Atasi tekanan pada peringkat awal

Tekanan perlu segera diatasi pada peringkat awal, seawal ianya dikesan. Bukan suatu yang pelik jika hari ni kita temui Encik Polan yang siangnya dia seorang guru, normal dan ceria. Tiba-tiba kita mendapat berita, dia telah membunuh diri malam semalam akibat dari tekanan perasaan atau kemurungan. Macam biasa, kita cenderung untuk bersikap prejudis dan cuba menghukum tindakan guru tersebut. Tak habis fikir, kenapa dia, seorang yang mempunyai pelajaran dan kehidupan yang baik di samping tiga anak dan dan isteri, boleh begitu cepat mengaku kalah dengan masalah yang dihadapinya. Kenapa tak jadi lebih rasional dan bertahan?

tekanan-perasaan-dan-kemurungan

Selain Cikgu Polan, Kak Bee juga turut memilih untuk menamatkan hayat hidup nya dengan cara menggantung diri pada grill pintu rumah kedai yang disewanya. Ketika Kak Bee diusung ke bilik mayat, dapat dilihat lehernya dipenuhi kesan melecet akibat direntap tali yang berlingkar sekeliling tengkoroknya. Lidahnya terjelir keluar dengan mata yang terbeliak, kemerah-merahan akibat dari saluran darah yang pecah. pasti dia mengalami kesakitan yang maha dahsyat sebelum kematiannya.

Anxi juga membunuh diri. sekalipun usia Anxi baru 12 tahun. Bukan gurauan! Ya, kanak-kanak berusia 12 tahun pun boleh bertindak membunuh diri. Dia tersepit dan rasa sangat tertekan dengan kesempitan hidup yang ditanggung keluarganya. Lalu dengan alasan kemiskinan itu, dia memilih untuk membunuh diri agar dengan pemergiannya itu bakal mengurangkan bebanan keluarga.

Berbeza pula dengan Cipah. Dia tak miskin. Dia punyai segala-galanya yang diperlukan dalam hidup. Kenderaan mewah, kerjaya yang hebat, rumah besar dan dikelilingi oleh ahli keluarga yang baik dan supportive. Malangnya, romantic life nya tak pernah menjadi. Akibat terlalu kerap dikecewakan, dia juga memilih jalan untuk menamatkan riwayatnya. 

Cikgu Polan, Kak Bee, Anxi dan Cipah boleh jadi dari kalangan kawan-kawan atau keluarga kita sendiri. Malah tak mustahil, diri kita sendiri juga boleh mengalami tekanan perasaan dan kemurungan yang membawa kepada tindakan membunuh diri. Terdapat beberapa plot sebelum mereka boleh sampai ke tahap suicidal.

Seseorang itu akan mula alami keresahan sebagai tanda awal masalah tekanan dan kemurungan. Jika tak ditangani, mereka sedikit demi sedikit akan mula menjauhkan diri dari masyarakat. Mereka jadi hilang minat dengan keadaan sekeliling, takmau makan dan sukar untuk tidur. Selain itu, mereka mudah jadi takut, hampir setiap perkara.

Tanpa bantuan, tahap anxiety mereka akan develop jadi semakin buruk dan mereka asyik meletakkan diri mereka sebagai penyebab kepada setiap masalah yang berlaku. Bermula episod menyalahkan diri sendiri tanpa henti, meskipun pada perkara yang sebenarnya langsung tiada kaitan dengan nya hingga ke suatu saat dia beranggapan yang dirinya langsung tidak berguna.

Pada tahap ini, jika masih tidak dirawat, mereka boleh mula berhalusinasi. Diburukkan lagi dengan keadaannya yang tak cukup tidur, tak cukup makan serta anxiety dan rasa bersalah, fikiran mereka mula tidak rasional. Ketika itu, kematian dilihat sebagai satu-satunya jalan keluar. Sedangkan, nyawa itu sangat berharga untuk ditamatkan begitu sahaja. Namun apakandaya, kerana ketika itu kewarasan mereka benar-benar telah pudar.

Oleh itu, tekanan harus diatasi diperingkat awal. Kalau korang rasa korang ada alami kemurungan atau keresahan, tolong jangan pendam. Korang dapatkan bantuan dengan segera sebelum semuanya menjadi teruk. Beranikan diri, berbincang tentang masalah korang dan cari jalan penyelesaian. Selain tu, korang perlu belajar cara tangani stres dengan bijak. Sebab stres itu lah titik mula kepada tekanan perasaan. Andai semua ikhtiar tu tak membuahkan hasil, maka jalan terakhir korang perlu dapatkan khidmat pakar dan perlu dibantu dengan ubat.

Mulai dari hari ni, jangan lagi kita menjadi orang yang mementingkan diri. Mulakan langkah harii ini jugak. Mula perhatikan, kawan-kawan, ahli keluarga bahkan diri sendiri pun akan tanda-tanda kemurungan. Jadilah kita sahabat dan keluarga yang lebih peka. hanya dengan cara ini kita dapat menamatkan kisah Cikgu Polan, Kak Bee, Anxi dan Cipah dari terus berlaku pada orang lain.

Annur : Jangan terus menerus biarkan diri dibelenggu rasa kesian. Siapa yang peduli tentang diri anda? Love yourself first.

Diclaimer : Nama-nama di atas dipetik atas tujuan fictional only. Tiada kena mengena dengan mana-mana indiviidu yang masih hidup atau sudah meninggal dunia,

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. kemurungan mmg perlu dikesan awal dan patut get rid segera. di sinilah keluarga dan org di sekeliling tu penting kan

    BalasPadam
  2. Bagi orang Islam, dekatkan diri dengan Allah adalah cara terbaik untuk atasi kemurungan... luahkan segalanya atas sejadah di dalam sujud... insha Allah, akan tenang...

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y