Ibu terlewat ke tempat kerja hoii

Jam dah tunjuk pukul 8:35, tapi kunci kereta tak jumpa-jumpa lagi. Semalam memang sangat yakin aku letak kat dalam beg galas keje aku. Pagi ni tiba-tiba je dah takde.

"Naufal, Naufal nampak tak kunci kereta Ibu?"
"Tah-huu.." (slang tganu, bermaksud 'tak tahu')
"Naufal please I'm already late for work lah"
"Ayaahh...oo ayaahh. Mane, mane? sambil toleh kiri toleh kanan buat-buat tanya.

Ohh..budak bertuah! Pandai pulak dia tukar topik! Kalau nak tahu, Naufal ni umur 21 bulan, tapi mulut nya, macam nenek kebayan! Tot, tet, tot, tet mulutnya. Membebel sokmo!

Tengok jam di dinding 10 minit lagi nak pukul 9:00. Aku pun pergi masuk bilik, sarung seluar panjang sebelah dalam, terus capai kunci motor dan keluar.

Tengah berungkus-lumus menendang-nendang menghidupkan enjin motor, tetiba Naufal terpacul depan pintu, dengan kunci kereta di tangan kanannya.

"Ibu! Tunci!" katanya sambil menghulurkan tangan keluar.

Opahnya pun menyusul datang dimuka pintu, memberitahu bahawa Opah intai Naufal ambil kunci kereta tu dari dalam container baju dia!

Allahhh! Maha suci Allah! Yang menciptakan otak manusia yang begitu sempurna hinggakan budak sekecil ini boleh memikirkan cara supaya Ibu tak pergi kerja tinggalkannya.

cute genius little boy


Annur: Rasa nak nangis sekejap (T_T)

Catat Ulasan

1 Ulasan

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y