6 Perkara Yang Mamy Perlu Tahu Mengenai Penyusuan Susu Ibu

4:50 PM
Setiap kali mamy menyebut perkataan "menyusukan", mesti dalam kepala setiap orang mempunyai beberapa pandangan mengenainya. Ye, memang kita selalu ditamukan dengan info tentang bagaimana breastfeeding itu sangat bermanfaat untuk baby, and it definitely is. Tapi nak melaksanakan breastfeeding ni bukanlah tugas yang mudah. Ianya mengambil masa untuk mempelajari dan memahaminya.

breastfeeding, Penyusuan Susu Ibu , tips breastfeeding, tips nursing your baby


Berikut adalah 10 perkara yang new mamy mungkin nak tahu tentang menyusu sebelum mamy bersalin. Harapnya coretan ini berguna untuk anda juga tatkala perlu menempuh stressful days dalam fasa-fasa awal menjadi ibu.


1. Bila susu badan akan mula dihasilkan?

Untuk beberapa hari pertama selepas bersalin, badan mamy akan mula menghasilkan kolostrum, juga dikenali sebagai "pre-milk" atau "susu awal". Colostrum kaya dengan nutrien dan antibodi, dan mengandungi sejumlah besar antibodi yang tidak terdapat dalam susu formula.

Sifat fizikal kolostrum biasanya berwarna kuning dan likat. Badan mamy hanya menghasilkan sedikit kolostrum, tapi jangan risau! Ianya amat pekat dan dan sangat berkhasiat.

Dalam masa 2 hingga 4 hari, payudara mamy akan mula berasa lebih penuh, lebih firm, dan berat. Ini bermakna susu ibu (literally susu ibu yang lebih watery and thin tu) telah mula terhasil untuk menggantikan kolostrum.

Jadi, seawal hari pertama baby lahir, mamy please jangan kalut pi top up dengan susu formula dengan beranggapan baby tak cukup susu. Sebenarnnya 1 - 3 ml kolostrum dah cukup mengenyangkan baby pada hari pertama kehidupannya.



2. Perasaan ibu yang breastfeeding

breastfeeding, Penyusuan Susu Ibu , tips breastfeeding, tips nursing your baby

Sesetengah ibu menggambarkan breastfeeding sebagai detik magical bonding dengan baby. Perasaan nyaman dan tenang itu mengalir bersama titisan emas terus ke perut baby. Tapi ada juga ibu-ibu lain, perasaannya tak senidah itu. Menyusuakan anak tu bagi dia seolah-olah sebuah penyiksaan, azab dan pedih!

Bayangkan ketika dalam pantang, mamy perlus susukan baby 8-12 kali sehari dengan nipple crack akibat lekapan yang salah. Bila salah teknik, breastfeeding journey mamy sudah tentu akan menyiksakan. 

Well, breastfeeding is a roller-coaster journey I can tell. And you should not beat yourself up for not being able to produce enough milk or breastfeed for long (sehingga anak 2 tahun). Breastfeeding journey bagi setiap ibu itu tak sama hokey?



3. Permulaan yang kekok? Itu normal.

breastfeeding, Penyusuan Susu Ibu , tips breastfeeding, tips nursing your baby

Breastfeeding isn't as simple as "baby plus nipple”, dan tiada siapa pun yang terus-terus je expert dalam menyusukan baby untuk kali pertama. It takes practice, adjustment, patience!

Mamy dan baby perlu berusaha bersama-sama bagi menjayakan penyusuan susu ibu secara penuh.

Breastfeeding ni macam nak ambil ujian nak dapat lesen memandu lah jugak. Gali ilmu banyak-banyak, belajar and keep yourself informed about breastfeeding knowledge sehingga lah the time you giving birth. Ha bila hari first baby lahir dekat hospital itulah UJIAN YANG SEBENARNYA. Pastu, kalau mamy passed the test pun, still kena ambil masa nak mahir juga kan?

Ke orang baru dapat lesen, terus boleh drive kereta F1? haha



4. Rawatan untuk cracked nipples


breastfeeding, Penyusuan Susu Ibu , tips breastfeeding, tips nursing your baby

Breastfeeding can be painful kalau baby tak pandai melekap (latch) dengan betul atau mamy sendiri tak dapat postur menyusu yang tepat. Gagal breasfeed ikut teknik yang betul akibatnya adalah sakit! Nipple boleh luka dan melecet. Silap hari bulan siap boleh berlaku jangkitan lagi.

Cara paling mudah nak rawat puting melecet adalah dengan menyapukan susu badan ke tempat yang terjejas. Atau beli di farmasi, ointment lanolin khas untuk nipple dan sapukan pada luka dan kesan melecet tu. Ianya boleh melembapkan kulit dan mempercepat proses penyembuhan.

Tapi kalau berlaku jangkitan, mamy wajib berjumpa doktor okay? Jangan liat untuk mendapatkan rawatan ye. akibatnya parah tau mamy!



5. Menyusukan baby boleh membantu mamy tenang

breastfeeding, Penyusuan Susu Ibu , tips breastfeeding, tips nursing your baby

Bila rutin breastfeeding mamy dah established, percayalah mamy akan rasa menyusukan baby itu merupakan satu nikmat! Kebiasaannya ia "terlalu nikmat" hinggakan mamy tak sedar bila mamy terlelap. haha Ini selalu terjadi dekat I sendiri pun tau.

Ini bukan sebab malas tau. Tapi, secara fisiologinya, breastfeeding merangsang perembesan hormon Oxytocin yang mana fungsi hormon ini dapat meningkatkan penghasilan susu badan, sekaligus membuatkan otak rileks dah tenang.



6. "Eh tambah lagi nasi ni. Makan banyak-banyak. Kau kan menyusukan anak"

breastfeeding, Penyusuan Susu Ibu , tips breastfeeding, tips nursing your baby


Masa mengandung biasanya kita akan bertambah berat badan. Well, ianya perlukan masa untuk recover dan kembali kepada bentuk badan asal. Don’t rush the weight loss process. The good news is, breastfeeding can help you burn the calories! Makan je secara seimbang dan makan secara sihat. Jangan tahan makan, atau berlapar untuk kuruskan badan. 

Juga jangan pulak terpedaya dengan dakyah orang dulu-dulu yang mengatakan ibu yang menyusukan anak perlu makan banyak dan berlebihan sebab nanti makanan tu nak di "share' dengan anak. Nonono. Makan secara sihat, remember.

BTW, susu ibu composed of approximately 90% air. So keep in mind supaya sentiasa kekal terhidrat. Atau dalam ertikata lainnya, minum air kena cukup. Barulah boleh produce susu badan yang mencukupi untuk baby.



Kesimpulannya

Penyusuan susu ibu memerlukan proses pembelajaran yang berterusan. Ia memerlukan kesabaran dan pada masa yang sama, it fosters a loving, nurturing, and strong emotional bond antara mamy dan juga baby. 


 Best  Breast of luck to all breastfeeding mommy!

4 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Setuju sangat. Pasangan pun perlu tahu jugak. Jadi senanglah dia nak support ibu-ibu

    ReplyDelete
  2. perasaan kekook utk first time tentu ada kan. tapi bonding semasa penyusuan tu best sgt alahai rindu lah perasaan tu

    ReplyDelete
  3. ibu ibu yang 'newbie' bab bab menyusu ni memang kena take note of all these infos! :D

    ReplyDelete
  4. hihi i support breastfeeding! currently breastfeed my daughter alhamdulillah hii

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.