Blog Performance Update : May 2018

10:24 PM
Blog performance update : May 2018 | Tak larat nak cakap banyak. AS posa ni tau.uhuks


So here's the summary for May 2018
Total posts : 26 buah entri telah di pos untuk bulan Mei ini Wow! Catat rekod baru!
Pageviews : 91913

Ulasan : Peningkatan jumlah pengunjung blog mungkin disebabkan bilangan entri yang disiarkan pada bulan ini adalah lebih banyak daripada biasa. (biasa aku update 5-10 entri sebulan)

Dan berdasarkan pemerhatian aku, faktor bulan Ramadhan juga menjadi penyumbang kepada lonjakan trafik bulan ini. Sebab apa?

Yer betul. Sebab peratus carian resepi di bulan puasa ni meningkat. Thats why entri-entri resepi di blog ini mendapat hits yang tinggi, terutamanya entri Cara Menyediakan Air Katira. Aummm!

blog annursyuhadah performance bulan MAY


Sessions : 

Bilangan kunjungan aktif yang berinteraksi dengan laman kita. Bila pelawat singgah homepage kita, dikira 1 session. Pastu pelawat klik page About Me, Penafian dan seterusnya kembali ke homepage, maka total session yang terlibat adalah 2 sahaja. Hompage tadi tu hanya dikira sekali.

Namun, sebuah session itu akan expired jika tiada apa-apa aktiviti pada laman kita dalam tempoh 30 minit.

Kalau lepas tamat sesi, pelawat tersebut mula berinteraksi semula dengan laman kita ( klik next entri contohnya), itu dah dikira 2 sessions.



Users :


Merujuk kepada bilangan pelawat unik (spesifik) yang singgah di blog dalam satu hari. Sekiranya pelawat yang sama datang singgah ke blog kita beberapa kali dalam hari yang sama, ia tetap akan dikira 1 user sahaja.

Dan sekiranya korang di tanya, berapakah bilangan unique view blog korang (UV), so bilangan users ni lah yang harus korang bagi.


Pageview :

Pageview atau ringkasnya dikenali sebagai PV merujuk kepada jumlah "visits" ke blog tanpa mengambil kira visit tu datang dari pelawat yang sama atau pelawat yang berbeza-beza. So mana-mana page yang dibuka tu akan dikira 1 pageview.

Refresh page juga dikira 1 view. Interaksi dengan mengklik page About Me, Contact, Notis Privasi dll juga akan dikira setiap satunya. Pelawat yang klik next entry pun tetap dikira 1 view.


Bounce rate :

Data yang menunjukkan kadar pelawat yang meninggalkan blog kita tanpa berinteraksi dengan kandungannya. Secara mudahnya, bounce rate ni adalah peratus bilangan pelawat yang "visit" blog kita dan terus serta merta keluar. Bounce rate yang cantik, katanya adalah dalam range 10% - 20% sebulan.

3 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. banyaknya PV! tak lama dah tu nak cecah ratus ribu :D

    ReplyDelete
  2. waaah nice explanation kadang2 tak faham pun users la apa semua tu la.. tau tengok je hehe

    ReplyDelete
  3. tahniah.. semoga menjadi blogger yg berjaya lps ni.. :)

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.