Kenapa ubat batuk dan selsema tak boleh diberikan kepada kanak-kanak bawah 2 tahun?

Kenapa ubat batuk dan selsema tak boleh diberikan kepada kanak-kanak bawah 2 tahun? | Betul ke tak boleh? Tapi kenapa kadang-kadang bila ke klinik, doktor ada je memberikan ubat batuk dan selsema kepada anak kecil kita? Orait! Sebenarnya maksud "tak boleh" disini menerangkan bahawa produk ‘cough and cold’ over-the-counter (OTC: ubat yang boleh didispens tanpa preskripsi) adalah tidak boleh digunakan untuk merawat kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun. Biarpun ubat batuk dan selsema merupakan ubat bawah kategori C, yang boleh dibeli tanpa arahan doktor, namun bagi kes kanak-kanak, peraturannya adalah berbeza!
kenapa-ubat-batuk-dan-selsema-tak-boleh-diberikan-pada-kanak-kanak-bawah-dua-tahun
Laporan USFDA menyebut bahawa penggunaan produk ‘cough and cold’ adalah tidak berkesan untuk rawatan kanak-kanak yang berusia 6 tahun dan ke bawah.



Sejak tahun 2008 pihak U.S Food and Drug Administration (USFDA) telah mengeluarkan amaran berkenaan penggunaan ubat ‘cough and cold’ pada kanak-kanak. Pihak USFDA telah memberi amaran terhadap penggunaan produk ‘cough and cold’ adalah tidak dibenarkan bagi merawat kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun. Jika ia diberikan kepada kanak-kanak, kemungkinan berlakunya adverse reaction yang serius adalah tinggi dan berisiko hingga menyebabkan kematian.
Laporan USFDA juga menyebut bahawa penggunaan produk ‘cough and cold’ adalah tidak berkesan untuk rawatan kanak-kanak yang berusia 6 tahun dan ke bawah. Walaubagaimanapun pihak USFDA masih lagi menjalankan pemantauan yang berterusan bagi memastikan tahap keselamatan pengunaan persediaan tersebut dikalangan kanak-kanak.



Ibu-ibu tahu tak, keberkesanan ubat cough and cold OTC cuma dikaji dalam kalangan orang dewasa dan bukannya kanak-kanak?

Setakat ni takde sebarang bukti yang menunjukkan kanak-kanak mendapat kesan yang sama seperti orang dewasa. Hanya ada bukti lemah yang menunjukkan produk cough and cold OTC membantu orang dewasa. Tak ada sama ada ramuan di dapur rumah mahupun produk cough and cold OTC yang boleh mempercepatkan pemulihan anak ibu-ibu semua. Selsema biasanya berlarut sampai tujuh hingga 10 hari. Walaupun beberapa ubat OTC melegakan simptom, keberkesanannya masih dipertikai.

Ilmu farmaseutikal untuk ibu bapa
AS rasa perlunya pendedahan serba sedikit ilmu farmaseutikal terhadap ibu bapa. Sekurang-kurangnya ilmu yang melibatkan ubat-ubatan yang common di kalangan kanak-kanak. Maklumat tambahan berkenaan fungsi ubat cough and cold yang boleh dibeli secara OTC ini tadi perlu di sampaikan kepada masyarakat terutama golongan ibubapa baru, sebab ramai yang tak faham, sebenarnya ubat ni cuma mengawal dan mengurangkan simptom batuk dan selsema sahaja. Ia sikit pun tak tolong dalam menyembuhkan batuk dan selsema tu okey? 


Saya selalu menganggap bahawa selsema dan batuk adalah bukan penyakit tetapi salah satu daripada mekanisma pertahanan diri (imuniti tubuh) untuk mencegah jangkitan kuman. Apabila bendasing telah memasuki rongga hidung dan tekak, kita selalunya ada reflek untuk cuba mengeluarkan bendasing itu dengan tindakan reflek batuk dan bersin. Maka jika ianya bukannya penyakit, maka tidak perlulah diberikan ubat. -Dr. Zubaidi Hj Ahmad


Eh doktor cakap macam tu, so wajar ke ibu biarkan saje batuk dan selsema tu pulih sendiri?
Kalau ibu ada anak yang masih dalam pantang (bawah 3 bulan), terus bawa jumpa doktor seawal tanda pertama selsema itu muncul. Dan bagi kanak-kanak yang lebih besar, ada beberapa petanda yang menunjukkan badan kanak-kanak itu lemah dan perlukan sokongan ubat. Antaranya adalah:

      i. batuk dan selesema tak nampak berkurangan dan berlarutan melebihi lima hari
      ii. suhu badan anak melebihi 39°C;
      iii. anak mengadu sakit telinga, susah bernafas, dan bernunyi wheezing semasa bernafas.
      iv. keluar mukus hijau yang pekat dari hidung dan pabila batuk

Bila ibu nampak dua daripada semua tanda di atas, ibu kena cepat bawa anak berjumpa doktor. Takut-takut, kalau ibu berlengah sikit masa je lagi, by time paru-paru anak ibu tu dah pun dijangkiti kuman atau pneumonia.




Doktor memberikan ubat selsema dan batuk kepada anak saya? Apa perlu buat?
Ibu boleh je memberikan ubat-ubat tersebut kepada anak ibu, takde masalah. Cuma ikut je aturan cara pengambilan yang dah ditetapkan doktor. InsyaAllah, dosnya selamat dan paling minima dah tu. Ok kat sini AS nak senaraikan beberapa tips yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa sebagai panduan untuk menguruskan batuk dan selsema kanak-kanak berserta dengan ubat-ubatannya sekali. Jom kita tengok satu-persatu:

   1. Jangan bagi anak-anak ambil ubat batuk dan selsema orang dewasa. Sediaan orang dewasa adalah tak sesuai bagi kanak-kanak.

   2. Tanya habis-habis pada ahli farmasi yang bertugas. Kalau ibu ada pertanyaan dan masalah mengenai penggunaan ubat batuk dan selsema yang diberikan tu, jangan simpan je dalam hati. Peliisss, tanya! Kami sedia membantu.

   3. Jauhi produk ubat batuk dan selsema ini dari kanak-kanak, dan pilih ubat dengan penutup keselamatan (child-proof cap)

   4. Biasakan diri untuk check label ubat terlebih dulu sebelum ibu nak bagi pada anak. Kami anggotaa kesihatan juga manusia. Jadi kesilapan dan kecuaian juga mungkin boleh berlaku.

   5. Amalkan tabiat "ingin tahu" walaupun pada adatnya ibu bukanlah "ahli" dalam alkisah ubat-ubatan ni. Setiapkali dapat ubat, pastikan ibu tahu nama bahan aktif yang terdapat dalam produk tersebut. Ada sesetengah klinik swasta, mereka tak menulis nama bahan aktif pada botol ubat, maka di situlah ibu kena buka mulut dan bertanya apakah nama ubat tersebut.

Nota: "Ubat demam, Ubat batuk kahak, ubat selsema" Ketiga-tiganya bukanlah nama ubat. Nama ubat bermaksud, nama kimia ubat tersebut atau dipanggil active ingredient.

   6. Baca maklumat ubat pada leaflet. Dalam leaflet ni ada mencatatkan simptom – simptom yang dapat dikawal oleh ubat tersebut. Produk ubat cough and cold biasanya mempunyai lebih dari satu bahan aktif contohnya decongestant, cough suppressant, expectorant, atau anelgesic.

   7. Berhati–hati jika bagi anak ibu lebih dari sejenis produk cough and cold. Pastikan produk tersebut tak mengandungi bahan aktif yang sama sebab keadaan macam tu boleh menyebabkan anak korang overdose (menerima dos ubat yang berlebihan).

  8. Pastikan ibu membaca dengan teliti arahan penggunaan ubat seperti yang terdapat pada maklumat ubat (drug facts) dalam leaflet. Maklumat ini akan memberitahu ibu tentang dos dan kekerapan pengambilan ubat tersebut. Penggunaan berlebihan atau penyalahgunaan produk ubat cough and cold ini boleh menyebabkan kesan buruk seperti masalah pernafasan, denyutan jantung menjadi cepat dan sawan.

 9. Sentiasa gunakan cawan penyukat yang disedikan bersama ubat tersebut. Elakkan dari menggunakan sudu dapur sebab sudu kegunaan dapur ni sukatannya berbeza-beza. Sebolehnya dapatkan picagari untuk memberikan ubat pada anak-anak.

  10. Ibu perlu faham bahawa penggunaan produk ubat cough and cold OTC hanya bertujuan untuk mengawal simptom macam hidung tersumbat, demam dan kesakitan tetapi tak menyembuhkan penyakit tersebut. Persediaan ni bukan merawat punca kepada simptom batuk dan selsema dan ia juga tidak mempercepatkan proses penyembuhan.

  11. Demam, batuk dan selsema adalah normal bagi kanak–kanak di sepanjang proses tumbesaran mereka. Walaubagaimanapun, kanak-kanak lazimnya akan pulih dengan sendiri.

  12. Demam, batuk dan selsema yang biasanya disebabkan oleh jangkitan virus boleh diuruskan dengan rehat yang sempurna, dan pengambilan air yang cukup.

  13. Batuk dan selsema juga kadang kala boleh menjadi petanda kepada penyakit–penyakit lain, makanya ibu-ibu kena jumpa doktor kalau tahap kesihatan mereka nampak makin menurun dan anak-anak nampak tak aktif dan lemah.


Rujukan : Portal myHealth KKM

9 comments:

  1. Hari tu baru berbahas pasal ubat batuk untuk budak bawah 2 tahun dengan siblings hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu farah..sebab tak ramai orang yg nak cakna bab2 macamni. Semua amik ringan je

      Delete
  2. Perkongsian yang menarik...

    Ingat lagi waktu usia anak saya bawah 1 tahun...doktor pun tak berikan apa2 ubat...katanya tiada ubat untuk bayi bawah 12 bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..sebab tu mommy daddy tak digalakkan bawak baby bawah 12 bulan keluar ke tempat ramai org

      Delete
  3. umur 2 tahun ke bawah dah le fragile.. kena doa byk2 anak tak sakit la kan. dengan bagi makanan yg kutkan antibody diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2..perthanan badan diorang memang lemah lagi

      Delete
  4. hi annur..
    kak lina singgah sini

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.