Kaitan jaundis dengan kelahiran melalui bantuan vakum

May 08, 2015
Kaitan jaundis dengan kelahiran melalui bantuan vakum | Jaundis merujuk kepada kehadiran warna kuning di bahagian kulit terutama di bahagian putih mata disebabkan terlalu banyak pengumpulan bilirubin di dalam badan. Warna kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas pada bahagian muka, perut dan kaki apabila kulit bayi ditekan lembut dengan menggunakan hujung jari.

jaundis jaundice demam kuning


Bagaimana jaundis berlaku

Ia berlaku apabila darah dalam tubuh bayi menjadi rosak atau pecah selepas kelahiran, lalu ia diuraikan di dalam hati. Proses penguraian ini perlu untuk memecahkan komponen darah menjadi lebih kecil untuk dibuang melalui urin dan najis. Hasil sampingan penguraian inilah yang akan menghasilkan bilirubin.

Bagaimana kelahiran dengan bantuan vakum boleh menyebabkan jaundis

Kelahiran bayi melalui kaedah vakum juga mempunyai risiko tersendiri. Kesan suction dari vakum boleh menyebabkan lebam-lebam (darah pecah) pada bahagian yang terlibat. Kesan lebam ini menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti semula. Apabila banyak sel darah yang rosak, maka hati akan berkerja lebih keras dan secara tidak langsung akan meningkatkan paras bilirubin dalam badan bayi.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan jaundis

1 -Bayi tidak diberikan susu ibu sepenuhnya. Atau masalah-masalah penyusuan yang lain seperti bayi tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam, pembedahan Caesarean, penggunaan ubat penahan sakit dan bayi yang tidak matang dengan daya hisapan yang lemah.

2 -Kelahiran pramatang atau tidak cukup bulan kerana hati tidak cukup matang untuk memproses bilirubin dengan cepat.

3 -Sel darah merah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek dan pecah dengan cepat. Biasa berlaku bagi bayi yang mengalami G6PD. 

4 -Ketidaksesuaian antara darah ibu dan bayi.

5 -Ibu yang diabetik

6 -Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.

7 -Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi berbanding bayi perempuan. 


Apa yang ibu bapa perlu tahu pasal jaundis?

Setiap bayi mempunyai tahap kuning berbeza dan akan mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun ke kaki. Jaundis akan kelihatan pada bahagian muka, diikuti dada, perut dan kaki.

Penting ibu bapa untuk tahu tanda-tanda bahaya jaundis

-Kekuningan dikesan dalam masa 24 jam selepas bayi dilahirkan.
-Bayi yang kekurangan enzim G6PD.
-Bayi sentiasa menangis dengan gerak-geri anggota yang tidak normal.
-Najis bayi berwarna pucat.
-Bayi kurang aktif dan enggan menyusu.
-Kuning bayi yang melebihi 14 hari umurnya.

Petua tradisional bagi jaundis, betul ke berkesan?

Selain rawatan hospital melalui fototerapi, terdapat pelbagai petua tradisional yang sering diamalkan ibu bapa walaupun belum pun terbukti keberkesanannya. Sebaiknya ibu bapa jangan terus melakukannya tanpa mendapatkan pandangan daripada pakar terlebih dulu. 

Jemur bayi di bawah matahari
Ibu bapa harus memastikan melakukannya dalam waktu dibenarkan iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi selama 10 hingga 15 minit saja. Sekiranya bayi didedahkan terlalu lama, dikhuatiri akan menyebabkan masalah lain seperti kerosakan retina dan strok haba. 

Minum susu kambing
Memberi bayi minum susu kambing boleh memberi kesan kepada bayi, terutamanya susu segar yang belum tentu tahap kesterilan nya. Ini mendedahkan bayi kepada risiko keracunan dan cirit-birit. Lagipun sehingga ke hari ni, tiada sebarang kajian menyatakan susu kambing mampu mengurangkan tahap bilirubin pada bayi. 

Kesan jamu dan halia
Banyak makan jamu yang tidak diketahui kandungan bahan kimia akan menyebabkan pengurangan enzim yang membantu dalam penyingkiran bilirubin apabila bayi disusukan. Begitu juga dengan halia yang boleh menyebabkan bilirubin meningkat. Sebaiknya diambil dalam kadar sederhana atau berhenti saja pengambilannya buat sementara.

Memberi air glukos pada bayi
Ramai mencadangkan supaya diberi air glukos kepada bayi bagi mengurangkan masalah demam kuning. Sebenarnya petua ini amat merbahaya kerana air glukos boleh menyebabkan perut kembung dan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis.

Perkara yang perlu diberi perhatian
-Susukan bayi sekerap mungkin,atau setiap tiga jam sekali atau lapan hingga 12 kali sehari. Semakin banyak bayi menyusu semakin kerap berlaku pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis dengan lebih efisyen.  

-Jangan rasa gembira apabila melihat bayi tidur dengan lena selepas dilahirkan. Kejutkan bayi bila bayi tidur terlalu lama atau melebihi 2 jam supaya boleh disusukan.

-Biarpun bayi yang mengalami demam kunig perlu dipastikan sentiasa terhidrat (cukup air) namun jangan sesekali memberikan air masak/kosong pada bayi.

Jaundis kerana susu ibu

Oleh kerana terdapat juga jaundis yang disebabkan susu ibu, maka pemakanan ibu semasa hamil juga amat penting bagi memastikan kualiti susu yang baik. Penghasilan susu ibu adalah bermula sejak usia bayi 5 bulan dalam kandungan. Antara amalan-amalan yang boleh diamalakan oleh ibu-ibu semasa hamil bagi mengelakkan jaundis adalah:

-Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

-Mengamalkan minum susu kambing (diperah segar) 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur.

-Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

-Banyakkan memakan kurma dan buah tin

-Menelan minyak zaitun bermula usia kandungan 5 bulan ke atas.

Banyak lagi sebenarnya ikhtiar yang boleh dilakukan. Jangan berputus asa, ingat selalu janji Allah bahawa setiap penyakit ada penyembuhnya.

Moga bermanfaat ^_^

Rujukan : WebMD

4 comments:

  1. anak saya vacuum & jaundice. kerap menyusu je saya amalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ainul..itu memang cara terbaik mengurangkan kuning selepas bayi itu menghidap kuning..

      Delete
  2. benar semuanya ade penerangan sains..
    tapi jangan lupe semuanya dari Nya..doa banyak2..minta bantuan dari Allah
    Doa ibu tiada hijab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa takkan pernah dilupakan di saat-saat sukar..insyaAllah..

      Delete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.