penawar sakit belakang-biobax

Tips Menjayakan Penyusuan Bayi Pramatang

2:06 PM
teknik penyusuan bayi pramatang prematur
Anak sulung AS dilahirkan pramatang pada minggu ke-32 kehamilan. Disebabkan berat badan yang rendah, bayi AS ditahan dalam Unit Rawatan Istimewa (Special Care Nursery) sehingga berumur 16 hari.

Penyusuan ibu adalah keperluan utama kepada bayi pramatang. Oleh itu ibu yang mempunyai bayi pramatang yang belum mampu menghisap susu secara terus dari payudara hendaklah mengepam sekurang-kurangnya 8 kali sehari semalam (dalam jarak 3 jam sekali) atau sebaik-baiknya 12 kali sehari semalam (dalam jarak 2 jam sekali).

Bayi pramatang yang ditempatkan dalam inkubator diberi susu melalui tiub, dan kuantiti susu yang diberikan adalah berdasarkan umur dan berat badannya. Pada hari pertama baby AS diberi 3ml susu sahaja, dan semakin bertambah selari dengan pertambahan berat badannya.AS telah mengambil supplement yang bersesuaian dan makanan penambah susu, kebanyakkannya adalah hadiah dari keluarga dan teman-teman yang prihatin. Terima kasih semua!

Penyusuan bayi pramatang adalah berbeza dengan bayi cukup bulan, bukan sahaja disebabkan mereka minum susu melalui tiub, bayi pramatang mempunyai tubuh yang sungguh rapuh di mana sistem imuniti belum terbina. Paru-paru dan usus mereka juga amat lembut, oleh itu kebanyakan bayi pramatang memerlukan alat bantuan pernafasan, kerana tanpanya membuatkan mereka berisiko untuk mengalami kerosakan paru-paru. Pemberian susu secara sedikit demi sedikit tetapi kerap adalah kerana usus mereka yang belum matang berkemungkinan boleh pecah dan berdarah sekiranya menerima susu yang berlebihan.

Oleh kerana sistem imuniti mereka amat lemah, maka bayi pramatang memerlukan susu ibu yang paling segar, paling elok jika yang baru diperah kerana antibodi yang terkandung 90% masih terpelihara dan belum membiakkan sebarang bakteria. Namun begitu tidak semua hospital membenarkan ibu bapa melawat bayinya 24 jam (mesti ikut waktu melawat yang biasa) 

Berikut adalah beberapa panduan bagi ibu bapa bayi pramatang:

-Hantarlah susu perahan setiap hari kepada bayi anda kerana susu untuk bayi pramatang tahan selama 24 jam sahaja.

-Jangan dibekukan susu perahan kerana susu yang dibekukan tidak sesuai dengan bayi pramatang.

-Cuba dapatkan bahagian yang lebih berlemak pada susu ibu (biasanya lapisan terapung di atas) untuk bayi anda.

-Simpan susu dalam bekas mengikut keperluannya, contohnya jika bayi minum 9ml, maka simpan 9ml je setiap bekas.

-Tandakan pukul berapa dan tarikh bila susu yang dihantar ke wad itu diperah, letakkan susu yang terlebih awal diperah di bahagian hadapan peti sejuk agar mudah jururawat untuk mengambilnya.

-Tukar susu lebihan di dalam peti sejuk wad dengan susu yang baru setiap kali anda melawat bayi/menghantar susu.

Selain itu, bayi pramatang memerlukan sentuhan, urutan dan kata-kata semangat terutama dari ibunya. Apabila bayi sudah keluar dari inkubator dan sekiranya keadaan mengizinkan, boleh buat kanggaro care untuk bayi pramatang anda. Sentuhan, urutan, belaian mesra akan membuat bayi anda lebih bersemangat dan menghilangkan rasa takutnya.

Penyusuan bayi pramatang memang agak mencabar berbanding bayi normal walaupun setelah pulang ke rumah, cabaran itu tetap ada. Pertama, AS sukar mendapatkan posisi dan pelekapan yang betul kerana faktor saiz. Dan yang kedua, hisapan bayi pramatang tidak segagah bayi normal kerana paru-paru bayi pramatang masih lemah, jadi masa penyusuan boleh menjangkau sampai 50minit - 1 jam! Bagi saya yang bersalin melalui kaedah ceasarean, saya menyusukan bayi dalam posisi berbaring dan menyiring, dimana ianya lebih selesa dan tidak menekan perut.

Alhamdulillah, kini my Naufal sudah hampir 2 tahun usianya (Januari nanti!). Melihatkan keletahnya membuatkan AS lupa bahawa dia pernah berada di dalam keadaan yang mana 50-50 peluang untuk hidup kerana keadaan fizikalnya.

Menyusukan bayi pramatang sememangnya memerlukan sokongan berterusan dari ahli keluarga dan rakan-rakan, kerana dari pengalaman, AS sendiri pun mengalami beberapa siri depression, rasa down dan putus asa. AS harap perkongsian ini dapat memberi ketenangan pada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi pramatang.

Entri berkaitan: Panduan menyusukan bayi kembar.

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.