Urutan bayi, menyeronokkan lagi bermanfaat

Urutan bayi - menyeronokkan lagi bermanfaat | Urutan bayi boleh dimulakan seawal kelahiran kerana deria pertama bagi bayi adalah deria sentuhan. Urutan dan sentuhan dapat mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi serta menguatkan tahap ketahanan badan bayi. Tambahan pula, urutan yang dimulakan sejak baru lahir dapat membina kekuatan fizikal (tulang) dan tumbesaran bayi.
teknik urutan bayi

       Kajian membuktikan urutan bayi dapat: 

          - meningkatkan sistem imun
          - membina keyakinan diri
          - membantu perkembangan saraf motor dan koordinasi bayi
          - membantu perkembangan otot dan orientasi (penting dalam
            membantu bayi untuk belajar berdiri dan seterusnya berjalan)
          - membantu perkembangan emosi; bayi rasa secure & confident
          - menenangkan bayi anda
          - membantu bayi tidur lena
          - mengurangkan masalah kembung perut bayi
          - meningkatkan sistem penghadaman

Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail telah menyebut tentang hasil kajian Dr Tiffany Field dari University of Miami yang mengetuai Touch Research Institute (TRI). Kajian Dr Field mendapati bahawa urutan membawa banyak kebaikan terutama kepada bayi :

- meningkatkan jisim tulang sebanyak 15%

- pertambahan berat badan meningkat sebanyak 47%


Menurut Dr Field, terapi sentuhan atau urutan boleh merangsang saraf otak yang membantu penyerapan zat makanan, dan seterusnya membantu penambahan berat badan yang lebih cepat. Sentuhan turut mengurangkan tahap hormon tekanan dan hasilnya, mempertingkat fungsi imuniti.

Selain itu Dr Zulkifli sendiri pernah terlibat dalam kajian yang dijalankan ke atas 72 bayi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) antara tahun 2000 dan 2001. Menurut beliau, hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan berat badan ke atas bayi yang diurut berbanding dengan bayi yang tidak diurut. 

Kajian tersebut juga menunjukkan terapi sentuhan dapat membantu bayi pra-matang menambah berat badan dengan lebih cepat, memperbaiki fungsi pernafasan kanak-kanak yang menghidap asma dan bagi kanak-kanak diabetis pula bertindak balas positif dengan rawatan mereka.

Penemuan ini adalah konsisten dengan kajian klinikal yang dibentangkan oleh Dr Field pada tahun 1997 semasa mesyuarat tahunan di American Academy of Paediatrics (AAP).

Jadi tunggu apa lagi, mulakan urutan bayi anda sekarang! Rujuk entri seterusnya TEKNIK URUTAN BAYI STEP-BY-STEP .            



baby massage urut
  

Catat Ulasan

0 Ulasan