Kenapa kebanyakan wanita cepat gemuk bila dah berkahwin

Kenapa kebanyakan wanita cepat gemuk bila dah berkahwin | Tertanya-tanya jugak kan? Kenapa ye wanita cepat gemuk bila dah berkahwin ek? Sampai ada segelintir puak-puak suami jadikan itu alasan untuk cari perempuan lain. Dah lah makin gemuk! Tak cantik macam masa anak dara dulu.. Tapi tahukan korang semua wahai suami-suami seluruh dunia apakah sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri dan ibu-ibu ni cepat nampak tak menarik di mata korang? Ajom kita tengok sebabnya.

faktor-wanita-cepat-gemuk
Sumber deviantart

1. Tahukah korang, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. Tapi siannya kaum ibu ni, terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami..layan jer sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan yang dimakan tak sempat nak hadam bebetul.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat kami yang tak suka membazir. Makanan yang tak habis dimakan oleh anak-anak, biasanya kami lah yang akan menghabiskannya. Nak dibuang, sayang katanya... Takut membazir. Membazir tu kan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "You ni kuat betul makan! Tak celuih pintu tu nanti baru tau"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, ayahnya akan tido mati je. Bom meletop pon tak nye dia bangun. Ha ibu ini jugak lah yang dalam satu malam tu, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu anak pun tak tahu la. Bila badan tak cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Garis-garis halus pada wajah pun mula timbul seawal usia 30-an pun!. Masa tu guna lah krim apa pun, takkan nak hilangnya, kecuali rawatan laser je. Petua dan amalan mujarab untuk maintain cantik cuma dua. Pertama, minum air suam dengan cukup dan TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya pula, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga. Bila balik rumah, semuanya urusan rumahtanggah, dialah juga yang kena beres kan. Dengan nak layan kerenah anak-anak lagi, perangai mengada bapak budak tu pun nak kena layan jugak. Nak itu, nak ini.. So, ibu pun membebel, marah-marah, dan stres... KOrang tahu lah! Bila marah-marah, banyak berleter, so cepatlah jadi tua. Asid perut pun aktif dirembeskan lalu membuatkan si ibu berasa macam nak makan satu peti ais tau!


Kesimpulannya...wanita cepat tua dan cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri korang ea. Andai sekiranya sehari je isteri korang takde, dan korang kena pikul tanggungjawab dia sementara. Kompom korang mungkin takkan mampu melakukannya seperti dia.



**Celuih = Muat (Loghat utara)

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Thanks for sharing! :) Hana metabolisme tinggi, so tak takut sangat bendaalah ni.hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waa untung laa Hana..makan cemana pun susah nak naik badan

      Padam
  2. Mama setuju haha.. anak x abis makan maknya yg perabih. Mana x kembang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann..memang sedar dan tahu je tabiat tu boleh binasa badan sendiri. Tapi "sayang kat nasik" haha

      Padam
  3. ada betulnya jugak.. tambahan kadang dah penat malam2 buta baru nak makan.. mknan pun tak hadam sepenuhnya hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah. Itu pun AS selalu buat gak. Kul 9, 10 pun makan nasik lagi huhu~

      Padam
  4. akk yg sebabnya yg no 2 tu..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..sayanggg sangat nak buang kan hihi..

      Padam
  5. bukan perempuan je.. lelaki pun ada yang cepat gemuk lepas berkahwin... mungkin kurang masa untuk bersenam dan makan makanan yang berkhasiat..

    BalasPadam
  6. Akak rasa pun betul jugak la..bila la nak dapat balik berat badan sebelum kawen dulu..dulu akak ringan giler..45kg je...lepas bersalinkan Dania jadi 50KG..hahahahah

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y