Hot! ADRINIS Nursing Inner-shirt, Sedang Trending Di Kalangan Ibu-ibu Menyusu Seantero Malaya

Adrini's Nursing Inner Sleeveless | Adrini's baju inner mesra menyusu ni pertama tau di Malaysia. Ia dapat memudahkan breastfeeding mommy macam I ni untuk bf anak di tempat awam yang tiada bilik penyusuan khas. I akui yang bukan semua outfit I dilengkapi ciri nursing friendly, especially kalau baju-baju berfesyen ala-ala glamour gittew. Jarang nak dapat baju yang nursing friendly.haha So, inner nursing Adrini's jadi penyelamat!

nursing wear adrini, inner nursing, sleeveless nursing wear, t-shirt menyusu, adrinis, adrini's, Adrini's Nursing Inner Sleeveless

Blaus menyusu memang banyak, tapi macam tak sesuai pulak pakai blouse untuk hadir majlis doa selamat, walimah atau kenduri perkahwinan kan. Lebih manis berbaju kurung betul tak? Dan kebanyakan baju kurung Syu takde zip depan untuk menyusu.huhu. So terpaksa selak dan di sini lah bagaimana inner nursing memainkan peranannya dalam membantu cover aurat ibu menyusu.


Adrini's : Breasfeeding Support Brand dengan tagline "Love-Wear"

Bertepatan dengan tagline mereka, brand Adrini menawarkan pelbagai produk yang menyokong ibu-ibu menyusu. Dari pakaian kasual seperti t-shirt dan dress, pakaian formal untuk ke tempat kerja, termasuklah baju inner pun, semua ada! Bagi I, produk keluaran Adrini memang dah berjaya menyelesaikan masalah ibu-ibu hamil dan menyusu tanpa berkompromi soal syariat Islami, keselesaan, namun masih tidak ketinggalan dalam mengikuti gaya fesyen terkini. Keep it up Adrini!

nursing wear adrini, inner nursing, sleeveless nursing wear, t-shirt menyusu, adrinis, adrini's, Adrini's Nursing Inner Sleeveless



Faktor Keselesaan Jadi Prioriti 

Syu kalau dalam memilih pakaian, mesti keselesaan must comes first. Bila I beli online dan tiba-tiba terima baju dengan kualiti fabrik yang sangat lousy, baju tu confirm akan diperam dalam almari. Nak bagi orang pun tak tergamak. Nak pakai, lagi la tak sanggup sebab tak berani ambil risiko. I memang sejenis yang berkulit sensitif, sejak baby lagi kot. Pantang silap pakai, mesti akan naik rashes, dan makan masa berbulan untuk sembuh tau. huu~

Luckily, material baju Adrini's ni memang jenis yang serap peluh, berkualiti premium serta lembut. Biasanya baju jenis stretchable ni kan tak menyerap peluh dan panas, betul tak? But this one tak begitu. I buat pakai tidur pun selesa je. Tidak lah rasa miang or gatal-gatal belakang badan I ni.




Suka Dengan Rekaan Labuh Serta Tak Berlengan 

Nursing Inner sleeveless ni sangat praktikal dipakai bila-bila masa tak mengira cuaca panas atau lembap. Salah satu sebabnya adalah..macam tadi lah I dah mention, kualiti kain! Ia lembut dan selesa okey?! Ditambah pula dengan design yang polos dan labuh hingga menutup atas punggung, memang secure je rasa bila pakai tau. Rekabentuk sleeveless pula bagi I, ia memang menjanjikan keselesaan ekstra dan mengelakkan ibu rasa rimas dan panas, biarpun on the go.

nursing wear adrini, inner nursing, sleeveless nursing wear, t-shirt menyusu, adrinis, adrini's, Adrini's Nursing Inner Sleeveless
Breastfeeding on-the-go



Cover Perut, Belakang dan Dada dengan Sempurna

Bila menyusu baby dengan baju berzip depan, bukaan bahagian atas dada hingga ke leher akan terdedah. Kadang I cover dengan tudung, tapi kain tudung especially shawl jenis chiffon memang agak transparent, so orang still boleh nampak lagi bayang-bayang kulit I. Tapi bila ada inner ni di dalam, memang selamat aurat I. Kemudian bila I pakai baju kurung pulak, I selak dari bawah pun aurat masih covered okey. Belakang badan dan perut I pun tak exposed sebab ada inner ni.

nursing wear adrini, inner nursing, sleeveless nursing wear, t-shirt menyusu, adrinis, adrini's, Adrini's Nursing Inner Sleeveless
Terdesak! Anak dah lapar, tapi nombor giliran lambat lagi. Nursing room pulak takde.


Bebas Melaram Baju Berbagai Fesyen

Ramai nursing mom yang prefer pakai baju berbutang or berzip depan bagi memudahkan penyusuan berlangsung seamlessly. Tapi bukan you all tak tahu, rata-rata pakaian khas ibu menyusu ni selalunya dijual dengan 'harga yahudi' hoii~ 

Cuba tengok di gedung-gedung pakaian, asal ada je tambahan ciri 'nursing friendly', harganya pasti tak semurah baju biasa. Beli sehelai dua okey lah. Tapi takkan you all nak repeat baju yang sama setiap kali keluar? Memang tak lah kan?? So untuk selamat, better beli inner menyusu je. Boleh dipadankan dengan semua jenis baju. Dan tak risau nak matching kan dengan warna tudung, sebab ia dipakai di dalam.

So tunggu apa lagi? Boleh dah keluarkan balik baju kebaya, kebarung, kurung moden yang mommies simpan berkotak-kotak masa lepas pantang hari tu~ ahha!
Pagi minggu yang santai macam ni lah yang selalu ibu-ibu macam I dambakan. . Have a morning stroll with kids, tanpa memikirkan hal kerja dan orang lain. Berjalan ikut mana kaki nak pergi. . Serius heaven! 😍😍 . Pun I selesa berbaju inner tanpa lengan dari ADRINI's @adrinisofficial ni. Biarpun berpeluh mengejar anak-anak, I still selesa dan takde rasa hangat melekit. . Selain warna oren, yiu guys boleh pilih warna-warna lain juga. Boleh intai di https://adrinis.com/estore/home/22-96-inner-nursing-sleeveless-top-in-orange.html# . #mommylifestyle #mommyblogger #AnnurSyuhadahdotcom #MalaysianMommyBlogger #malaysianblogger #bloggerperak #bloggermy #afbdotmy #influencersperak #ootdadrinis
I paling suka style cardigan ni sebab nak bf baby senang selak dari tepi je. Dan senang nak pam juga sebab ada bukaan kiri dan kanan



Baju Inner Yang Dinamik, Gaya boleh dipelbagaikan

Yes. I kata ianya dinamik sebab selain boleh dipakai sebagai inner wear, ia juga sesuai dijadikan pyjama atau baju tidur. Potongannya yang polos dan tidak jarang, I rasa takde masalah kot kalau dipakai on its own jeTak menjolok mata pun aih!

Selain itu, inner Ardini ni boleh juga digayakan sebagai top outfit. Cun kot kalau digandingkan dengan jaket atau cardigan berlengan panjang. Match kan pula dengan seluar palazzo berjalur menegak, atau slim fit jeans. Jangoks ibu mung wehh!! hahahah tetibe keluar bahasa ganu.



Sesuai Digunakan Di Dalam Wad Posnatal

Bila kita bersalin di hospital, memang kita akan dibekalkan dengan baju maternity ward yang warna pink tu kan? Siapa yang biasa bersalin di hospital kerajaan, memang faham sangat dah saiz baju tu macam mana kan bhahaha. Kalau I, boleh muat seorang lagi yang bersaiz badan sama macam I dalam baju tu ahaks! Pastu jarak antara butang ke butang nya pun tudiaa, punyalah jauh!! Kadang gap antara butang tu orang boleh teropong terus ke dalam baju kita. aww! Nak pakai baju dari rumah, nurse pula tak bagi. So, pakai je nursing inner di dalam, selamat aurat kita.


So this is my point of view

I punya inner nursing sleeveless ni bersaiz XL dengan ukuran bahu 16", labuh baju 30", ukurlilit dada 42". Untuk I yang berbadan sederhana gempal, 72kg dan tinggi 165cm ini, memang baju ni elok terletak je. So I nak kata kat sini yang panduan saiz yang Adrini's letak di website www.adrinis.com ni boleh dipercayai lah. Cutting dia memang betul-betul ikut majoriti saiz badan wanita Malaysia. 



Shopping experience at adrinis.com

Pembelian dibuat melalui secured encrypted e-commerce web page di www.adrinis.comProses checkout amat simple. Pembeli boleh je nak membeli as a guest. Tak perlu register akaun dengan mereka. Andai kata you guys beli sehelai inner nursing, so you all kena bayar total RM 58.67 kesemuanya. Harga baju RM 49.00 sehelai, selebihnya adalah caj shipping sebanyak RM 9.67. Nak mudah, bayar saja melalui MOLpay.

Kaedah penghantaran yang digunakan pula adalah melalui khidmat PosLaju. So, tak risau. Kawasan pedalaman mana pun, insyaAllah abam posmen akan masuk. Tak seperti courier lain, yang delivery coverage nya terhad.



So, recommended atau tak?

Syu puas hati dengan kualiti nursing inner dari Adrini. InsyaAllah dalam masa terdekat, Syu akan dapatkan pula inner nursing sleeveless yang warna merah dan pink pula. Sebenarnya warna baby blue pun ada, cuma I tak berapa minat warna biru haha. So sebagai kesimpulan, Syu syorkan semua ibu dan bakal ibu untuk cuba sendiri how convenient this inner wear from Adrini's ini.


ADRINI'S – Modest, Comfort & Style
Facebook: @adrinis2u
Instagram: @adrinisofficial
nursing wear adrini, inner nursing, sleeveless nursing wear, t-shirt menyusu, adrinis, adrini's,, Adrini's Nursing Inner Sleeveless

24 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Bagus betul kalau dapat komited menyusu anak sehingga anak berumur 2 tahun. Nanti anak akan dekat dengan kita. Lagi pun boleh mengelakkan anak dari senang terkena penyakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki anak sebenarnya.

      Delete
  2. Wah tak pernah jumpa inner macam ni tengok jenis kain dia macam selesa je. Airah pun kena beli satu ni senang nak bf anak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Inovasi yang betul² membantu menyelesaikan dilema ibu menyusu anak secara ekslusif

      Delete
  3. Bagus sekarang rekaan pakaian sesuai untuk golongan ibu-ibu yang menyusukan anak dah juga yang dalam proses nak belajar sangat memudahkan bagus lah hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kutip ilmu banyak² maha. Nanti senang kan orang rumah hihj

      Delete
  4. Wahhh bagus betul inner nie yer. Fabrik pon selesa dan sangat praktikal. Mudahlah utk ibu2 di luar sana nk BF anak di mana2 dan menggayakan baju pelbagai fesyen. Kalau inner tu ada warna black lg better rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. I lun terfikir kenapa takde variasi warna hitam or warna skin.

      Delete
  5. Bagus ada rekaan sebegini yang memudahkan para ibu memberikan kasih sayang pada anak-anak yang memerlukan, especially time takde nursing room. Kekal bergaya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza rawlin. Gaya tak boleh kalah haha

      Delete
  6. Inner nursing memang sgt useful! I have 2 and been using them a lot too. Kalau pakai baju x nursing, kalau selak mmg jenuh la. Even pakai baju butang/zip pun, kalau x pakai inner rasa mcm terdedah sgt kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa finally ada juga geng yg hadapi masalah sama macam I. Sep sikit.

      Delete
  7. wahh, terbaiklah ada inner nursing ni memang memudahkan urusan menyusu bagi para ibu diluar sana, Ini boleh jadi item hadiah untuk diberikan dekat kawan nanti

    ReplyDelete
  8. Zaman sekarang ni dah pelbagai baju nursing dijual.. Bertuah ibu-ibu sekarang kan.. nak menyusukan baby dah ada baju yang sesuai dipakai.. tersorok dan terpelihara keselamatan ketika menyusu baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. paling penting aurat terpelihara

      Delete
  9. Wah sgt bagus lah ada ardini nursing ni.. Nak menyusu kat public pun boleh.. Takdelah susah sgt kalau nk menyusukan ek... Para ibu kena ada ardini nursing ni... Boleh suggestkan kat akk wawa nnti..

    ReplyDelete
  10. saya memang breastfeeding mom now dah 4 years, anak ke 3 dan ke 4 continue.. jujurnya tuk keluar, prefer pakai yg jenis boleh open je kat depan dari singkap baju dari bawah. but kita pun tak latih anak2 ni main suka hati demand nak susu badan bila keluar. its a good outfit tuk bf anak kat rumah with this clothes on, nak pakai berlapis baju sama all the time or under shirt baju tu means kita harus pakai as inner wear yang smaller size dari baju luar. 4 years menyusukan anak tanpa botol susu. OMG. yes, anak2 memang rapat dengan kita. melekap aje hehe

    ReplyDelete
  11. wah, menarik yer baju untuk BF mom ni, nak rekemen pada adik yang tengah dalam fasa susukan baby dia. huda dah habis dah fasa jaga baby2 ni, fokus jaga anak2 yang bersekolah jer. mudah beli online jer

    ReplyDelete
  12. oh ada pilihan warna jugak sebab warna oren tu terang haha. Nice lah invention ni, boleh guna kardigan kalau nak lebih selesa & nampak bergaya.

    ReplyDelete
  13. wow mcm2 idea zmn skg utk BF kn?! btw klu dia dress labuh mcm lagi nice kn xyah nk pkai seluar dh btw sy suka kaler oren hahaha so stylish! spe ckp ibu yg menyusukn ank xbole style?? kemon!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh..kat web adrini memang ada maxi dress juga.

      Delete
  14. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  15. Tak pernah jumpa lagi inner macam ni.. semua saiz ada ke?

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.