Sorotan akhir tahun 2017 Annur Syuhadah

11:13 AM
Amboih..tajuk kemain lagi kan. Sorotan akhir tahun 2017 Annur Syuhadah gittew. ahaks! Gedik nau bunyi nye, ala-ala laporan akhir tahun corporate sector gittew. Yelah, sebelum nak buat azam tahun baru, kena lah buat rumusan pencapaian-pencapaian untuk tahun ni dulu. Sibuk nak set azam baru, azam yang lama apa cer?

Bermula dari suku tahun pertama. Januari sampai Mac, takde apa sangat yang dicapai. Cuma Abam Naufal pertama kali masuk sekolah tadika, genap 4 tahun pada Januari tu. Kemudian bulan Mac nya, blog www.annursyuhadah.blogspot.com beralih ke custom domain annursyuhadah.com. Yeay!


Bulan April tu, aku terus apply google adsense. Tak sampai sebulan, dah fully approved. Tapi seminggu je iklan muncul, lepas-lepas tu iklan dah tak muncul-muncul. Sedey betul! Macam-macam usaha dah buat, akhirnya kat forum Google Adsense, ada beberapa orang expert yang jawab, mungkin sebab konten aku banyak pasal breastfeeding, membuatkan advertizer detect blog aku mengandungi adult content. T_T huu~


Bulan May, buat pertama kalinya aku join Sepetang Bersama Blogger, SBB2017 di MaTic Kuala Lumpur. Teruja sangat! Ramai blogger otai yang hadir, terutama pada malam Gala Dinner tu. Aku pulak bateri phone flat terus. So, malam dinner tu aku takde gambar langsung.. So berhuhu je lah aku malam tu. Tumpang-tumpang orang berwefie je la.hihi.

Bulan Jun, aku join AFB. Auto-feed blog group di mana yang korang boleh tengok kat bawah header aku tu. Ada 6 link entri latest dari ahli-ahli AFB. Feeds ni akan bersilih ganti setiap hari secara automatiknya. Sejak tu, UV dan PV aku mencanak naik kebabom! Macam tak caya je impak feeds ni boleh jadi begitu gempak.



Bulan Jun jugak, aku terima khabar gembira.ahaks! Abam Naufal dan Dik Fael bakal dapat adik baru ^_^ Alhamdulillah. Tak dijangka sebenarnya, sebab masa tu aku masih lagi breastfeed Dik Fael. Aku konpiden je takkan "lekat" lagi. Rupanya, rezeki tu tetap datang walaupun aku merancang nak "jarak" lama sikit lepas Dik Fael. Kononnya nak  tunggu Abam Naufal masuk darjah 1, baru nak mengandung balik. kiki. Papepun, ibu ucapkan selamat datang dik. See you bulan Mac tahun depan ye. Mmuuach! 

Sejak aku join AFB, aku belajar macam-macam dari AFB. Macam teknik SEO, cara menulis entri yang mesra SEO, dan tukar template yang mesra SEO. So, template yang korang tengok sekarang ni adalah template yang sama yang aku apply masa bulan 6 baruni lah. Tak ubah-ubah dah sejak tu. Kata cikgu adsense AFB, Ezwan atau lebih mesra dipanggil AbeWe, template jangan ditukar kerap-kerap sangat. nanti boleh jejas UV dan PV sebab google akan amik masa pulak nak crawl balik.

Oktober.
Cancle akaun Google Adsense lama yang langsung tak menjana income. Aku nekad delete akaun tu. Dengan harapan, bila aku create akaun baru, iklan adsense akan kembali seperti sediakala. Alhamdulillah! Risiko yang aku ambil tu, akhirnya membuahkan hasil. Akaun baru yang aku apply tu lulus dalam tempoh 2 minggu je. Dan jam itu jugak iklan muncul dengan jayanya. Selepas sebulan, earnings aku dah RM 6. Fuh~ Ternyata akaun lama tu bermasalah. Sebab dalam tempoh 4 bulan selepas approved, income aku duk 0.11 sen je. Yelah, bila nak naiknye earnings bila iklan tak muncul..kan? huhu.

So sekarang, blog ni boleh dikatakan hampir sempurna. Cuma tinggal nak kena update rajin-rajin je.

Bulan November, sekali lagi rezeki datang. Aku punya hutang kereta berjaya dilangsaikan, dan bank dah serahkan geran ori. Ohh alhamdulillah, I'm now an official owner of the car. Dapat selesaikan hutang itu pun memang satu nikmat jugak tu. So, lepasni boleh lah buat azam baru. Nak buat hutang perumahan pulak..haha.

Kemudian, minggu pertama, awal cuti sekolah, ibu n ayah bawak anak-anak gi bercuti ke KL, jumpa Upin dan Ipin di Maeps Serdang. Seronok nau budak-budak tu. Walaupun simple vacation je, as long as anak-anak seronok, ibu dah puas hati. So, pasni dah takde la nak jalan-jalan lagi dah, tunggu kuota jalan-jalan untuk tahun depan pulak la. Ayah keje oii~ payah nak cuti huhuhu.

So, begitulah sedikit sebanyak sorotan tahun 2017 Annur. Tak la gempak macam kisah korang. Takde makan angin oversea, takde majlis grand, cuma simple life kami empat beranak je. Tapi, tetap jugak aku nak coretkan di sini, buat ingatan dan tatapan anak-anak ibu nanti.

Moga tahun akan datang, akan lebih baik lagi. Aminn.


2 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Wah... terus rasa sedih nak say goodbye to 2017.T_T

    ReplyDelete
  2. Wah Tahniah ye byk pencapaian yg bagus utk.tahun ni je. Anyway camne ye nak apply Google AdSense

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.