Tips mudah nak pujuk anak mandi

10:31 AM
Tips mudah nak pujuk anak mandi | Mommies! Antara ramai-ramai anak mommies, ada tak terselit sorang anak yang liat bila disuruh mandi? haha Annur pun ada sorang anak yang takut mandi. Abam Naufal, masa baby nye suka sangat mandi, tapi bila start masuk 2 tahun dan di tinggalkan di taska, dia mula liat dan takut mandi. Mungkin penjaga taska memandikan dia dengan air sejuk, tak pun fobia sebab pernah termasuk sabun atau syampu ke dalam mata.

pujuk anak mandi


Annur ada beberapa tips mudah yang boleh buatkan anak yang liat mandi ni jadi lebih excited bila dipanggil untuk mandi. InsyaAllah lepas ni memang mandi ni akan jadi one of their favorite thing to do. Wangi laa anak-anak mommies lepasni nanti.ahaks!


1. Mandian buih


pujuk anak mandi


Bubble bath atau mandi buih ni setakat ni memang "umpan" paling berkesan la untuk pancing anak mandi. Bila diajak mandi, dan diorang refused, cepat-cepat je Annur pergi isi air dalam besen dan kocak-kocakan air bagi diorang dengar bunyi air. haha biasanya dengar je bunyi air berdebush-debush tu, diorang dah tahu dah, mesti ibu diorang tengah buat buih. Tak lama tu, berjujuk-jujuk la datang ke bilik air, mengintai ibu buat ape ahaks! Trick mandi buih ni kadang-kadang jammed jugak ibu, bila akhirnya terpaksa cari akal nak pujuk diorang keluar bilik mandi pulak. alahai lah anak..


2. Mandi bersama-sama


pujuk anak mandi

Budak-budak ni, adatnya, kalau berkawan dan berteman, memang diorang suka sangat. Konsep yang sama bila nak pujuk diorang makan pun. Kalau makan berjamaah, beramai-ramai, ha laju lah diorang makan. Siap bersaing-saing lagi siapa makan lagi banyak. Macam tu jugak lah kalau mandi. Kalau dipancing dengan adiknya, duk tak duk, kejap lagi datang lah si abang nak turut sama mandi.


3. Bermandi sambil bermain


pujuk anak mandi

Mandi ni umpama satu task rutin yang membosankan. Salah satu sebabnya, adalah diorang tak rela meninggalkan sesi bermain diorang semata-mata untuk mandi. So apa kata mommies pancing diorang mandi dengan hiburan di bilik mandi? Supaya, anak-anak ni tak lah terasa macam diorang "terpaksa" hentikan aktiviti bermain diorang untuk urusan lain. Anak aku paling suka mainan berbentuk scoop, cawan, botol, lori tangki dan sebagainya, di mana diorang boleh main ceduk-ceduk, dan tuang-tuang air. Mainan lembut macam ititk "pot-pet-pot" tu, hmm langsung tak menarik minat anak-anak aku.huhu Mungkin sebab budak lelaki kot.


4. Mandi outdoor


PUJUK ANAK MANDI

Haha..mandi di luar rumah ni memang ikhtiar terakhir la. Aku biasanya akan buat trick ni bila aku dah nak start bertukar menjadi hijau (baca:"hulk") bila jenuh dan dah penat memujuk anak mandi. Selalunya diorang jadi susah nak mandi bila dapat main di luar dan leka bermain. Di ajak masuk rumah untuk mandi, seolah-olah macam satu paksaan bagi diorang. So, as the last resort, aku tembak je diorang dengan air di laman rumah tu jugak.haha.




So, selamat mencuba lah ye mommies semua! Kalau korang ada tips lain yang nak tambah, aku alu-alukan di ruangan komen. Bubbye!

6 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. mandian buih tu berkesan
    silap2 budak kecil tak nak keluar dari bilik air
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..itu la padahnya. Nak mandi kemain liat.tapi bila dah dapat mandi, susah pulak nak berhenti

      Delete
  2. bestnye mndi kolammmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..bukan anak-anak je suka.. Ibu nye pun teringin tak terkira tuh haha

      Delete
  3. bagus tips ni. anak mama pula liat nak bangun pagi acaner tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liat bangun pagi, alamatnya kena "mandi" kat katil la mama ^_^
      baru meloncat dia bangun haha

      Delete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.