Review Filem Animasi Upin Dan Ipin Keris Siamang Tunggal

Review Filem Animasi Upin Dan Ipin Keris Siamang Tunggal
Bagi yang bertanya "best" tak filem animasi terbaru Upin Dan Ipin Keris Siamang Tunggal ni?

Jawapan yang diberikan oleh dua budak kecik ni adalah seperti berbunyi "Best !! Best !!" Best !!! 😁 budak-budak bagi jawapan paling jujur tau!! Depa tak pandai menipu ! 😘

Review filem upin ipin 2019
On our way to cinema
Upin Ipin Keris Siamang Tunggal jom!


Secara ringkasnya dari sudut pandangan aku yang kategori kanak-kanak terlewat usia ni merasakan filem animasi tersebut menceritakan sebilah keris yang mempunyai kuasa ajaib yang mampu menjatuhkan pemimpin durjana.

Ianya juga mengisahkan airmata yang mengalir kerana rasa kehilangan orang yang tersayang dan mungkin juga kerana hati yang terluka kerana perbuatan khianat orang terdekat dengan kita ataupun darah daging kita sendiri yakni saudara sendiri,dan yang paling sakit hati anak sendiri 😭.

Filem diselitkan pula dengan alunan muzik irama malaysia yang dipetik dengan alat muzikal tradisional iaitu Gambus. Bunyinya sedap sungguh ala-ala lagu Ghazal Untuk Rabiah. Sampai aku tertanya-tanya, adakah Mawi pemilik suara dalam nyanyian tu?

Selain itu, satu benda yang paling terkesan dalam animasi ini bagi aku adalah pentingnya perkataan "Iqra" atau Bacalah. 

Benarlah kita semua ini nak jadi bijaksana dan kuat perkasa kena berilmu dan selalu membaca. Betul tak?? Awal-awal lagi wahyu Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W berbunyi "Bacalah" ... jadi kau renung-renungkanlah #SentapDalamHati 😢

Ya! setakat itu sahaja review ikhlas dari kami. Hangpa nak tau lagi, silalah ke panggung berdekatan rumah anda.hahaha takkan hangpa nak melangut depan henpon duk baca review sampai esok?

Cuti sekolah ni kan?? Bawalah semua sekampung pi naaa. Pi hari Rabu tiket murah Ooi ...hahahaha 😂😂😂 #SokonglahFilemAnimasiTempatan

Haa satu lagi nak pesan hangpa semua tengok movie ni sampai habis tau!! Kiranya sampai habis tulisan penghargaan (credit) banyak-banyak tu.

Ala ..macam cerita Avengers tu ..kan hangpa semua sanggup tunggu sampai part lassttt sekali sebelum kena halau dengan staff wayang. Tengok tau!!!

Make sure tengok!

Kalau nak terkencing sangat² pun tahan jugak!! Tunggu tengok sampai habis ..😂

Nampak gayanya filem animasi tempatan dan boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan animasi antarabangsa. Perlahan-lahan hasil kreativiti orang Malaysia dah boleh kejar orang-orang kat Walt Disney dan seangkatannya. Tahniah kepada semua yang berada dibelakang tabir filem animasi ini. 

Review movie upin ipin keris siamang tunggal 2019

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Dah tengok semalam. Memang best Anak anak pun suka. Memang enjoylah

    BalasPadam
  2. belum sempat lagi nak tengok upin ipin baru ni

    BalasPadam
  3. Ramai kata best. Tak sabar nk bawa Syafi tgk nanti.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y