7 Rahsia agar ruang tamu sempit kelihatan luas

June 05, 2017
Apakah rahsia ruang tamu sempit kelihatan luas dan lapang? Ada ke magis yang boleh dilakukan bagi mencapai matlamat tersebut? Usah khuatir, dalam artikel kali ni AS akan kongsikan tips dan trik bagaimana ruang tamu yang sempit boleh kelihatan lebih luas dan nyaman. Jom! Kita bongkar apa rahsianya ruang tamu sempit boleh nampak luas, sekurang-kurangnya ruang tamu kita cantik dan kemas sebelum raya ni.



1. Pilih warna yang cerah untuk dinding dan juga lantai

Warna gelap memang menjadikan sesebuah ruangan tu nampak lebih classy dan elegen. Tapi penggunaan warna gelap akan menyebabkan ruang tamu korang jadi sempit. Jadi pilihlah cat dinding yang berwarna cerah. Korang juga boleh menggabungkan beberapa warna pastel sebagai warna dinding korang.


2. Jarakkan perabot dari dinding

Perbuatan menolak perabot dan sofa korang rapat ke dinding hanya akan menghasilkan efek "sempit". Cukup menjarakkan perabot korang beberapa cm dari dinding bagi mencipta ilusi mata agar ruangan itu kelihatan luas.


3. Menggunakan saiz perabot yang sesuai

Dalam ruang tamu yang sempit, menggunakan hanya sebuah sofa yang besar adalah lebih baik berbanding menggunakan beberapa buah sofa kecil-kecil di segenap ruang. Bila korang berhajat membeli sofa baru, sila pertimbangkan untuk membeli hanya sebuah sofa yang besar dan gah yang bila mana ia diletakkan di ruang tamu sudah cukup nampak menarik.
7 Rahsia agar ruang tamu sempit kelihatan luas


4. Memilih alatan elektrik yang berteknologi nano

rahsia-agar-ruang-tamu-sempit-kelihatan-luas

Antara contoh revolusi teknologi nano adalah peti televisyen. Boleh dikatakan majoriti dari kita yang memiliki tv, semuanya dah di upgrade kepada flat screen. AS pun tak ketinggalan jugak upgrade tv bilik tidur kepada flat screen. Biarlah kecil pun, asalkan nipis. Dapat jimat ruang.


5. Pilih sofa yang berkaki

rahsia-agar-ruang-tamu-sempit-kelihatan-luas

Perabot berkaki banyak boleh didapati di bilik pameran Ikea. Sebab apa? Sebab konsep Ikea adalah untuk mengoptimumkan ruang. Jadi AS kaitkan dengan trik penataan ruang tamu agar nampak luas. Sebab sofa yang berkaki akan menampakkan fizikal lantai yang luas sekaligu menjadikan ruang tamu nampak besar. Lagi bagus kalau korang boleh dapatkan sofa pelbagai fungsi supaya ruang lebih banyak dapat dijimatkan.



6. Hiasan dinding berbentuk cermin yang lebar

rahsia-agar-ruang-tamu-sempit-kelihatan-luas
Sumber : apartmenttherapy.com
Dengan memantulkan cahaya, cermin hiasan dapat membantu mencipta ilusi optik yang membuatkan ruang tamu kita terasa seolah-olah luas dan lapang. Paling berkesan, cermin hiasan tu korang letakkan bersebelahan atau berhadapan dengan jendela. So cermin tuu akan memantulkan imej tingkap jendela korang dan secara tak langsung menghasilkan pencahayaan dan efek luas pada ruang tamu korang. 


7. Gunakan hamparan lantai bercorak geometri atau jalur

rahsia-agar-ruang-tamu-sempit-kelihatan-luas
Sumber : dsjsport.com
Dengan menggunakan karpet patern berjalur, mata kita akan tertipu dengan corak karpet tersebut lalu membuatkan otak kita berfikir yang ruang tamu itu lebih panjang dari saiz sebenarnya. So jika nak membeli rug atau karpet, sila pastikan patern nya tidak akan membuatkan ruang tamu korang kelihatan semakin sesak dan padat okey?

Kebanyakan kita ibu-ibu ni semua minat bab deko-deko ni kan? Tapi ramai yang minat tapi takde apa-apa tindakan dek kerana kekangan dari segi kewangan dan pilihan yang terhad. Memanglah. Kita di Malaysia, nak cari karpet design kontemporari macam corak jalur-jalur kat atas ni contohnya, adohai setengah mati! Yang banyak, corak tipikal kat kedai karpet adalah bunga-bunga dan kerawang je. Fuh! Tradisional sangat.

Korang! Sekarang kan zaman teknologi. Nak cari barang rumah pun sekarang orang pakai klik-klik je. Cuba korang tengok ni. Karpet corak geometri, ada je kat Lazada ha!

Kenapa murah sangat?! Ha tu kan ada less 53% tu, maunya tak murah? Eh korang tak tahu ke Lazada tengah buat sale gila-gila sampai 90% diskaun sekarang ni sempena Marhaban Ya Ramadan dan Riang Ria Raya sale wey! 

Macam mana korang boleh tak tahu? Dah lama kot sale ni berlangsung. Sejak 19 Mei lagi dah dia start. Jangan nanges wey! Sempat lagi korang nak shopping sekarang ni sebab jualan hebat Riang Ria Raya kat Lazada ni tamat 30 Jun nanti. Jom ambil peluang deko rumah korang sementara barang-barang Lazada tengah murah ni.


Ok. Kalau korang gusar nak mencari perabot macam point nombor 5 tadi, meh AS nak bagi recommendation kat korang.
Gerek kan sofa ni! Sofa ni bukan sahaja berkaki, malah ada dwi-fungsi pulak tu. Siang-siang jadi sofa, malam karang boleh jadi katil. Sempoi kan? Ada less 43% kalau grab sekarang. Memang bertepatan sungguh dengan tips untuk ruang tamu nampak luas yang aku senaraikan kat atas.

Last sekali, sebelum korang komen kat bawah tanya "Annur beli mana tv flat screen kecil tu,  comel lah" hahaha. Meh aku bagitahu siap-siap. Sekarang tv flatscreen 32 inci boleh dapat pada harga tak sampai RM700 pun. Tak caya tengok sini.

Biasanya tv saiz 32 inci macam ni paling cikai pun harganya RM900+ gitu. Sekarang korang boleh jimat lebih kurang 300 hengget tohh untuk seketul tv flat. Tunggu apa lagi. Jom transform ruang tamu korang yang sempit tu mengikut tips-tips yang AS bagi supaya nampak moden dan luas! Korang boleh search perkasasan ruang tamu kegemaran korang kat sini : Riang Ria Raya MY Ramadan Home



4 comments:

  1. Terima kasih tipsnya. Good info. 😃😃 Shad singgah petang. Selamat berbuka.

    Shad
    http://akuvsdiashadhira.blogspot.my/2017/06/raya-giveaway-festival-with-althea.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai shad. Tenkiu.
      Selamat berbuka juga kpd shad

      Delete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.