penawar sakit belakang-biobax

Gangguan Talian Internet dan Rebate Tunai dari TM

9:22 PM
Assalamualaikum, dan Hello semua.
gangguan talian internet TM streamyx

Apa agaknya yang korang lakukan hujung-hujung minggu ni ye? Melawat blog-blog rakan? Atau sibuk membalas perbualan berkumpulan Whatsapp? 

Err..atau mungkin tengah bengang memandang skrin telefon bimbit masing-masing yang tertera "Wait a second please" atau "Loading. . . . ." atau seumpama dengannya? hehe sabar!

Pada yang menggunakan prepaid mobile internet, nasihat AS, teruskan bersabar atau tukar je kepada rangkaian lain yang lebih laju. Tapi, bagi pengguna internet Streamyx dan Unifi, korang perlu laporkan kepada TM melalui talian khidmat pelanggan 100.

Tuntutan rebet bil TM
Mesti ramai yang belum tahu bahawa kita boleh menuntut bayaran balik atau rebet daripada TM atas gangguan talian internet yang kita alami. Caranya mudah, tandakan pada kalendar tarikh-tarikh di mana berlaku gangguan internet sama ada internet lembap atau langsung tiada sambungan. Kemudian nyatakan tarikh tersebut dalam surat rasmi dan bawa ke kaunter TMpoint yang berdekatan.

Sini AS kongsi template surat rebet yang dah beberapa kali AS gunakan untuk menuntut rebet bayaran bil dari TM.


 Siap! Boleh print dan bawa ke kaunter mana-mana cawangan TM Point.
Selamat mencuba! ヽ(゚∀゚)ノ

Oh ya, lupa AS nak kasi tau. Rebet akan ditolak dalam bil bulan berikutnya. Jangan pulak korang pergi kaunter dengan penuh harapan yang berkobar-kobar nak dapat cash..kikiki



2 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Eh? boleh claim rebet ye annur? Zarith baru tau..thanks sharing =)

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/katakan-selamat-tinggal-kepada-stretch.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer zarith..boleh dapat rebet kalo internet bermasalah..
      tp TM akan masukkan rebet ke dalam bil bulan seterusnya

      Delete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.