Resepi Asli Biskut Semperit Tradisi Ori Orang Lama Dulu Tanpa Dimodenkan

resepi semperit gebu simple, resepi semperit sukatan cawan resepi semperit gebu gebas, semperit cair di mulut, resepi semperit dahlia, semperit resepi orang lama-lama dulu, semperit klasik,resepi biskut dahlia orang lama
Resepi Semperit Asli Tradisi - Resepi Biskut Semperit Legend | Resepi kuih semperit atau kuih dahlia ini sebenarnya merupakan kuih tradisi orang lama dulu-dulu. Dalam erti kata lainnya adalah kuih raya klasik sejak zaman-berzaman. Biarpun Mamy Syu ni orang muda Gen-Y, tapi I sangat cerewet bab kuih-kuih tradisi ni. 
resepi biskut semperit legend
Bila sebut je kuih tradisional, Syu akan usaha mengekalkan rasa asli kuih samperit ni, mengikut resepi asal turun-temurun dari arwah opah aku. Nostalgia kot! Itulah nilai sebenar yang nak aku kekalkan tu.
 resepi semperit asli 
                   *rindu opah* sobss..sobss.
 resepi semperit asli 

Semperit Tradisi Empat bahan Sahaja

Resepi semperit ni aku perolehi dari Mama aku, yang juga sebenarnya diperturunkan dari opah, oyang dan lapis-lapis atas yang muka diorang pun aku sendiri tak pernah lihat. Bahan yang digunakan untuk membuatnya pun cuma terdiri dari empat bahan sahaja. 
resepi semperit dahlia mudah
No cheese, no susu pekat, no food coloring, no synthetic flavour.
resepi biskut semperit legend
resepi semperit dahlia mudah,resepi semperit asli ,resepi semperit gebu simple dan sedap, resepi semperit sukatan cawan, kuih semperit gebu gebas, semperit cair di mulut, resepi semperit dahlia, semperit resepi orang lama-lama dulu, semperit klasik
Kejadian semperit aku sebelum bakar dan selepas dibakar.
Nampak smooth kan?
acuan semperit yang mudah
resepi biskut semperit asli sukatan cawan

Resepi Asli Biskut Semperit Tradisi, Resepi Ori Orang Lama Dulu Tanpa Dimodenkan

Sebelum apa-apa, jom layan dulu video Cara Menekan Adunan Semperit agar kelihatan menarik!
resepi biskut semperit asli sukatan cawan
Roll VT!
 acuan semperit yang mudah
resepi semperit dahlia mudah
Macam mana? Nampak senang saja kan?
Ok. Jom tengok apa bahan-bahan nak buat semperit turun temurun ni.
resepi biskut semperit asli sukatan cawan
Bahan-bahan :
1 tin tepung jagun Brown and Polson (cap Butterfly) bersamaan 400gm
¾ cawan pure butter bersamaan 185gram [Golden Churn] [Anchor Pure Butter]
¾ cawan gula icing bersamaan 170gram
6 biji kuning telur sahaja
    (Kalau nak pakai whole egg pun boleh tapi, guna 3 biji. Putih telur akan membuatkan samperit jadi keras & crispy berpasir macam cookies)
1 sk serbuk vanila (esen vanila pun boleh)
resepi biskut semperit legend
Hiasan :
Buah ceri secukupnya
resepi biskut semperit legend
Cara-cara :
1. Pukul butter bersama gula dengan menggunakan senduk kayu.
2. Jangan terlebih pukul hingga kembang, cukup sekadar sebatikan adunan je. Jika terlebih pukul ia akan menjadikan bunga semperit korang jatuh dan meleper bila dibakar.
3. Seterusnya masukkan kuning telur sebiji demi sebiji.
4. Teruskan mengacau dengan senduk kayu.
5. Bila semua telur dah habis dituang, bolehlah masukkan serbuk vanila.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati
7. Gunakan tangan, uli adunan tepung hingga membentuk doh lembut yang boleh ditekan. 
(Rujuk gambar di bawah)
resepi biskut semperit legend
resepi biskut semperit legend,resepi biskut semperit asli sukatan cawan,resepi semperit gebu simple dan sedap, resepi semperit sukatan cawan, kuih semperit gebu gebas, semperit cair di mulut, resepi semperit dahlia, semperit resepi orang lama-lama dulu, semperit klasik
semperit susu azlina ina
8. Jika doh nampak terlalu lembut, jangan tambah tepung. Sebaliknya simpan sejuk doh tersebut selama ½jam sebelum ditekan dengan acuan semperit.
9. Dengan menggunakan acuan semperit (Syu guna bunga pecah 8), tekan doh semperit ke atas loyang sehingga habis.
10. Letakkan buah ceri yang telah dipotong dadu di tengah-tengah bunga dahlia korang tu
11. Bakar dalam oven dengan api atas bawah pada suhu 170°c selama 20 minit atau hingga berbau wangi.
12. Pastikan korang bakar di rak level kedua paling bawah oven korang.
13. Jangan bakar hingga terlajak garing hingga berubah warna kepada hawa-hawa koko gitu.
resepi biskut semperit asli sukatan cawan
semperit susu azlina ina,Semperit klasik samprit klasik
semperit susu saji 
Sebab semperit yang overcooked, teksturnya keras dan rasa berpasir!
Akan hilang lah nikmat "melting" nya itu sekiranya terlajak masak.
semperit susu saji , Semperit klasik samprit klasik,semperit susu azlina ina acuan semperit yang mudah resepi semperit ustazah resepi biskut semperit legend
Contoh semperit terlebih masak.
Atas bawah berwarna koko

semperit susu azlina ina

Tips membakar semperit agar gebu dan cair si mulut: 

Selepas 10 minit biskut semperit dibakar, pusingkan loyang pada putaran 180°. Atau dalam bahasa mudahnya, rotate dulang / loyang agar samperit yang berada paling dekat dengan pintu oven, beralih ke kedudukan dinding belakang oven. Gittew!

Barulah biskut korang masak sekata dan cantik warnanya. ^_^

Siap!
resepi semperit ustazah
Tunggu dia sejuk, pastu barulah disusun kan ke dalam balang.

semperit susu azlina ina
Resepi semperit aku ini akan menghasilkan 125-132 biji semperit, bergantung pada cara korang menerap kuih korang. Kalau korang buat tebal, dapat la sikit je. Kalau korang ikut saiz yang macam aku buat ni, korang akan dapat 132 biji semperit macam di bawah ni. Tiga suku hampir penuh balang saiz besar 4L.
resepi semperit ustazah
semperit susu azlina ina,resepi semperit klasik paling lembut gebu dan mudah
semperit susu azlina ina semperit cair di mulut
semperit susu azlina ina

Apa yang aku suka dengan semperit resepi original orang lama ni?

Aku suka tekstur nya yang gebu dan halus, sehalus kuih bakar (kuih bangkit). Pastu, bila di makan, ianya cair di dalam mulut. Ohh~ heaven nya. dari kecil aku reti dan faham yang kuih semperit harus lah gebu dan cair di mulut.
semperit susu azlina ina
So bila ia cuba dimodenkan dengan menambah susu pekat, cheese, perisa-perisa tiruan dan macam-macam lagi, aku rasa "cannot-go" gittew. haha korang rasa aku ni kolot kan? Yes. Memang bab makanan klasik, aku kolot dan sangat-sangat memilih. Kalau beraya ke rumah orang, aku akan try semperit terlebih dahulu, kalau ada.
resepi semperit ustazah
Kalau terkena SEMPERIT RANGUP yang krukk krakk kruk krak! bila dikunyah. 

Automatik sel-sel otak aku akan mentafsirkan ia sebagai "Hmm, tak sedap" haha. Sori lah wey. aku mengaku otak aku memang jumud dan kolot dalam menilai makanan tradisi. Sebab aku dah ada benchmark aku sendiri. Bukannya bertujuan nak menghukum yang resepi orang lain salah. apatahlagi nak menuduh diorang tak pandai buat kuih. ahaks!

Semuanya adalah berkait rapat dengan kenangan memori dan nostalgia. Aku memang jenis susah nak move on bila bab-bab berkait dengan opah aku. ~Sayang opah, rindu opah. sobss...

         *Ok lah, aku dah jadi semakin beremosi di sini. Baik aku stop sekarang*

Korang try lah ye resepi semperit ni. Moga ianya mencambahkan pahala untuk opah, dan waris-warisnya selagi resepi ini dipanjangkan kepada lebih ramai orang. Aminn.resepi biskut dahlia dulu-dulu

Catat Ulasan

38 Ulasan

  1. sedapnya kuih semperit ... saya pun suka yg klasik ... lepas ni terus bookmark resepi ni, nextime nak cuba buat ...

    BalasPadam
  2. oowh dimana mau dicari semperit gini..!! da 2bekas beli semua hampeh..!! dahla mahai.. nak sebalang pleaaase T.T

    BalasPadam
  3. Great to make kuih for raya d... It's such a great recipe.. thanks for sharing.. Can try try make the kuih d..

    BalasPadam
  4. kuih semperit ke kuih dahlia ni namanya? banyak versi nama kuih ni tapi yang penting rasanya sedap

    BalasPadam
  5. My mom pn lau bt semperit mesti cm ni..tpi tepung butterfly tu susah cri dh kt cni..semperit,kuih bangkit,putu kacang hijau n bahulu antara juadah raya yg sgt nostalgia bg i..tambah2 plak dlu bt smua juadah ni guna cara tradi yg ambik msa lama nk siap..rindu arwah opah gk.,

    BalasPadam
  6. The shape of this kuih is so exquisite. I don't think I have eaten it before, let alone seen it. I wish to try out your recipe this weekend. Thanks for sharing it!

    BalasPadam
  7. cantik lak kejadian biskut semperit tu..nak nak kena buat jugak ni..akak satu apa kuih pun x buat lagi..ada ag beli je ni kang

    BalasPadam
  8. Biskut semperit ni ada yang panggil biskut dahlia. Memang sedap. Anak memang suka sangat biskut ni. Saya tunjuk je kat kakak kawan. Bertahun order dengan Kak Mas tu.

    BalasPadam
  9. Kuih semperit ni juga dipanggil kuih dahlia... simple je membuatnya tapi kalau dulu-dulu memang menjadi kewajiban ada time raya... saya pun suka makan

    BalasPadam
  10. Dulu kita pernah buat kuih ni dengan mak kita hehehe tapi sekarang ni tak sempat just beli jer. Rindu lah nak buat kuih zaman kanak-kanak dulu...

    BalasPadam
  11. ni kuih raya favorite anak yang bongsu akak ni..dia panggil kuih semperit ni dengan nama kuih manja..tadi baru dia tanya Umi tak buat ke..alahai..

    BalasPadam
  12. semperit ni atau orang panggil biskut dahlia ni jadi biskut raya wajib tiap tahun kak kat rumah. jadi tiap tahun memang usahakan untuk buat sendiri. nanti nak try cuba resepi akak pulak. inshaAllah. TQ share. 😍

    BalasPadam
  13. Sedapnya. Ni mmg biskut lama zman opah kita dulu lagi.. tapinklu opah kita dulu dia suka buat bambu kacang.. sekarang susah dh nak jumpa

    BalasPadam
  14. Wahhhhh..ha panjang wah dia..hehehe. Sis memang hantu samprit, dulu2 ada makcik ni buat samprit sedap sangat, lps dia tak ada tak merasa samprit cam gitu. Nanti nak cuba buatlah samprit ni, harap2 menjadilah cam tu..terima kasih ya sudi kongsi resepi ni

    BalasPadam
  15. My favourite !! Mudahnya nk buat. Rasa nk buat tu ada tp malasnya tubyg ampunn. Kuih lama diberi sentuhan baru. Pasti enak nie

    BalasPadam
  16. kuih ni dengan raya berpisah tiada. kalau p mana-mana rumah pun mesti ada. btw saya ni jenis tak makan biskut raya sangat. huhu tp boleh la kan utk merasai suasana tu hehe

    BalasPadam
  17. biskut semperit... ni kalau dapat kat anak anak i konpem habis sebalang...
    kalau pakai pure butter mungkin lagi sedap...
    tapi semperit ni memang biskut yang tidak akan ditelan zaman, kalau pergi mana mana rumah konpemmmmm semperit adalah paling utama..

    BalasPadam
  18. Comelnya kuih semperit tu . Lia pun suka sebab dari kecik dah dibiasakan makan . Tradisi turun temurun kuih ni sampai sekarang masih famous .

    BalasPadam
  19. terbaek.. cantik je semperit ni.. kalau ejulz buat mesti hancur.. haha

    BalasPadam
  20. No matter how long and which decade... This biscuit will always be seen during festive season and I agree as the tradition of making it still remain... I love those cookies too

    BalasPadam
  21. Biskut semperit ini memang tradisi lama, dari kecil i dah pernak cuba. Walaupun resipi yang simple tapi cukup sedap.

    BalasPadam
  22. Adudududu, sedapnya nampk biskut semperit ni. Kalau ada satu balang depan mata, rasanya sekali hadap je ni licin

    BalasPadam
  23. Saya suka samperit yg klasik..org dulu2...tp skrg ni ssh nak jumpa tpg jagung cap rama2 ni

    BalasPadam
  24. Telur 6biji tu xbyk ke? Gred ape ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telur gred A. Tak banyak actually. Sebab 6 biji KUNING TELUR SAHAJA.
      Putih telur tak ambil

      Padam
  25. Betul tu, this is the original version yg saya ingat arwah mak saya buat. Terima kasih share. Saya pun tak dapat terima rasa versi versi baru ni.

    BalasPadam
  26. Dik. Resepi ni memang tak pakai tepung gandum langsung ye? Shape dia boleh hold ke kalau tak pakai tepung gandum?
    Terima kasih kongsi resepi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Betul. Resepi semperit turun temurun dari mak saya memang begini je bahan nya. Tiada tambahan tepung gandum. Bunga nya masih elok. Dengan syarat, gula jangan lebih.

      Padam
    2. Ok. Thank you, Dik.

      Padam
  27. Tanpa Nama13:26

    Saya buat dia jdi cair meleret dalam oven..xde bentuk bunga dah..kenape ye :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau gula terlebih, memang jadi leper.
      Mesti kena guna gula icing.
      Sy pernah experimen guna gula biasa yg dibelender halus, pun bunga meleper. Guna gula icing ¾ cwn, baru ok.

      Padam
  28. Kalau tepung jagung brown & polson tu digantikan dgn tepung kastard bleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy tak pernah lagi cuba guna kastard. Tapi pernah gantikan dengan tepung jagung cap bintang. Kejadiannya masih elok menjadi. Tapi gula mesti make sure guna gula icing. Kalau gula icing digantikan dengan gula pasir biasa yang di blend jadi halus, bunga dahlia takkan kekal. ia akan meleper bila dibakar.

      Padam
  29. Boleh tak bg sukatan butter dgn gula icing dlm grm. Saya tak pandai pakai sukatan cawan. Takut nanti kuih tak jadi...

    BalasPadam
  30. Tanpa Nama09:22

    mohon halalkan resepinya ya

    BalasPadam
  31. Ya Allah lama dah cari resepi semperit dulu-dulu, bau wangi. Saya pun cerewet bab semperit ni. Dah banyak join kelas pjj nak cari resepi semperit yang klasik. Kebanyakannya sama, letak tepung gandum, tepung jagung, tepung kastad. Saya buat jadi tak wangi macam yang dulu-dulu huhuu. Nak cuba lah resepi ni. Terima kasih puan :)

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y