Gendongan Bayi Mamaway | Gendongan yang Mesra Breastfeeding dan Mesra Bayi

Gendongan Bayi Mamaway | Bersempena cuti Hari Kebangsaan baru-baru ini, Annur sempat ke Pulau Pinang bersama anak-anak dan juga Mok Laa (baca : Mak Laa) iaitu sepupu Annur merangkap baby sitter Hawraa untuk menenangkan minda dan bersantai di hotel idaman kami. Sepanjang percutian pendek ini, gendongan bayi Mamaway banyak membantu Annur, sebab dengan memakai gendongan bayi ni, tangan Annur bebas dan tidak menyekat pergerakan Annur mengawal budak Naufal dan Nufael yang memang terkenal dengan sifat lasak dan aktif mereka.


GENDONGAN BAYI MAMAWAY
Tangan ibu perlu free untuk "tangkap" budak dua orang ni ~ahaks


Pada mulanya ibu agak was-was dengan keselamatan baby jika diletakkan di dalam baby sling ini. Melihatkan material baby sling Mamaway yang nampak nipis dan telus ini betul-betul menimbulkan kerisauan ibu. Sepantas kilat aku capai telefon dan search "Mamaway Baby Sling" di carian Google. Selepas satu, satu, review aku belek dan baca.

Hmm not bad. review mamaway

Kebanyakan review adalah positif. Dan material nipis ini adalah Nilon yang juga merupakan material dalam membuat payung terjun. Ianya mampu menampung beban seberat 75kg sehingga 72 jam.

Selepas membaca hampir 15 review dari blog mak-mak saleh, akhirnya aku yakin. Well, blog mak-mak malay, aku belum jumpa lagi yang menulis ulasan tentang Mamaway Baby Sling ni, that's why aku membaca review dari blogger barat.



Selain dari tu, aku stalk juga IG dan FB Mamaway Malaysia. Stalk punya stalk, ohh~ baby sling mamaway mamaway review Tak sangka rupanya baby sling Mamaway ni telah dipilih MamaPapa Reader's Choice Awards sebagai pemenang Anugerah Gendongan Bayi Terbaik 2018.

Hmm.. mamaway review so kat Malaysia ni, Mamaway already has a good brand reputations lah ek?
Aku je yang belum tahu.


Ulasan Annur tentang Mamaway Baby Ring Sling


review mamaway baby sling mamaway Agak renyah nak dipakai

Sejak 3 tahun lepas aku memang dah say bye-bye kepada stroller.ahaks. Bila aku lahirkan Nufael tahun 2015, aku mula kenal dengan baby carrier ergo yang jenis click on tu. Aku dah terbiasa pakai baby carrier jenis klik. Dan bila park je kereta, aku terus kenakan carier ke badan, dan klipkan ke belakang pinggang. Next, terus boleh kendong baby, dan klip satu lagi harness yang berada di belakang bahu pula. Simple.

Sekarang, aku dah mula berjinak - jinak dengan gendongan bayi jenis selempang (sling) ni, aku rasa sangat janggal dan kekok. Pffttt! baby sling mamaway gendongan bayi mamaway

Tak tahulah sama ada salah baby sling ke, ataupun aku ni yang lembap dalam mempelajari benda-benda yang terlalu teknikal macam ni haha. Hampir 21 kali aku mainkan video tutorial cara-cara memakai Gendongan Bayi Mamaway ni di youtube, tapi aku masih juga gagal menggendong baby Hawraa dengan sempurna. 


Hawraa asyik nak terjerlus ke bawah je. Tak securely fit in the baby sling. mamaway baby sling carrier gendongan bayi mamaway Adoi~ 

Well, practice make perfect. Sejenis yang pantang mengalah, akhirnya aku "dapat" teknik dan trik untuk kemaskan kedudukan baby di dalam sling. Sling tu kena bagi lanjut di punggung baby supaya yang berada di bawah bukan lutut, tapi punggung baby.

So, anda di luar sana, don,t give up okay? Adat la benda baru, memang la kita akan rasa susah sikit pada mulanya, sebab kita belum mahir.


review mamaway baby sling mamaway review Reka bentuk dinamik

Juga sesuai dikendong kaum ayah
Berbanding baby carrier yang aku gunakan sebelum ini, ianya kurang sesuai bila sang ayah memakainya. Bukan sebab saiz, tapi sebab posisi baby jadi nampak tak selesa. Mungkin sebab faktor bentuk badan lelaki yang straight dan flat tu kot yang membuatkan baby jadi sedikit terdongak dan susah nak tidur.

Mujur baby sling tak macam tu. walaupun ayahnya yang kendong pun, kedudukan baby tetap rapat dan melekap elok je ke dada ayah. Seakan-akan memeluk gitu. Pheww~ Lepas ni boleh lah ibu pass pada ayah je kendong baby Hawraa.haha. Baby Hawraa pun dah 6.7kg dah sekarang. Boleh rebeh bahu ibu kau kalau kendong lama-lama.

Orang plus size pun boleh pakai
Kalau baby carrier jenis konvensional, kau takkan dapat clipkan harness dia bila badan kau terlalu besar atau dalam bahasa mudahnya, gemuk. huhu Bukanlah menghina, tapi tu realiti.

Panjang safety harness pada baby carrier adalah terhad pada saiz tertentu sahaja. Jadi kalau korang rasa BMI korang lebih daripa 30, baik korang beli baby sling sahaja instead of click-on baby carrier.


review mamaway baby sling mamaway Lenguh sebelah sahaja bahu

Mana-mana baby sling pun memang ianya akan dipakai di sebelah bahu sahaja. Kalau sejam dua tahan lagi. Buatnya lebih dari 3 jam mengendong baby, aduh. Boleh terkeluar urat belikat haha. Tapi aku ada baca review seorang mama ni, dia kata cara pemakaian yang salah memang akan menyebabkan bahu sakit. 


gendongan bayi mamaway


So, nasihat aku, baik korang praktis banyak-banyak kali dengan menggunakan kain sarong atau kain batik di rumah dulu . hihi. Bila dah cekap pakai baby sling, baru korang pergi beli gendongan bayi macam aku pakai ni, 

                    Harga berapa?
                    Mahal tak? 
                    . . dan mana nak beli?
                    Klik je terus kat website https://my.mamaway.com ni kalau nak tahu lebih lanjut.
                    Jangan lupa daftar dan guna kod LOVEMAMAWAY untuk dapat potongan RM10

Kenapa gelak?
Aku tak bergurau okey. hahaha. Ini memang nasihat ikhlas lagi jujur aku bagi kat korang tau! Sebelum korang beli dan akhirnya menyesal, baik korang dengar nasihat aku yang baik hati lagi prihatin ni haha.

Kalau korang ikut, isnyaAllah korang takkan hadapi masalah sakit bahu mahupun tarik urat belikat macam aku kena baru -  baru ni. Contoh paling mudah korang perhati tengok masyarakat orang asli yang kendong anak diorang dalam kain sarong tu. Sehari suntuk kot berjalan kaki kat pekan, rileks je. hee~ baby carrier mamaway review

review mamaway baby sling mamaway Senang nak menyusu in public

Sebelum ni, bila aku travel dengan baby yang breastfeeding, aku akan resah dan runsing memikirkan adakah tempat-tempat yang bakal aku lawati ini mempunyai bilik menyusu bayi? Arghh! mamaway review mamaway baby sling review

Memang aku sentiasa bawa nursing poncho (nursing cover jenis poncho) dia dalam diaper bag anak aku, tapi still aku rasa susah jugak nak menyusu di tempat awam. Iya lah. Nursing poncho tu disimpan di dalam beg. Susah sungguh nak membuka beg dan mengenakan nursing poncho saat baby dah mengamuk kelaparan if you know it.

Pengalaman aku ke Muzium Wonder Food, Pulau Pinang baru - baru ni, memang TIADA BILIK MENYUSU di situ. Baby Hawraa pula dah lapar. Nak ke kereta, nanti dah tak boleh masuk semula ke muzium. Nak menyusu di toilet, eww. Kurang sesuai pula bagi anak "makan" dalam toilet. Akhirnya aku duduk sahaja di bangku tepi laluan orang, dan menyusu baby Hawraa dari dalam baby sling.

Memang selesa. Sebab lebihan kain di hujung ring sling ni, aku tarik ke atas dan selimutkkan bahu aku supaya lebih terlindung aurat aku. Tapi dengan syarat, korang kena pakai baju yang nursing friendly yang ada bukaan di dada tu lah. Jadi tak perlu nak kena selak baju dari bawah sehingga terdedah belakang badan korang.
mamaway baby sling breastfeeding friendly


You should try this, baru korang tahu betapa mudah dan selesanya menyusukan baby dengan Mamaway Baby Sling ni.

review mamaway baby sling mamaway Baby selesa dan tak meragam

Bagi tujuan meningkatkan ketahanan, sesetengah baby carrier menggunakan material yang tebal dan ianya agak bulky. Bagus. Sebab itu menjamin yang baby carrier itu kukuh. Tapi dalam masa yang sama, ia menyebabkan haba terperap di dalam carrier dan seterusnya membuatkan baby tidak selesa.

Ingat lagi tadi? Di perenggan awal, aku ada kata yang aku ragu dengan ketahanan Mamaway baby Sling ni kan? Sebab aku tengok kain nya nipis melayang. Dan bila dihalakan ke arah cahaya, boleh telus!

Memang itulah ciri Nylon kalau korang nak tahu. Nipis yet durable.

Aku suka! mamaway baby sling review gendongan bayi mamaway

Ianya tak tebal maka baby Hawraa tak panas duduk dalam gendongan. Bila aku baringkan dia dalam baby sling, dia boleh tidur lena sehingga 2 jam tanpa bunyi ekkk~ sekalipun.
review mamaway



So, pada new momma yang sedang berkira-kira nak membeli stroller ke nak beli baby sling, aku nasihatkan korang beli lah baby sling. Lebih convenient, ibu boleh lebih panjang langkah, dan baby tak mudah mengamuk dan meragam. Baby mana tak suka oii kalau duduk dalam pelukan ibu? Apatahlagi kalau dekat di dada ibu, uhh nyaman katanya sebab ada bau ibu.

Aku, dah anak 2 baru reti. Bahawasanya lebih baik guna baby carrier berbanding stroller.

Disebabkan kurang pengalaman dan kedangkalan ilmu semasa anak sulung, aku melaburkan duit yang banyak untuk membeli stroller. Stroller paling murah pun RM400 sekarang ni tau?! Dah lah menyemak bonet kereta je, berat pulak tu. huh!
MAMAWAY REVIEW mamaway baby sling



Bila ke tempat yang bertangga-tangga macam WonderFood Museum yang aku lawati tempoh hari? Tidak ke troublesome di situ kan? So mommies dan bakal mommy, jom kita ber #babyWearing dengan Mamaway Baby Sling jom!

24 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Anonymous09:26

    mahaltu baby carrier mamaway
    jom shopping barang baby murah https://shopee.com.my/shop/7881001/search/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi tak lah.
      Bagi AS berbaloi sebab boley guna dari newborn sampai 2 tahun.

      Delete
  2. wow. baru taw. pilihan terbaik ibu bapa tu dah menang Mamaway. Good sharing! Nak consider beli la inshaAllah. anak selesa and selamat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh timbang timbang dah tu syaza

      Delete
  3. Eh bestnya tengok senang nak menyusu tu. Saya ada pakai carrier tapi bukan jenis sling bag macam ni. Sebab takut lepas baby dah besar, slingbag tak boleh nak pakai. Yang baby carrier saya pakai tu sampai 2 tahun still boleh pakai lagi cuma sakit belakang je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baby sling pun boleh guna sehingga 2 tahun. Kalau larat lagi la nak kendong hihi.
      Dalam video tutorial ada ajar cara pakai baby sling untuk toddler 2 tahun.
      Kendong belakang lah tapi.

      Delete
  4. pernah nak beli carrier sling ni dulu tapi disebabkan kiat spesies keding,maka dibatalkan hasratnya hahaha.beli carrier biasa je tapi si ayah la yang dukung kita tak larat hehehe

    ReplyDelete
  5. Nad pun suka denagn sling mamaway ni..senang digunakan..anak nak tidur boleh baringkan..eh tak tau pula sennag masa nak bagi susu..ehhee

    ReplyDelete
  6. Namapk selesa baby duduk dalam tu. Tak pernah try ring sling macam ni sebab tak reti nak ikat bagai. Pakai boba 3g baby carrier jer.

    ReplyDelete
  7. Gendongan bayi macam ni memudahkan urusan mak mak yang ada anak anak kecil, senang nak di bawa ke mana mana. Baby pun selesa

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, bagus ada aksesori yang memudahkan para ibu dan baby macam i. Maklumlah sekarang niramai ibu bekerja. Macam macam cabaran nak besarkan anak

    ReplyDelete
  9. Kita guna teknik ni..hehehe.. Mak mertua ajor... Dlu just ikat kain kt bahu bdn je...skrg guna sling cmni pon sng sbnrnya cuma mula2 je kekok..hehehe..

    ReplyDelete
  10. tak pernah guna jenis sling ni. Kinah guna baby carrier yang jenis biasa tu. Setakat guna yang tu tak pernah pulak sakit bahu. Sakit pinggang je la sebab anak dara masa tu badan dia berat.

    ReplyDelete
  11. Liez ada baby carrier dgn baby sling ni... tp rs selesa pakai babysling sbb ikut badan kita.. anak no2 pun suka babysling dr carrier

    ReplyDelete
  12. Bagusnyaa untuk ibu ibu.sebelum ni ramai yang takut nak pakai. Tq sebab share info yg berguna ni

    ReplyDelete
  13. Carrier macam ni utk baby ringan ok la kan..kalau dah berat 6,7 kg, nak kena guna stroller gak..patah pinggang ni hehe

    ReplyDelete
  14. Bagus beli yang sesuai untuk mak dan ayah sebab boleh gilir-gilir bawa baby kan. Memang bagus kalau beli yang selesa untuk semua.

    ReplyDelete
  15. Wahhh nampak convenient betul pakai baby sling nie. Mudah utk buat pelbagai aktiviti biarpun sedang menggendong anak. Okay nak beli satu !!

    ReplyDelete
  16. Kita xberapa prefer sgt baby wearing s3bab anak2 xsuka duk dalam tu...hahahhaha
    N mak dia pun lama2 nnt sakit bahu la sakit belakang la..last2 guna ja lah stroller...kikikiki

    ReplyDelete
  17. nampak selesa baby dalam tu..tapi tengok pada rekaan dan fabrik nampak berkualiti sungguh..ingat nak belikan untuk adik yang kebetulan nak bersalin tak lama lagi

    ReplyDelete
  18. Sling untuk bawa bayi macam ni dah di modenkan dan di beri sentuhan baru. Kalau dulu pakai kain batik je.

    ReplyDelete
  19. Nampak menarik plak baby sling.. senang kita sebagai mama nak gerak sana sini.. dulu pernah nak try tapi cam takut2 gak.. takut si kecil terlepas ker aper.. dah paham skit caranya bila tgk video nie.. thanks atas info

    ReplyDelete
  20. Menarinya baby sling ni.Selalu bayi nak didukung sahaja. Kalau macam ni time beli barang dapur or berjalan senang. Bayi tak meragam.

    ReplyDelete
  21. Beruntung betul mak2 sekarang ni..macam2 produk utk kesenangan mak2 yg ada baby dah jual kat pasaran. Masa zaaman sis ada baby dulu..gendongan ni maid sis pakai kain batik je..risau gak t3ngok tapi anak selesa pulak tido..hahaha

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.