Kempen Produk Muslim Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

Kenyataan Media: Kempen Produk Muslim Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

Kempen Produk Muslim Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)


1. UMMAH bersyukur dan berterima kasih kerana kempen membeli produk Muslim telah mendapat sambutan yang begitu baik di kalangan rakyat terutamanya orang-orang Melayu Muslim.

2. Namun, UMMAH berasa kecewa dan terkilan dengan kenyataan beberapa pemimpin politik negara yang mengaitkan kempen ini kepada isu perkauman dan agama. Malah, ada yang mengaitkannya dengan parti-parti politik. UMMAH dengan ini menegaskan bahawa kempen ini tidak bermaksud memboikot produk dari pengusaha-pengusaha bangsa lain dan juga tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik sama ada dalam kerajaan mahupun pembangkang.

3. Kempen ini adalah usaha untuk membantu pengusaha-pengusaha umat Islam yang selama ini tidak ada keupayaan kewangan untuk membuat pemasaran. Mereka juga tidak diberi ruang oleh pasar-pasaraya besar untuk memasarkan produk-produk mereka. Ini menyebabkan tidak ramai pengusaha Melayu boleh kekal dalam perniagaan.

4. Dalam masa yang sama, kita sering terdengar bagaimana banyak produk yang dijual ini diragui kehalalannya. Ini menyebabkan orang Islam tidak selesa kerana menjejaskan ibadah mereka. Jadi, usaha ini adalah langkah untuk membantu orang Islam mendapatkan produk-produk yang sahih dari segi kebersihan dan kehalalannya. 

5. Ini juga usaha untuk melestarikan jurang ekonomi antara bumiputera agar mereka dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain. Jurang ekonomi yang terlalu besar akan menimbulkan masalah sosial. Kerajaan sepatutnya menyokong usaha ini, bukan memperlekehkannya. Agama Islam sendiri menuntut kita membantu sesama Muslim.

6. UMMAH menolak istilah/label 'rasis' yang digunakan oleh sesetengah pihak kerana ia adalah satu istilah yang digunakan bagi memenuhi kehendak politik mereka tanpa ada sebarang asas. Ertinya ia berniat jahat untuk mematikan untuk mematikan kempen ini dan semangat membantu sesama Muslim.

7. UMMAH dengan ini menyeru semua rakyat Muslim terutamanya untuk terus mengutamakan produk Muslim dan tidak perlu takut terhadap mana-mana pemimpin politik. Ini adalah sebahagian dari amal soleh.


Aminuddin Yahaya
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
Facebook 3 September 2019

No comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.