Resepi cheezy risoles | Sedap dan lembut

Resepi risoles berkeju sedap dan lembut | Risoles ni sebenarnya berasal dari Indonesia. Tapi kalau kat Terengganu, ada juga kuih seakan-akan risoles ni. Kami panggil dia, kuih lipat. Cuma bezanya kuih lipat ni tak dicelup dengan breadcrumbs macam risoles tu. Intinya pulak, inti ikan, manakala risoles inti dia biasanya daging atau ayam. Jom tengok cemana caranya nak membuat cheezy risoles yang rangup di luar dan nyaman di dalam.

resepi risoles lembut
resepi risoles resepi risolesresepi risoles resepi risoles sedapCheezy risoles yang rangup di luar dan nyaman di dalam

Resepi risoles ber-cheese resipi risoles sedap Inti

resepi risoles lembut Bahan-bahan :
400 gm daging cincang
3 biji kentang manis dipotong dadu
1 biji bawang besar juga dipotong dadu
1 batang lobak merah dipotong dadu
1 cekak daun sup dan daun bawang diracit halus
5 ulas bawang putih dititik
2 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar serbuk lada sulah
3 biji cili padi dihiris
2 sudu besar tepung jagung (di bancuh)
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak untuk menumis

resepi risoles lembut Cara-cara:
1. Panaskan setengah cawan minyak dalam kuali
2. Tumiskan bawang putih hingga harum
3. Terus masukkan bawang besar dan kacau hingga naik bau
4. Masukkan pula daging cincang. Gaulkan hingga daging empuk
5. Bila daging dah empuk, masukkan kentang dan lobak merah.
6. Masak hingga lobak dan kentang empuk. Nak senang guna mixed vege frozen je.
7. Kalau nampak terlalu kering, boleh tambahkan air sikit
8. Masukkan cili padi, serbuk lada hitam dan lada sulah.
9. Kemudian perasakan inti kita dengan garam dan gula sesedap rasa
10. Masukkan air tepung jagung, kacau rata selama 2-3 minit
11. Padamkan api, dan tabur daun sup dan daun bawang. Gaulkan.
12 Boleh angkat inti kita dan letakkan dalam penapis untuk toskan minyak dan air berlebihan.



Resepi risoles ber-cheese resipi risoles sedap Kulit

resepi risoles lembut Bahan-bahan:
1 biji telur saiz A
130 ml susu segar
40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
40 gm tepung jagung
1 sudu besar minyak Mazolla (optional: minyak masak biasa)
50 ml air (agak-agak sesuai dengan kepekatan)
Secubit garam

resipi risoles sedap Cara-cara:
1. Satukan semua tepung dan ayak ke dalam sebuah bekas
2. Pastu campurkan semua bahan lain dan kacau rata
3. Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
4. Test kepekatan dengan menimba sesenduk bancuhan, dan tengok dia mengalir
5. Kalau alirannya berpilin, maknanya kepekatan dia dah ok.
6. Jika dia mengalir putus-putus, maknanya pekat. So tambahkan sedikit lagi air.
7. Jangan sampai terlalu cair pula.
8. Last sekali tapis bancuhan tu


Resepi kulit risoles ni AS adaptasi dan modify dari kulit durian crepe. Teksturnya memang lembut tapi tak pula mudah koyak. Sebaiknya, masa nak melenggang kulit risoles ni, korang mintalah bantuan sapa-sapa untuk meletakkan inti dan menggulung. Sebab kalau korang lenggang atau masak kulit risoles ni sampai habis adunan, kemudia last sekali baru nak letak inti dan baru nak gulung, kulit tu takkan berapa cantik dah. Bila sejuk, dia agak payah nak digulung dan selalu je terbukak balik huhu~ Dah sejuk, lekatan dia kurang.


Resepi risoles resipi risoles sedap Menggulung kulit

resipi risoles sedap Bahan-bahan:
Kuali jenis non-stick pan

resipi risoles sedap Cara-cara:
1. Sediakan kuali nonstcikpan saiz 5 inci untuk hasilkan kulit yang terbaik
2. Panaskan dengan api dengan kuat hingga pan betul-betul panas. Kalau tak cukup panas, kulit risoles mudah melekat.
3. Bila kuali dah panas, korang boleh kecilkan api ke paras sederhana
4. Oleskan minyak pada pan dengan menggunakan kitchen tissue
5. Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit bancuhan
6. Lenggang-lenggangkan kuali supaya bancuhan tepung tu rata dan sekata
7. Biarkan ia masak sampai nampak mengelembung-gelembung sikit
8. Bila gelembung tu dah timbul, boleh terus angkat. Takyah di balikkan
9. Masa ni, minta tolong pembantu korang tu letakkan inti atas kulit yang dah siap tu.
10. Parutkan mozarella cheese (dua kali parut dah cukup), dan terus gulung.
11. Cara gulung, sama je tekniknya macam gulung popia.
Penting:
Jangan susun risoles yang dah siap gulung tadi tu bertindan-tindan. Nanti melekat! Tunggu dia betul-betul sejuk dulu, baru boleh di tindih satu sama lain.



Resepi risoles resipi risoles sedap Salutan kuning keemasan

resipi risoles sedap Bahan-bahan:
2 biji telur dipukul
Breadcrumbs/ serbuk roti secukupnya

resipi risoles sedap Cara-cara:
1. Celupkan risoles tadi ke dalam telur
2. Kemudian golek-golekkan dalam breadcrumbs sampai rata
3. Teruskan proses 1 dan 2 sehingga habis.


Resepi cheezy risoles resipi risoles sedap Menggoreng

1. Sediakan pan yang leper dengan sedikit minyak (takyah deep fry pun)
2. Biarkan minyak betul-betul panas, kalau tak breadcrumbs korang akan serap minyak gila-gila
3. Gorenglah dalam minyak hingga kuning keemasan, dan balik-balikkan agar masaknya sekata
4. Angkat dan letakkan dalam bekas yang dilapisi tisu dapur.
5. Siap untuk di hidangkan

Nota: Kalau nak buat frozen, goreng separa (setakat bekukan telur je). Kemudian packing 6 ketul setiap zipper bag, dan bekukan dalam freezer.


Risoles ni mungkin agak renyah penyediaannya tapi, berbaloi tau korang. Sedap bertingkek-tingkek woo~ Sesuai sangat kalau nak diletakkan dalam bento anak-anak bawa ke sekolah. Sebab tu seeloknya risoles ni korang buat hari minggu, dan frozenkan. Bila nak makan, terus je goreng. Takyah tunggu nak defrost pun tau. Sebab inti dan kulit dua-dua nya dah masak kan? Kita goreng pun sekadar nak garingkan breadcrumbs du luarnya tu je. Try la tau!


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Waa.. Banyak step.. Kena rajin betul kalau nak buat ni..

    BalasPadam
  2. Nampak sedap .

    BalasPadam
  3. Ini betul dari indonesia ada blogger claim dari perancis pulak ish

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y