penawar sakit belakang-biobax

Resepi Pancake paling mudah yang sure sedap

Resepi Pancake paling mudah yang sure sedap! | Sungguh ke sedap? Ke propa je lebih Annur ni? hahaha. Sedap la wey! Pancake superz gebu plus sedap ni memang favorite abam Naufal dan Dik Nufael tak kira breakfast ke, minum petang ke, bahkan lewat malam pun diorang ni pernah request nak makan pancake ni tau. Ibu memang takde masalah pun, anytime diorang mintak ibu boleh je buat. Sebab bahan-bahannya senang-senang je. Semua bahan yang ada di dapur je. Pulak tu, nak membuatnya pun mudah bebenor! Tak nipu sikit pun!

resepi-pancake-paling-mudah-yang-sure-sedap
Pancake mudah! Makan begitu sahaja pun sedap!

Resipi pancake ni Annur olah sendiri hokey? Semuanya bermula masa Annur duk di rumah sewa dulu. Nak cari duit lebih punya pasal, Annur niaga aiskrim malaysia dengan dorayaki coklat buat jual kat budak-budak kat taman perumahan tu. Penanda aras sedap ke tak sedap tu, boleh diukur dari betapa laku kerass nya dorayaki Annur masa tu. hahaha. Simple logic lah kan?. Kalau tak sedap, takde la pulak orang tak putus-putus membeli dan repeat..kan..kan..kan. (punya nak mengelak statement angkat bakul lah kunun bhahaha)


Resipi Pancake mudah dan sedap


Bahan-bahan

        1 cawan tepung gandum
        2 biji telur ayan gred C / sebiji gred AA
        4 sudu besar susu pekat manis
        1/4 cawan susu sejat
        1 sudu besar mayonis (regular)
        4 sudu besar minyak masak
        1/4 sudu teh serbuk vanila
        2 sudu teh baking powder (pakai double action lagi bagus)
        1 sudu teh soda bikarbonat
        secubit garam

Cara-cara

      1. Blender je semua bahan dalam pengisar sampai sebati.
      2. Biarkan adunan berehat dalam 10 - 15 minit ( untuk menghasilkan pancake yang ringan)
      3. Kemudian boleh dah dimasak atas non-stick pan, tak perlu minyak.
      4. Gunakan api yang kecil untuk mendapatkan warna pancake yang sekata. 
      5. Bila pancake korang dah nampak berlubang-lubang (dalam 3-4 lubang dah cukup)
          so boleh la di balikkan.
resepi-pancake-paling-mudah-yang-sure-sedap

      6. Dah diterbalikkan tu, tak perlu tunggu lama sangat. Biar dia masak manja-manja gitu je.
      7. So gitu je lah seterusnya. korang gorenglah semuanya sampai adunan habis.

Selamat mencuba korang!

resepi-pancake-paling-mudah-yang-sure-sedap
Kalau macam ni punya kejadian, korang masak hari ni, esok baru nak makan pun sedap lagi wey!

TIPS: Kalau dapur korang jenis yang berapi besar (maksudnya api paling minimum pun masih lagi besar) korang cuba lapik bawah kuali tu dengan tudung periuk. Guna la tudung periuk lama-lama, jangan guna yang elok pulak key. Mau mengamuk mak korang nanti hahaha.
     

2 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Wah boleh cuba nanti. Selalu ana guna yg instant pancake je. Hehe

    ReplyDelete
  2. mya pernah cuba buat pancake, tapi tak jadi. ;(
    mya bookmark dulu resipi ini ya..

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.