Cara Mudah Buat Air Katira Original Johor Mari!

June 05, 2017
Cara Mudah Buat Air Katira Original Johor Mari! | Korang! Korang yang mana tak pernah minum atau takmau nak cuba minum air katira sebab nampak pelik tuu, korang kena buat sendiri dan cuba rasa dulu. Kadang air balang yang dibeli dari bazaar ramadan tak mewakili kesedapan air katira original tau. Biasalah orang berniaga yang jenis nak untung banyak, maka banyak jugak lah bahan-bahan yang di catu dan dikurangkan nya. Tapi bukan semua, masih ada juga segelintir yang ikhlas berniaga nak bagi orang makan sedap.

resipi-cara-mudah-buat-air-katira-original
Air Katira buat habuan berbuka puasa hari ke-10 Ramadan

Air katira sangat special sebab ia diadun dari herba semulajadi yang membantu menyejukkan badan serta boleh mengembalikan kesegaran. Adapun "hunger buster" drinks merupakan nama kedua bagi air katira. Khasiat susu badam, kurma dan susu yang memang dah diketahui kaya dengan zat protein, potassium dan juga kalori ini adalah sangat diperlukan oleh sel-sel badan! Seseorang yang dah drained, tahap kebuluran pun boleh kembali cergas bertenaga dengan meminum minuman buah-buahan campuran katira ni, korang tahu?.

Cara Mudah Buat Air Katira Original Johor


Bahan-bahan:

     1 tin susu cair
     2 cawan gula pasir
     3 keping getah anggur kering / katira* (direndam semalaman) 
     12 biji badam (direndam dan dibuang kulit)     
     3 ketul buah kembang semangkuk (direndam semalaman)
     1 genggam biji selasih (direndam semalaman)
     2 cawan cendol 
     1/2 cawan cincau 
     7 biji kurma Ajwa (bertangkai)
     Kismis
     Kacang tanah goreng 
     Secubit garam


Langkah-langkah penyediaan Air Katira:


A: Sirap pandan
 
     1, Sebelum membancuh air katira, korang hendaklah menyediakan sirap terlebih dahulu.
     2. Mula-mula, rebus 3 cawan air hingga mendidih.
     3, Masukkan 2 cawan gula pasir bersama daun pandan yang telah dikisar. Kacau hingga larut. 
     4. Kemudian, padamkan api. Tuang dan tapiskan air gula hijau ke dalam balang air besar.
     5. Simpan dan ketepikan dahulu.
    

B: Susu badam

     1. Badam yang telah terasing dari kulit dikisar hingga halus bersama secawan air.
     2. Masak badam yang telah dikisar tadi bersama 2 cawan air hingga mendidih.
     3. Setelah mendidih untuk beberapa minit, bolehlah padamkan api.
     4. Tapis dan tuangkan susu badam ke dalam balang air yang berisi air gula hijau tadi.


C: Membancuh air katira

     1. Carik-carikkan kurma dari biji dan masukkan ke dalam balang air tadi
     2. Boleh juga jika kurma tadi dibuang biji dan dihiris nipis. Terpulang.
     3. Masukkan pula katira, biji selasih dan buah kembang semangkuk yang telah kembang
     4. Tuang susu sejat, cendol dan secubit garam. Kacau hingga sekata semua bahan-bahan.
     5. Hidangkan air katira samaada dalam gelas besar atau mangkuk pencuci mulut.
     6. Tabur kacang goreng, kismis dan cincau sebagai toppings.
     7. Sedia dinikmati sebagai "energy booster" waktu berbuka setelah seharian berpuasa!

Selamat mencuba! 


Nota kaki:

Dikatakan sejarah tentang asal usul air katira ni adalah berasal dari Singapura. Entahlah. Johor dan Singapura pun berjiran je kan, so ada kemungkinan jugak kan air kathira ni tersebar sampai ke Johor..

Tapi ada juga yang menyangkal dan berkeras mengatakan yang air katira sebenarnya sudah lama diamalkan dan menjadi minuman tradisi masyarakat muslim di India Selatan. Hmm..who knows.

Tak kisah lah dari mana ia datang, yang penting tokak den suko bonar dengan raso ea. Raso nak minoom hari-hari lah! bhahaha katira mai dari johor weyy bukan nogori haha


*Katira dan kembang semangkuk boleh didapati dari kedai senseh / kedai ubat tradisional Cina.

1 comment:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.