mamy Syu


Nursing bra - Seeloknya ibu gi cari yang bertali lebar dan cangkuk belakang at least ada 3 atau 4. Penting tau, untuk pastikan korang tak sakit bahu atau demam urat masa dalam pantang. Bra yang tak sesuai, akan membuatkan urat belikat dan bahu korang mudah tegang dan sakit bila brest korang mengisi susu.



Nipple cream - Aku guna Purelan 100 dari Medela. Elok sangat! Dari bersalin anak first lagi aku stick dengan jenama ni. Bila puting pedih-pedih je, aku sapu dan dah boleh pakai bra. Nak feed anak pun, takyah basuh or bilas dulu. Kandungan dia 100% lanolin.



Checklist bersalin di hospital


Disyorkan untuk Ibu : Ini Cara Merawat Nippple Crack


Milk collector - Aku dulu buat stok EBM masa dalam pantang dengan cara tandem je. Dua minggu sebelum abis pantang, baru aku betul-betul buat jadual mengepam, sebab dah nak naik keje dah. Milk collector ni jenis silikon, dan mudah nak attach pada breast, atau selit bawah bra. Ia berfungsi menadah susu (dari breast satu lagi) yang memancut bila berlaku reflek let-down, semasa kita susukan baby.


breast pump untuk checklist barang baby





c) Keperluan ritual berpantang


herba mandian keperluan selepas bersalin



Bengkung - Dari bersalin anak first, aku guna bengkung ekspress 3 in 1 jenis zap-on. Senang sangat gunanya. Aku guna bengkung ekspres ni dulu sebab masa aku bersalin anak first, aku kena czer. Cuma bengkung ekspres je aku boleh pakai masa tu sebab boleh adjust kita nak ketat ke longgar sikit ke. Rasa best dan selesa pulak. So aku guna lah sampai sekarang.


d) Jamu dan makanan tambahan
  •  : Set jamu lengkap (aku guna Jamu Selapan Air Mancur)
  •  : Tablet haematinics (Iron, Vit B, Vit C dan Folic Acid)
  •  Supplement kesihatan / Jus kesihatan

jamu bersalin kena masukkan dalam Checklist keperluan bersalin juga
Jamu Selapan korang boleh cari kat toko jamu area Chowkit.


Panjang Pula Kan Checklist Keperluan Bersalin dan Berpantang ni?

Walaupun penat menaip panjang-panjang, namun Mamy happy kalau penulisan mamy Syu berhasil memberi manfaat. And the last but not least, kalau ada lagi keperluan bersalin yang tak tersenarai kat sini, dan ibu-ibu rasa benda tu penting, boleh la sarankan di ruangan komen. Nanti boleh la Syu tambah ke dalam checklist ni. 

Jom share ke media sosial semoga lebih ramai ibu muda mendapat manfaat.q.

Catat Ulasan

35 Ulasan

  1. wahh lengkap betul panduan ni! kebetulan bulan 3 ini akan ada sepupu nak menimang cahaya mata. boleh cadangkan baca entri ni. terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bookmark link ni siap2 hasif haha..nanti senang nak tunjuk kat kazen

      Padam
  2. Semoga semuanya selamat ye, saya baru lepas bersalin anak ketiga dan masih dalam pantang. Jenguk dari tukar bloglist https://rodiahamir.blogspot.my/2018/02/tutorial-semak-seo-performance-blog.html?m=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh..tahniah wak! Dan selamat berpantang ye ^_^

      Padam
  3. Lengkap haaaa. Kita plak excited tengok. Haha. Masa preparation ni. Wajib maklumkan suami or sesiapa yang akan teman kita di Hospital. Adik ke mak ke kakak. Sebab nanti masa kita tengah sakit bersalin tu, mereka juga akan panik. Bila nak bersalin, jangan le kelam kabut kan mereka. Sudahnya kena marah. Hahaha. Saya masa anak kedua dah pandai. So suami yang sedang panik tu pun dah faham apa perlu di bawa ke dewan bersalin. Kak beli kat mana salapan tu? Saya tak jumpa pun di KL. Sudahnya saya pakai campur2 jenama. Huhu. Depend pada Bidan rekemen je. Sedih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun BFF yg tolong belikan.
      Dia beli katbtokonjamu area chowkit katanya.
      Tapi, kena cari betul2 ruby..sebab banyak jugak kedai kat situ yang jual produk tiruan.

      Padam
  4. fuh banyaknya list.. bukan senang nak jadi parenting ni.. betullah ramai kata kalau dah kahwin, semuanya untuk anak2, semoga semua dipermudahkan ya

    BalasPadam
  5. Byk betul list brg kan..nasib hilma ari tu first bersalin kat private so x byk bwk brg..mayb next baby list ni berguna hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak ek hilma..haha i is perasan macam dah minimalis gila dah persiapan tu compared to anak sulung dulu haha

      Padam
  6. Wahhh lengkap !! Terima kasih berkongsi tips persiapan utk bersalin. Boleh gunakan tips nie di masa hadapan

    BalasPadam
  7. Great sharing sis. Walaupun Ty tak kahwin lagi tapi perancangan rapi sebegini boleh di buat rujukan.

    BalasPadam
  8. semoga dipermudahkan segala urusanmu, relax je jangan panik ketika kontraksi tau weeee.... thanks for sharing, been there now anak anak dah 2 dan 6 tahun heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengs tau you..memang tengah nervous1 ni 38 weeks dah

      Padam
  9. Bagus sangat list ni. Boleh tolong ramai ibu mengandung buat persediaan untuk bersalin. Lagi2 yg nak dapat anak pertama tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..masa AS nak bersalin ank pertama pun banyak google barang2 keperluan baby.

      Padam
  10. tudiaaa... banyak jugak checklistnya. So, bakal ibu memang kena bersedia lebih awal ni. Kang ada yang tak cukup. Maklum la, ada jugak ibu yang bersalin lebih awal dari jangkaan kan.. Bagus perkongsian ni. sangat2 berguna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul dikbee..AS pun dulu anak 1st, AS bersalin awal.. Pramatang at 32 week

      Padam
  11. Penting ada checklist mcm ni. Tak kelam kabut nanti. Wlpun pernah bersalintapi checklist mesti ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan k.ayu..
      Checklist ni penting terutama nak elak dari encik asben jadi kelam-kabut n panik. Kite xde ape pun dalam labor room..org yg menunggu yg panik.

      Padam
  12. Bagusnya ada checklist mcm ni, lengkap segalanya..terbaik. Masa sis dulu2 tak buat semua ni...masa nak bersalin kelam kabut..hahaha...nasib baik lah ada maid yg bawak semua lps tu, kalau x ada memang haru dibuatnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi untung sis hanny ada maid..kalau x, memang haru jugak kan

      Padam
  13. Banyaknya keperluan bersalin..semoga dipermudahkan segalanya dan urusan bersalin berjalan dengan lancar ye

    BalasPadam
  14. perkongsian yang menarik. lengkap ni. bookmark siap-siap post ni. boleh jadi rujukan masa akan datang nanti ;)

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Mai.. ^_^
      Siap bookmark lagi

      Padam
  15. Wah this is very useful for first time mom to be.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, checklis bersalin ni penting, kalau tak takut kelam kabut.

      Padam
  16. OMG...that's one full list! Banyaknya barang yang kena ingat...serius dah kena buat nota...thank you annur!

    BalasPadam
  17. Terima kasih utk checklist ni. Senang sgt sy nk buat persiapan

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama. Moga manfaat nya berpanjangan

      Padam
  18. thank you atas sharing...doakan saya nak bersalin nnti..

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama15:37

    ibu bayi blog terbaik selepas motherhood

    BalasPadam
  20. Lengkap dan jelas isi kandungan ni...tqsm amat2 berguna utk ibu yg nak beranak sulong ni..♥️

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y