Menengking anak bawah 3 tahun. Wajarkah?

Budak yang dalam lingkungan umur 2-7 tahun memang selalu dilabelkan lasak sebab ingin mencuba apa je yang dilihat. Dan diorang juga didapati ‘tak mendengar kata’. Sebenarnya diorang tak dapat mendengar arahan dengan baik sebab pada level umur diorang sekarang ni, diorang memang failed dalam memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Perhatian diorang lebih tertumpu kepada permainan dan alam sekeliling yang diorang sangat excited nak explore.

menengking-anak-bawah-tiga-tahun-wajarkah
Anak kita adalah cermin diri kita…
Sebenar-benarnya, tindakan kita menengking anak-anak akan menyebabkan perkembangan emosi dan cognitif diorang terjejas. Kesan jangkamasa panjang terhadap perkembangan jatidiri anak termasuklah hilang keyakinan diri, kesukaran untuk fokus, menjadi penakut atau sebaliknya, diorang boleh develop menjadi ganas atau jadi seorang pembuli.



Syu nak kongsi beberapa tips untuk mengatasi amarah terhadap anak:

1. Berhenti! Dan fikir dulu.  Mommies dan daddies suka ke kalau kena marah sebegitu rupa oleh mak atau orang lain. Ingat baik-baik, anak kita makin meningkat dewasa, mereka semakin kuat. 

Sedangkan kita makin lama meningkat usia, kita makin tak larat. Apa perasaan ibu kalau dimarahi begitu di hari-hari tua ibu ayah kelak? Jadi sebelum nak menghamburkan kemarahan terhadap anak, cuba berpusing ke arah lain, dan kira sifir 5 sampai habis. 

Syu dah cuba dan most of the time berhasil dan lupa dah nak marah apa ahahaha. So marilah ibu ayah, kita baca 1x5=5, 2x5,=10, 3x5=15 hahahah


2. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari mommies dan daddies. Sekiranya si daddy jarang mendampingi anak, dah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada mommy. Jadi cuba faham bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. 

Lupakan sekejap kerja yang kita lakukan dan berikan perhatian pada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.


3. Sebaik sahaja pulang dari bekerja dan menjemput anak dari taska, luangkan masa paling kurang setengah jam untuk bersama anak dan dengar setiap apa yang mereka adu. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama kita tu untuk anak.

Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluk dia serta nyatakan di telinganya, kita sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, kemudian barulah kita minta diri untuk ke dapur, atau mandi dsb. 

Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.


4. Faham dan hadam. Kita bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja yang kita arahkan. Yang kita lahirkan adalah seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba convert keinginan mereka pada sesuatu yang kita mahukan.


5. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan mommies/daddies tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.

Jangan buat sardin je atau bersikap acuh tidak acuh sebab sebenarnya tingkah laku kita tu secara tak langsung mengajar anak agar jangan pedulikan mommies sekiranya mommies pula yang memanggilnya.


The right way to make her listen to you is by listening to her first. 


Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.


6. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.


7. Lebih banyak memberi teguran ke arah membina kesedaran pada anak berbanding asyik nak menengking je. Ia memang tak mudah. Namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak kita sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak kita lebih memahami daripada asyik mengherdik dan membentak mereka.


8. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak!. Elakkan dari mengutuk, mengeluarkan bahasa laknat atau menjatuhkan maruah anak didepan orang lain. Kita sendiri pun benci bila kesalahan kita tu dibangkit dan di"bahan" di depan orang lain. Begitu juga dengan anak!. Takda siapa yang suka dikutuk di depan orang lain meskipun budak yang masih kecil.


9. Sentiasa ingatkan diri dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian anda terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan anda mengubah sifat negatifnya.


10. Pendekatan Al Quran. Kita juga boleh membacakan surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan surah 3 Qul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.


11. Didik diri kita sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Kita sendiri yang perlu tunjukkan, barulah mereka tahu yang kita sayangkan mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Express it!


12. Mommies perlu pandu anak-anak semasa menonton TV. Mainkan peranan mulut kita tu. Bimbing dan beritahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahu tak, anak-anak akan mudah mengikut apa yang mereka lihat. Fantasi bawaan TV banyak mempengaruhi keinginan dalam diri anak kita. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.


13. Fahami dunia dan pemikiran anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak.

Disyorkan Untuk Anda : 10 Perbuatan yang Merosakkan Anak

14. Melihat gambar anak ketika bayi yang tak berdaya boleh memadamkan api kemarahan kita serta merta dengan satu ketik umpana mematikan suis. Simpn gambar anak-anak ketika masih bayi di dalam telefon bimbit, tablet, ipad dsb. Tiap kali rasa marah itu datang, tataplah gambar mereka itu dan kita segera akan merasa sayu dan salju.


15. Fikir jauh kedepan 20-30 tahun akan datang. Dimana keadaan akan jadi terbalik, macam yang Syu cakap tadi, kita semakin tua dan tak berdaya sementara anak semakin dewasa dan kuat. Ketika itu diri kita tak ubah seperti bayi yang dahagakn perhatian, sama seperti situasi anak kita sekarang. 

Fikir, apakah rasanya jikalau ketika itu kita pula dimarah dan dibentak-bentak oleh anak 

Jadi fikirkan semula, adakah wajar kita menengking anak kecil sekecil usia 3 tahun?


Mamy Syu: Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

Catat Ulasan

0 Ulasan