Resipi daging Masak Hitam serius sedap!

June 28, 2017
RESIPI DAGING MASAK HITAM | Resepi daging masak hitam ni sebenarnya dah lapanblas kali Annur google dan cuba buat. Tapi semuanya tak.kena dengan tekak Annur dan tak sama rasa nya macam arwah Opah Annur buat. Tapi resepi masak hitam yang ni lain. Annur petik dari facebook NAS FOODS. Serius sedap weyy! Aku dah cuba sendiri hokey!! Memang tak nipu resepinya, kalau ikut sebijik-sebijik sukatan dia, memang sesedap rasa, dan seimbang semua rasa manis pedas masamnya ala-ala gulai masak hitam orang dulu-dulu kau!

resipi-daging-masak-hitam-serius-sedap
Tengok warna dia uuiii! Hitam pekat memikat! Kalau ada lemang nih, uihh~


Resipi daging Masak Hitam

:: Quoted text dari facebook page NAS Foods Begin::


Akhirnya. Untuk julung kalinya kak NAS mendedahkan resipi asli turun temurun nenek moyang, daging masak hitam yang serius sedap!

Moga dengan perkongsian ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para isteri dalam menyajikan masakan terbaik dan lazat kepada keluarga. Atau mungkin para peniaga nasi berlauk, dapat menambah menu masak hitam sebagai lauk pilihan.
Bagi peniaga premis makanan yang memang sudah ada menyajikan daging masak hitam, maka korang boleh mencuba resipi kak NAS, insyaAllah dapat menaik taraf lagi rasa masakan yang sebelum ini biasa-biasa aja.

kakNAS halalkan. Moga resipi ini dipanjangkan lagi bagi yang berhajat.

Bahan Utama :500grm Daging (potong kecil2 agar lebih mesra)

Bahan tumis- Rempah 4 sekawan
        (Cengkih,
        bunga lawang,
        buah pelaga,
        kayu manis plus 10 biji lada hitam hancur)

Bahan A (dikisar bersama)
- 2 Labu Bawang Besar
- 5 ulas Bawang Kecil
- 3ulas Bawang Putih
- 1 biji buah Keras
- seruas ibu jari halia
- seruas ibu jari lengkuas
- 3 btg serai
- 2sudu jintan putih
- 2sudu jintan manis
- 3 sudu biji ketumbar
- 9 sudu cili kering yg dah dikisar (cili boh)

Bahan B- Kicap secukupnya (nak sedap guna kicap Mudim Manis)
- 4 sudu kerisik
- Garam n gula
- Air asam jawa

Cara menyediakan

*Tumiskan tempah 4 sekawan dengan 2 senduk minyak.
Kemudian tambah Bahan A. Tumis sehingga naik bau dan garing. Setelah semua bahan tumis sebati dan naik bau harum masukkan daging.

Kecilkan api, dan reneh sehingga daging mengeluarkan air dan empuk.
Tutup kuali. Jika tak cukup empuk boleh tambah air.

* setelah daging benar-benar lembut dan sebati tambahkan bahan B masak sehingga seimbang rasa pedas, manis, masin, masam
Biarkan seketika sehingga kering.

Sedia dihidang!
Sedap dimakan bersama nasi impit atau nasi tomato. Nasi briyani pon best!


                             Selamat Mencuba!


:: Quoted text dari facebook page NAS Foods ends::

So korang tunggu apa lagi, masih dalam mood raya kan? Rendang daging dan ayam dah mula rasa muak dan bosan dah kan? Jom try masak daging masak hitam pulak. Tengok macam mana selera korang dibangkitkan dengan keenakan aroma masak hitam..huii~ 

Kalau rasa macam renyah gila je nak membuat masak hitam ni, sebab banyak nau bahan-bahan nak kena letak, apa kata korang beli je paste lengkap masak hitam dari kak NAS. Orang kata, masakan "klasik" macam masak hitam ni, memang agak susah nak mencapai "bench mark" sedap tu sendiri. Sebab cara-cara pembuatan orang dulu-dulu dah banyak dimodenkan. Orang dulu masak pakai dapur kayu api. Kita sekarang masak pakai api dari gas memasak. 

Kepanasan api dari kayu, tak sama dengan api biru dari gas memasak. Kat situ pun dah berbeza. So kalau korang beli dan masak pakai paste masak hitam kak NAS ni, insyaAllah rasa nya dapat hampir-hampir macam orang dulu-dulu punya masak hitam. Sebab paste kak NAS ni diadun dengan semua rempah yang lengkap, berserta kerisik siap! Dan disedikana dengan menggunakan kaedah lama, iaiu di masak dengan kawah dan kayu api.

Korang tengok je kat facebook akak ni. Ada ditunjukkan cara macam mana nak order.

facebook : NAS Foods
instagram : Masak_HItam_Sedap

4 comments:

  1. Nampak sedap tu haaa

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. mama mmg suka sambal hitam ni. Bolehlah try nanti

    ReplyDelete
  3. febret ni.. raya mesti buat.

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.