5 manfaat daun Lidah Buaya (Aloe Vera) untuk wajah berminyak dan berjerawat

Manfaat daun Lidah Buaya (Aloe Vera) untuk wajah berminyak dan berjerawat | Lidah buaya atau nama latin nya Aloe barbadensis Milleer merupakan tumbuhan yang sering digunakan sebagai bahan asas kosmetik mahupun dalam industri farmasi. Berkurun dah terbukti bermacam-macam manfaat daun Lidah Buaya pada kesihatan dan kecantikan. Sejak zaman Cleopatra lagi kan? 

5 manfaat daun Lidah Buaya (Aloe Vera) untuk wajah berminyak dan berjerawat
Image : shutterstock

Sekarang ni pun tengah trending tentang air detoks yang menggunakan lidah buaya. Eii taktau lah cemana diorang buang rasa pahit tu. Tak sanggup mak! Tapi kalau untuk kegunaan luaran, aku memang king! Aku suka sapu aloe vera untuk apa jua masalah kulit pun. Bisul? Kelemumur? Ekzema? Ruam lampin anak-anak? Semua aku hiris daun lidah buaya, aku sapu. Ha. Elok pun elok. Semulajadi gittew!

Tapi kali ni aku nak cakap pasal manfaat lidah buaya dalam merawat masalah kulit paling popular iaitu jerawat. Jerawat ni memang common dialami setiap orang. Tapi ramai yang mencari produk beratus-ratus ringgit untuk merawat masalah jerawat diorang. Kenapa? Rawatan free, dengan menggunakan bahan semulajadi ni tak cukup bagus ke? Korang tak cuba, korang tak tahu. jom tengok satu persatu manfaat daun lidah buaya untuk kecantikan ni:


1. Mengurangkan minyak berlebihan

Lendir pada daun lidah buaya mengandungi hormon giberelin dan polisakarida yang berperanan sebagai antibakteria. Zat semulajadi tersebut mampu membantu mengurangkan minyak berlebihan pada kulit yang menyebabkan liang pori tersumbat. Pori yang tersumbat akan meningkatkan risiko terjadinya jerawat jika terdedah pada jangkitan bakteria.


2. Memulihkan jerawat

Lidah buaya memiliki sifat antibakteria, anti inflamasi dan astringent yang efektik dalam membunuh jerawat. Selain tu, lidah buaya juga berfungsi memudarkan parut yang ditinggalkan akibat jerawat. Kandungan vitamin esensial, mineral, protein, asid amino dan enzim juga baik untuk proses regenerasi kulit.


3. Mengurangkan keradangan

Gel lidah buaya ternyata mempunyai sifat antibakteria yang efektif bagi mengurangkan kemerahan pada jerawat serta mengurangkan keradangan. Disamping itu, magnesium laktate dalam lidah buaya dapat membantu melegakan rasa gatal akibat jerawat.


4. Merencat pembiakan bakteria penyebab jerawat

Bahan yang mempunyai kesan perencatan bakteria seperti giberelin dan polisakarida yang terdapat dalam lidah buaya dapat membasmi bakteria penyebab jerawat. Lidah buaya juga mengandungi asid salisilik yang dapat menghilangkan blackheads dan white heads pada wajah.

Penggunaan lidah buaya yang konsisten dapat membantu mengawal keseimbangan pH kulit. Selain itu lendir lidah buaya dapat mengecilkan saiz liang pori yang terbuka, sekaligus menjadikan kulit nampak lebih smooth dan halus.


5. Memulihkan sel

Antrakuinon dalam lidah buaya dapat menyegar dan memberikan nutrisi penting pada kulit. Ia juga dapat mengaktifkan aktiviti sel dalam proses pemulihan. Hasilnya bekas jerawat akan hilang dan kulit tampak bercahaya.



The last but not least, Annur nak share resepi masker aloe vera homemade yang sangat mudah untuk disediakan.

Masker aloe vera homemade

Bahan-bahan:

5 keping daun lidah buaya (dibersihkan dan dibuang duri)
1 biji lemon


Cara-cara:

1. Daun lidah buaya yang dah dibersihkan, di ramas-ramas untuk mendapat gelnya.

2. Kisar gel lidah buaya dengan perahan jus lemon.

3. Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.

4. Gunakan sebagai masker wajah setiap hari sebelum tidur.

5. Biarkan semalaman. Bangun pagi keesokannya baru cuci dengan air sejuk.

6. Amalan memakai masker aloe vera ni kalau korang konsisten, boleh kurangkan masalah jerawat dan memudarkan parutnya.

7. Arahan penyimpanan : Masker ni tahan seminggu dalam peti sejuk, dan 48jam jika pada suhu bilik.


Selamat mencuba uolls!

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Arwah mak suka tanam lidah buaya ni. Selalu pesan kalau luka ka apa ka buh je jeli dia tu. Nak cantik pun boleh sapu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang tua-tua mesti akan ada kan jugak pokok lidah buaya ni kat rumah kan. At least 1 pokok.

      AS tak dapat nk kunjung balas Jelita dan Awet Muda, xde link ke blog. Harap lepasni tinggalkan jejak berserta link blog ye ^_^

      Padam
  2. Dekat rumah ada tanam tapi tak pernah pakai. Nanti nak try lah buat masker tu sebab jerawat dah bersepah. Singgah & follow :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rugi tu farhanna.. AS punya pokok lidah buaya kat rumah semua kontot-kontot belaka dah kena cantas sokmo ^_^
      Memang AS pakai sangat-sangat hihi

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y