Cara meneran yang betul dan teknik curi nafas semasa bersalin

Cara meneran yang betul dan teknik curi nafas semasa bersalin | Syu bukanlah bidan pun nak ajar korang bab-bab meneran ni. Tapi dari pengalaman Syu yang berjaya VBAC (vaginal birth after cesarean) tanpa sebarang alat bantu (spontaneous vaginal delivery) masa beranak anak kedua tahun 2015 dulu, so aku berhajat nak share lah cemana cara meneran yang betul dan teknik curi nafas semasa bersalin yang diajarkan oleh nurse-nurse Suite Bersalin, Hospital Raja Permaisuri Bainun yang sangat baik hati lagi supportive tu. Thanks ye misi! ^_^

cara teran betul, meneran bersalin yang betul, teknik curi nafas semasa meneran, Cara meneran yang betul dan teknik curi nafas semasa bersalin ,cara mudah bersalin, cara nak push

Sebenanrnya teknik pernafasan adalah benda yang paling korang perlu risaukan masa nak bersalin nanti. Ha mommies yang pertama kali nak melahirkan baby secara normal tu, boleh la amalkan senaman pernafasan yang aku share dalam artikel terdahulu. Curi nafas, posisi badan dan cara teran yang betul memang faktor tiga serangkai yang sangat-sangat membantu korang masa proses bersalin nanti.

Ramai ibu-ibu ni keliru, bahawa proses kelahiran ni lebih kepada tenaga semata-mata! Sebenarnya, kekuatan otot paru-paru dan difragma korang tu yang memain peranan utama. Kalau paru-paru korang lemah dan isipadu paru-paru korang rendah, so agak sukar korang nak meneran nanti.

Sebab masa meneran, korang kena teran panjang weyy. Takleh sekerat-sekerat. Korang kena teran macam orang sembelit yang dah seminggu tak membuang. Tahu?! hahaha.

Staf nurse yang menyambut kelahiran dik Nufael dulu pun pernah cakap, jangan teran kat muka! Tapi kamu kena teran macam nak membuang air besar. Bila teran kat muka, kamu akan cenderung keluarkan suara atau mengerang. Kalau ade suara yang keluar tu, memang salah dah tu! Bila korang meneran tak betul, korang akan cepat penat dan flat. Bila korang penat, kebarangkalian korang nak kena vacuum atau dibantu forceps adalah tinggi.

Cara meneran yang betul dan teknik curi nafas semasa bersalin


Point to remember

Jangan teran sebelum masa
Jangan meneran sebelum bukaan serviks tak capai 10cm sebab korang hanya akan dapat penat je. Pulak tu, boleh meningkatkan risiko cervical tearing dan buat baby stress.

Jangan keluarkan suara masa meneran.
Takmo, takmo. sebarang bunyi sama ada Ahhh..uhhh..atau iyahhh! ke, jangan sesekali keluarkan.

Jangan angkat punggung!
Dulu aku pun tak faham apa tu maksudnya angkat punggung. Aku pon macam korang gak la. Aku faham angkat punggung tu, adalah menjungkitkan punggung ke atas. Rupanya bukan! Istilah je angkat punggung. Tapi hakikatnya nurse melarang kita melentikkan belakang badan ke atas. Ha itulah maksud yang sebenar-benarnya kepada istilah "angkat punggung" tersebut.

Posisi dan postur badan
a) Dagu bertemu dada, mata pandang bawah macam nak intai baby keluar
Biasanya dalam labor room, katil korang tu memang dah ditinggikan dah bahagian kepala. Posisi korang adalah separuh berbaring gitu. Masa nak meneran, korang mintak tolong suami korang sokong belakang badan korang supaya korang boleh tilt forward kepala korang sampai dagu mencecah rapat ke dada. Dengan cara ni, korang akan lebih "gagah" nak meneran dan insyaAllah takkan "ter" angkat punggung.

b) Kaki dirapatkan ke punggung
Tarik kedua kaki rapat ke punggung sambil kedua tangan memegang kedua pergelangan kaki (keting) tu merapati punggung. Masa meneran, korang tarik la kaki korang tu. Bila contraction tu hilang, korang release dan longgarkan genggaman tangan korang tu dan relax. Jangan sepanjang masa korang tegangkan kaki korang. Nanti jadi macam aku pulak huhu. Setepek kesan lebam berbentuk lima jari kat kaki aku. Ouch!. Seminggu pun kesan lebam tu masih tak hilang.

cara teran betul, meneran bersalin yang betul, teknik curi nafas semasa meneran, Cara meneran yang betul dan teknik curi nafas semasa bersalin ,cara mudah bersalin, cara nak push

Ikut arahan
Teran sekuat hati dan panjang bila disuruh teran. Tahan dan relax bila diorang cakap tak perlu teran. Biasanya doktor or nurse akan suruh teran bila diorang nampak ada contraction melalui CTG. Kalau korang teran masa takde kontraksi, korang hanya akan membazir tenaga je.

Jaga pernafasan
Perbuatan menghembus nafas dengan laju dan kuat masa meneran hanya akan buat korang keletihan. Bila disuruh teran, korang teran la sambil lepaskan nafas tu very slowly melalui mulut. Ingat! Hembus nafas tanpa keluarkan suara okey? Dan pastikan tempoh menghebus nafas tu lebih panjang, dan jangan dilepaskan mengejut dan kuat.

Curi nafas
Teran sehabis kudrat, selama mana yang boleh. Sebolehnya korang kekalkan tekanan teran tu selama 10 saat. Kalau tak cukup nafas, korang jangan lepaskan nafas secara mengejut, dan tarik nafas dalam sekali lagi. Rugi kalau korang buat camtu, sebab kepala baby yang hampir keluar tu boleh terkesot masuk balik ke dalam.

Korang curi nafas je dengan cara kekalkan keadaan meneran, sambil tu tutup mulut sekejap, dan cepat-cepat sedut udara melalui hidung. Pantas! (macam orang selsema nak sedut hingus naik semula ke dalam hidung) Bila dah dapat nafas, boleh lah korang sambung teran dengan menambahkan lagi kuasa meneran tu sampai la kepala baby keluar. InsyaAllah, korang akan berjaya, paling tidak pun selepas 5 kali cubaan.


Akhir kata..Syu nak pesan.
Masa sedang melayan sakit contraction tu, jangan lupa banyakkan istighfar dan zikir mengingati Allah. Sesungguhnya hanya Dia yang berkuasa memudahkan sesuatu pekerjaan hamba-hamba Nya. Doa nabi Yunus jangan lupa.

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ


Dan juga Surah Al-Insyiqaq

mujarab-doa-mudah-bersalin-paling-mujarab

Semoga dipermudahkan! Amin..

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Arghhh!!! Takutnya! T^T thanks for sharing btw ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan takut dik hana. Eventually hana akan menempuh jugak nanti ^_^

      Padam
  2. uishhh
    bila baca baru bertambah ilmu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yezza..
      Tips : Orang lelaki kalau dah kawen nanti.. nak isteri sayang lebih, kena ada ilmu bab2 ni..haha

      Padam
    2. hahaha
      dah kahwin nanti google balik untuk khatam
      hahaha

      Padam
  3. sgt berguna in the future. tqsm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangatt ray..
      Lagi-lagi kite ni perempuan ^_^

      Padam
  4. Memang betul, saya pun Alhamdulillah lepas untuk bersalin normal VBAC selepas anak sulung kena operate. Dengan bantuan bidan juga, jadi mudah untuk kita bersalin. Kena pandai curi nafas dan teran hanya bila sakit sahaja

    BalasPadam
  5. kalau keluarkan bunyi nanti orang sebelah dengar. malu la

    BalasPadam
  6. teringat plak masa beranak dulu..huhu..tp memg penting bljr teknik ni..klu x cept penat,..ank 1st dulu kite penat..

    BalasPadam
  7. Wahh ni yg paling membantu. Yg lain semua copy pste! Thankyou soooooo much!

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y