penawar sakit belakang-biobax

Rutin makanan Annur dalam pantang

Memandangkan Annur tengah pantang leni masuk hari ke-24 harini, jadi tak berapa senang nak tulis blog. Ni pon post melalui phone je, jadi featured nye agak terhad.. tak seperti post melalui laptop.
So here's the list:

1. Ikan bilis – biasanya di goreng biasa atau pun di masak sambal. tapi jangan terlalu pedas.
2. Ikan cencaru – biasanya di bakar untuk lebih sedap selain di goreng
3. Ikan haruan – lebih enak di bakar/ masak stim selain di goreng
4. Ikan siakap – masak stim
5. Ikan bawal putih/hitam – goreng
6. Ikan gelama – goreng
7. Ikan merah – masak sup
8. Ikan jenahak – goreng
9. Ikan selar kuning – goreng/ masak asam
10. Ikan kerisi – goreng/ masak asam
11. Ikan kurau – goreng/ stim
12. Ikan kerapu – goreng/ stim
13. Ikan senangin – goreng/ masak asam
14. Ikan tengiri – goreng/ masak asam
15. Sayur sawi – sup
16. Sayur bayam – tumis air
17. Sayur kailan – goreng/ tumis
18. Sayur kacang buncis – goreng/ tumis
19. Halia – elok diamalkan tapi elakkan jika anda menyusukan bayi (takut kuning)
20. Daun pegaga – di campur dalam masakkan/ di buat jus – elok utk tambah air susu badan
21. Milo/horlick – sesuai untuk sarapan dan minum petang
22. Biskut/roti – sesuai untuk sarapan dan minum petang
23. Ayam – di buat sup atau di campur dalam bubur
Antara makanan/ lauk yang tidak boleh dimakan adalah:
1. Makanan laut – sotong/udang/ketam – takut gatal di tempat luka
2. Telur – luka lambat sembuh
3. Ikan yang tidak bersisik dan berbisa – sembilang/keli
4. Sayur kubis/kacang panjang/kacang soya/kekacang/kentang
5. Tebu/ air kelapa/ buah anggur
6. Makanan pedas/ berminyak
7. Aiskrim/ keju /pulut

[Entry updated on 17/04/2013]

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.