Susu badan bertambah lepas telan ubat tahan muntah?

Susu badan bertambah lepas telan ubat tahan muntah? | Selalu juga Syu dengar rungutan ibu-ibu yang tengah cuti bersalin nak pam susu untuk di buat stok bila dah mula kerja balik nanti. Tapi banyak kali pam pun, susu tak banyak yang keluar.

Produk tambah susu memang banyak je dijual online, tapi sejauh mana keberkesanannya buat susu badan bertambah? Tiada siapa boleh jamin. Jom Syu share, ada ubat yang dijual di farmasi yang boleh membantu susu badan bertambah.

Ada beberapa jenis ubat preskripsi yang biasa digunakan untuk menambah susu badan antaranya adalah Metoclopramide , Domperidon , dan supplemen yang mengandungi herba fenugreek dan nigella sativa.

Ibu susu ubud, tambah susu ibu, Susu badan bertambah lepas telan ubat tahan muntah, susu badan meriah, maxolon, motilium, domperidone,  metoclopramide. milk booster, obat memperbanyak asi, cara perbanyak asi, cara memperbanyak asi
Stok EBM yang sepanjang 44 hari berpantang



1. METOCLOPRAMIDE


Kalau mommies pergi jumpa doktor atau ahli farmasi dan tanya tentang ubat untuk tambahkan susu badan, biasanya pilihan pertama diorang adalah ubat metoclopramide.

Tablet metoclopramide, disangkutkan dengan nama brand Maxolon (brand ori). Tapi mommies boleh juga dapatkan ubat jenama generik yang lebih murah contohnya macam Malon dan Maril. Bahan aktif yang tekandung dalamnya still sama, iaitu metoclorpamide.

Metaclopramide merupakan ubat tahan muntah dan loya (anti-emetic / anti-nausea ). Biasanya ubat ini juga diambil untuk elakkan mabuk kenderaan dan juga untuk kurangkan rasa loya nak muntah selain digunakan untuk merawat pedih ulu hati dan perut kembung.

Secara farmakodinamik nya, didapati kesan sampingan ubat ini dapat meningkatkan paras hormon prolaktin di dalam badan individu yang mengambil ubat ni.

Mommies mesti tahu kan? Fungsi utama hormon Prolaktin adalah merangsang penghasilan susu badan. So, bila paras hormon prolaktin tinggi, maka susu badan pun akan bertambah.


Cara pengambilan metoclopramide ?


Kajian klinikal mendapati ubat metoclopramide ini dapat meningkat paras prolaktin dan seterusnya meningkatkan pengeluaran susu badan apabila diambil pada dos 10mg sebanyak 3 kali sehari. Tapi pengambilan ubat metoclopramide ini juga didapati menyebabkan beberapa kesan sampingan.



Kesan sampingan metoclopramide


Antara kesan sampingan metoclopramide yang paling teruk adalah "tekanan perasaan yang teruk " (severe depression). Jadi, ubat ini tidak boleh diberikan kepada ibu-ibu yang pernah mengalami masalah tekanan perasaan sebelum ini, dan ibu-ibu yang mengambil ubat ini perlu sentiasa diperhatikan jika ada tanda-tanda tekanan perasaan yang teruk.

Kesan sampingan 'tekanan perasaan' ini biasanya terjadi dalam masa 3-4 minggu tetapi akan hilang bila berhenti mengambil ubat metaclopramide. Selain 'tekanan perasaan', kesan sampingan ubat ini juga boleh menyebabkan sawan, cirit birit, sakit kepala, tangan mengeletar, mengantuk, letih dan tak selesa badan.

Ubat metoclopramide ini takkan berkesan pada ibu-ibu yang mempunyai paras hormon prolaktin yang dah sedia kala tinggi. Ibu-ibu ini mungkin bukan mempunyai masalah penghasilan susu yang sedikit, tapi lebih kepada masalah pengaliran susu itu sendiri.

Jika selepas 7 hari pengambilan metoclopramide ini tak menunjukkan hasil positif terhadap penghasilan susu, mommies dinasihatkan supaya berhenti mengambil ubat ni dan cuba alternatif lain untuk menambah susu.


2. DOMPERIDONE


Domperidone ini lebih popular dengan panggilan brand-name nya iaitu, Motilium. Umumnya, ubat ni bertindak memendekkan tempoh-masa makanan berada di dalam perut dengan cara mempercepatkan proses pengosongan perut dengan merangsang pergerakan peristalsis supaya makanan segera bergerak ke bahagian usus.

Maka, sesuailah dengan indikasi ubat domperidone ni, yang bertujuan merawat masalah sakit perut selepas makan ataupun dyspepsia, masalah pedih ulu hati dan juga merawat masalah muntah-muntah.

Ubat domperidone ni bertindak hampir sama seperti ubat metoclopramide dalam merangsang pengeluaran susu iaitu meningkatkan paras hormon prolaktin dengan menghalang tindakan dopamine dalam sistem saraf pusat. Cara pengambilannya juga sama  macam metoclopramide iaitu pada dos 10mg, 3 kali sehari.

Pengambilan ubat Domperidone didapati dapat meningkatkan penghasilan susu dan satu-satunya ubat yang telah diuji dalam kajian klinikal randomised-controlled-trial didapati selamat dan berkesan meningkatkan pengeluaran susu badan.


Kesan sampingan ubat Domperidone

Ubat Domperidone dan Metoclopramide di Malaysia dikategorikan sebagai Racun Berjadual Kelas B (Poison Class B) iaitu ubat yang hanya boleh didapati dari doktor ataupun ahli farmasi dengan preskripsi doktor.

Antara kesan sampingannya adalah mulut jadi kering, sakit kepala (biasanya hilang bila kurangkan dos) dan juga sakit perut. Ibu atau baby yang mempunyai masalah jantung dan mengambil ubat-ubatan lain perlu dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil ubat ini.

Jika mommies mengambil ubat ini selama 7 hari tapi penghasilan susu masih tidak meningkat, adalah lebih baik berhenti daripada terus mengambilnya kerana mendedahkan ibu dan baby kepada kesan sampingannya.


4. FENUGREEK 

Herba fenugreek yang juga di panggil sebagai Halba telah digunakan untuk menambahkan pengeluaran susu ibu sejak dulu lagi. Walaupun tiada kajian formal, tapi keberkesanannya dalam menambahkan susu ibu telah direkodkan dan digunakan sejak tahun 1945 lagi.

Teori bagaimana herba fenugreek ini dapat meningkatkan penghasilan susu ibu dikaitkan dengan rangsangan pada kelenjar peluh untuk mengeluarkan lebih banyak peluh (Payudara ataupun Susu Ibu juga adalah jenis kelenjar peluh yang isitimewa).

Masa dalam pantang, mak aku sediakan nasi bubur yang di letak halba. Alhamdulillah, aku memang takde masalah susu kurang sepanjang berpantangkan anak kedua dua tahun dulu. Korang pun boleh cuba menu nasi bubur yang dicampurkan halba.


5. NIGELLA SATIVA

Nigella Sativa ataupun lebih popular dengan nama Habbatus sauda juga didapati berkesan untuk menambahkan susu ibu dan telah digunakan dalam perubatan tradisional dan moden untuk menambahkan penghasilan susu badan.

Dalam beberapa kajian yang dijalankan, Nigela Sativa didapati dapat meningkatkan penghasilan susu badan dalam tempoh 23 jam selepas pengambillannya. Herba ini mengandungi bahan phytoestrogen yang boleh merangsang hormon prolaktin untuk menambahkan penghasilan lebih banyak susu ibu.

The last but not least, konsep utama breastfeeding mesti kena maintain. Iaitu memastikan demand & supply dipenuhi sebaiknya serta ibu kena sentiasa kekal terhidrat. Semoga perkongsian aku ni sedikit sebanyak dapat membantu mommies yang menyusu badan menjadi lebih tenang dan rileks dalam menyelusuri perjalanan penyusuan bersama baby korang.

Selebihnya, doa. Minta pada Sang Pemberi Rezeki supaya mencukupkan susu untuk mengenyangkan anak kita, mudah-mudahan mereka boleh membesar menjadi pejuang dan membela Islam.
aminn..

Catat Ulasan

1 Ulasan

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y