penawar sakit belakang-biobax

Haram Ibu Ayah Pakai Duit Raya Anak Walaupun Seringgit

11:56 AM

Haram Ibu Ayah Pakai Duit Raya Anak Walaupun Seringgit | Duit raya anak-anak tak boleh mak pak pakai walaupun seringgit, biarpun untuk membeli keperluan susu dan lampin anak-anak itu sendiri. Hukumnya haram kalau Ibu ayah tak ganti semula duit anak-anak yang dah digunakan.

Hukum-menggunakan-duit-raya-anak-anak
Ibu bapa cuma pemegang amanah menguruskan duit anak-anak yang masih kecil

Bagi anak-anak yang masih kecil, mereka tak pandai lagi nak menguruskan duit raya yang mereka perolehi. Untuk memastikan kelancaran dalam pengurusan duit anak-anak, ibu bapa perlu mengambil tanggungjawab untuk menguruskan duit anak-anak.

Duit raya yang disedekahkan orang kepada anak-anak adalah kepunyaan mereka aecara mutlak. Tak ada langsung sebenarnya "bahagian" untuk mak ayah. Kita hanyalah pemegang amanah untuk menjaga dan menguruskan duit mereka sehinggalah mereka sudah pandai dan bijak menguruskan kewangan mereka sendiri.

Hukum menggunakan duit raya anak adalah sama seperti kita menggunakan duit orang lain. Seperti konsep berhutang. Dan hutang itu wajib di bayar. Jangan disebabkan kita ni iba ayah diorang, so kita ambil mudah je dengan hutang-hutang pada diorang. Tak boleh gitu. Amanah mana amanah?!

Pun begitu kita ni manusia tak boleh lari dari ujian dan musibah. Andaikata berlaku perkara-perkara yang mendadak seperti kerosakan kenderaan atau apa-apa je lah keadaan di mana kita terdesak dan terpaksa dahulukan dengan duit anak, pastikan kita bayar balik duit diorang dengan segera.

Yang penting, bila dapat duit anak-anak tu kita kena simpan. Macam mana cara nak asingkan dan simpan tu? Mudah je. Jom tengok tips pengurusan duit anak-anak sejak dari baru lahir lagi.

1. Buka Akaun simpanan khas untuk anak

Buka lah akaun simpanan dengan mana-mana bank atau agensi sekalipun, yang penting, jangan ada niat nak "korek" bila sesak. Mind set kita tu yang akan mempengaruhi tindakan kita di masa hadapan tau. So, dalam kepala, jangan ada sekelumit pun perasaan "simpan je, nanti ade kecemasan, boleh keluarkan". Maka dari situ lah "kecemasan demi "kecemasan" berlaku, tanpa kita sedar rupanya ia adalah hasil dari apa yang kita fikirkan.

2. Letakkan Target Simpanan Bulanan untuk anak.

Aku target tak banyak. Sebulan cuma potong gaji RM10 setiap anak. Sebenarnya dalam konsep savings, kita tak boleh gelojoh simpan sekali terus sedebuk RM 1000 sebulan setiap anak. Memamg susah nak istiqomah kalau kita amalkan sifat gelojoh gitu. Sebulan dua je kot dapat bertahan. Masuk bulan-bulan seterusnya, mula timbul rasa, "tak cukup duit la", lepas tu mula la rasa berat nak menyimpan dah. Orang tua-tua dah pesan. Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Kuasa menyimpan sebenarnya adalah "masa". So, jangan gelojoh. Simpan je sikit-sikit, tapi istiqomah. Setiap tahun, bila ada annual increment, tambah la sikit jumlah simpanan tu lagi. Kan..kan..

3. Daftarkan anak di bawah plan Insurans Prudential BSN Takaful sejak dari dalam perut.

Hukum-guna-duit-raya-anak

Lagi satu, korang boleh mula membeli polisi insurans takaful dan medical card yang berbentuk simpanan sejak anak dalam kandungan lagi. Korang mesti tak tahu kan ada plan insurans untuk baby yang masih belum dilahirkan? So ni AS dah bagitahu. Korang boleh cuba tanya pada agen korang. Okay semua?

Tapi, jangan lupa untuk pilih agen yang berwibawa dan boleh dipercayai. Jangan sampai tersalah pilih agen "cap ayam" pulak. Nanti susah korang bila nak uruskan claim di kemudian hari. Kalau korang berminat nak beli polisi insurans untuk anak korang macam AS, korang boleh contact ejen Prudential BSN Takaful, En. Irwan 012-363-2486. InsyaAllah korang puas hati. Dia ni antara agen yang aktif dan tip top kat Prudential.


3 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Betul tu..haram ibu bapa yang guna duit raya anak...

    ReplyDelete
  2. Syafi mama buatkan insurance education plus medical card masa dia baru lahir

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...
    kak lina singgah sini
    http://mama3danish.blogspot.my/

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.