penawar sakit belakang-biobax

Resipi Chocolate Oat Cookies Kurang Manis yang Paling Sedap

Resipi Chocolate Oat Cookies yang Paling Sedap | Tak pernah tak sedap resipi kau ni Annur! hahaha. Tajuk memang tak boleh blah! Tapi serius weh, aku punya resipi kat blog ni bukan main tangkap muat hokey. Semua yang aku sajikan kat blog ni semua resipi yang aku dah cuba dan olah sendiri ikut selera tekak aku dan anak-anak. Kalau setakat resipi copy paste, memang belambak je. Kau petik je kat google,  macam-macam resipi keluar. Resipi chocolate oat cookies ni dah banyak kali aku buat. Try and error tau! Itu yang mahal sebenarnya! P.E.N.G.A.L.A.M.A.N

Resipi-Chocolate-Oat-Cookies-Kurang-Manis-yang-Paling-Sedap

Biskut Oat dengan cip coklat dan inti bercoklat


Bahan-bahan

250g pure butter (ini lah rencah rahsia yang menentukan cookies tu sedap or tak)
150g gula perang (kalau guna oat 3in1, kurangkan sukatan gula sebab oat dah manis)
2 biji telur gred B
1½  sudu teh serbuk vanila
350g tepung gandum (diayak)
1½  sudu besar tepung jagung
1 sudu teh baking soda
1 dash garam (bersamaan 1/4 sudu teh)
 ½ cawan oatmeal (aku pakai 4 paket Quaker Oat 3in1 Vanila flavour) 

Resipi-Chocolate-Oat-Cookies-Kurang-Manis-yang-Paling-Sedap
Resipi ni memang hasilnya sedap, bukan gua propa ok? hahaha. Tapi guna Golden Churn pure butter la tapi! So jangan tanya kalau cookies korang tak sedap mana pun, kalau korang tak guna butter yang tepat.


Kacang-kekacang dan cip coklat
Ikut selera masing-masing. Tapi aku letak:
1. Almond nibs (almond cincang)
2. Slivered almond (almong yang dicincang panjang-panjang)
3. Coklat cips
4. Coklat putih
5. Dairy chocolate bar untuk inti (Tak kisah Cadbury ke Van Houten)


Cara-cara:

1. Pukul mentega yang dah dicairkan bersama gula perang.
2. Masukkan garam dan vanila powder ke dalam telur. Pukul sedikit.
3. Kemudian tuang telur ke dalam mentega tadi dan sambung pukul hingga sebati.
4. Ayakkan tepung gandum bersama, baking soda, dan tepung jagung ke dalam adunan tadi.
4. Mulalah menguli tepung hingga jadi macam crumbles.
5. Masukkan kekacang, oat dan chocolate chip bagai.
6. Sambung menguli sehingga membentuk menjadi doh.
7. Jemput doh dan bulat-bulatkan dengan tapak tangan, kemudian leperkan.
8. Ambil secebis coklat bar, dan masukkan dalam doh, dan bulatkan semula.
9. Kalau nak senang, korang potong siap-siap coklat bar tu ke saiz sebesar kismis gitu.
10. Kaedahnya sama macam korang nak buat onde-onde/kuih buah melaka.
11. Susun dalam loyang dalam keadaan bulat-bulat gitu je. Takyah nak tekan atau dileperkan.
Barulah hasilnya jadi tembam macam lam gambar aku tu hahaaha

Senang je kan. Kalau nak senang lagi, korang beli je tepung premix untuk buat cookie. Macam dalam gambar kat atas tu. Resipi yang aku bagi ni, resipi manual, yang pakai tepung gandum biasa yang ada dalam dapur mak korang tu je, Memang tak salah pun kalau korang nak pilih alternatif yang lebih simple. Tepung cookies premix Nona tu kat kedai runcit biasa pun ada kot. Tak susah pun nak mencarinya.


Selamat berkukis lah korang ye. Kalau tak sedap, jangan kecam gua pulak ye. hahahaha.. Siang-siang lagi gua dah bagi tips and rahsia nak hasilkan cookies yg sedap. Kalau korang tak ikut, pastu kukis korang tak sesedap Famous Amos, bukan salah gua hokey.

2 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Sedapnya siap Ada into lagi tu

    ReplyDelete
  2. sedapnya tapi mya tak minat oat laa..

    http://www.myarosli.com/2017/07/blog-berbaju-baru.html

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.