Resepi Roti Jala secawan tepung sahaja | Sesuai untuk hidangan orang bujang atau keluarga yang kecil

Roti jala sememangnya salah satu top delicacies yang orang Malaysia cari bila tiap kali tibanya bulan Ramadhan. Tapi kebanyakan resipi yang dikongsi adalah resepi roti jala sukatan 1 kilo tepung. Banyak tuh! Kalau awak student universiti, tinggal di hostel atau menyewa bujang-bujang memang tak munasabah lah nak menebar roti jala sampai sekilo! Siapa nak makan banyak-banyak? ahaks.


roti jala sukatan 1 cawan tepung


Memahami sangat masalah korang, adik-adik, sama ada student atau pasangan baru kahwin. Aku pun pernah alami perasaan yang sama. Bila tekak rasa nak makan roti jala, tapi. Nak dibeli, payah nak dapat. Bulan-bulan puasa banyak lah orang jual. Nak buat sendiri, resepi semuanya saiz hidangan untuk keluarga besar. Frust gila.

                *Paham. AS paham sangat perasaan tu*

So, taknak cakap banyak. Ni AS olah balik dari entri resepi roti jala (dengan Kuah Durian) yang AS tulis sebelum ni, menjadikan saiz sukatan dari setengah kilo tepung kepada hanya 1 cawan tepung sahaja. Olahan semula resepi ni AS dah cuba sendiri dah tau. Memang sama lembut dengan resepi asal.

Ok jom kita tengok macam mana nak buat roti jala dengan hanya menggunakan 1 cawan tepung sahaja.



Resepi Roti Jala secawan tepung 

       Saiz hidangan: 3 – 5 orang makan
       Tempoh penyediaan : 35 minit
resepi roti jala klasik dengan sukatan 1 cawan tepung sahaja

Bahan-bahan roti jala secawan tepung:

Secawan tepung gandum (150 gm)
3 sudu besar minyak jagung
½ cawan santan pure (ganti susu sejat pun ok)
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kunyit / serbuk pewarna
¼ sudu kecil garam
1½ cawan air - jika perlu

Cara-caranya :

1. Kisarkan semua bahan sehingga sebati. Tapiskan bancuhan.
2. Masukkan bancuhan tepung ke dalam acuan roti jala.
3. Tebar atau kirai lah roti jala korang tu atas kuali leper membentuk jaring.
4. Bila dah masak, angkat dan gulung roti jala korang. Nak lipat jadi 3 segi pun ok.
5. Ulang langkah 3 dan 4 untuk kesemua bancuhan sampai lah habis.
4. Sedia dihidang bersama kari ayam.




Resepi Kari Ayam sebagai Penyicah Roti Jala


Bahan-bahan utama Kari Ayam:

½ cawan Minyak masak
4 sudu besar Serbuk kari daging
200 g isi ayam, dipotong kecil (sepenadah tangan)
2 ketul ubi kentang, dipotong dadu kecil
1 sudu besar pes asam jawa
½ cawan santan pure + 2 cawan air
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk pati ayam (optional)
1 sudu kecil gula


Bahan A : untuk menumis

1 tangkai daun kari dilurut
1 batang Kulit kayu manis
1 kuntum Bunga lawang
2 biji Buah pelaga
3 biji Cengkih

Bahan B : perlu dikisar halus

1 ½ biji Bawang besar
1 ulas Bawang putih
2 inci Halia


Cara-caranya:

1. Tumiskan bahan-bahan (A) hingga naik bau.
2. Kemudian tuang bahan kisar (B) dan kacau hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Bila dah pecah minyak, masukkan isi ayam dan kentang.
5. Biarkan dia menggelegak sehingga kentang menjadi empuk.
6. Masukkan santan dan biarkan lagi hingga mendidih.
7. Perasakan dengan pati ayam, garam, gula dan asam jawa, biar seimbang.

Siap dihidangkan bersama roti jala!


So, tunggu apa lagi? Itu dah jam 5.30 petang dah tu. Jom lah masuk dapur buat roti kirai sendiri dengan saiz secawan tepung. Buat sendiri confirm puas hati!

4 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Okey weekend nanti nak buat la...sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok makan kak sa, tapi nak menjala nya kena berganti-ganti kalau buat banyak

      Delete
  2. siap bookmark resepi annur ni, nnt nak juga cuba cuma kita tak da acuan roti jala tu ...

    ReplyDelete
  3. sedap.. kat office lama dulu selalu makan ni. hehe

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.