Tempat-tempat menarik Gerik Perak Darul Ridzuan

10:47 AM
Tempat-tempat yang menarik di Gerik, Perak | Jangan terkejut walaupun pekan Gerik adalah antara pekan yang kecil dan terpencil, tapi susana dan pemandangan di pekan Gerik sangat cantik dan super! Kiri dan kanan dilitupi oleh bukit bukau! Memang cantik dan menarik pemandangan terutama pada waktu pagi siap nampak kabus di sebalik bukit. Rasa damai dan sejuk mata memandang hoii.

tempat menarik gerik


So apa yang menarik kat gerik ni?

Kalau dulu, bila aku cakap aku ni asal dari gerik, benda pertama orang akan tanya adalah kat gerik banyak gajah tak? haha. Dulu orang tak kenal sangat Gerik ni. Paling-paling pun orang sebelah Pantai timur je akan kenal dengan pekan Gerik ni. Sebab Gerik merupakan pekan terakhir sebelum diorang mendaki merentasi Banjaran Titiwangsa yang memisahkan Negeri Perak dan Kelantan. So orang yang lalu Lebuhraya Timur-Barat tu, memang selalu terserempak dengan Cik Lijah a.k.a Gajah. Sebab tu lah kalau orang sebut Gerik je, semua akan ingat gajah.

tempat menarik gerik



Ada orang gelar Gerik ni tempat jin bertandang

Iye lah. Gerik ni merupakan sebuah pekan kecil yang merupakan pekan paling hulu bagi negeri Perak. Biasanya bila disebut "HULU", semua orang akan terlintas dalam fikiran, ianya sebuah tempat yang mundur yang penuh hutan banat, bukit-bukau semata-mata. Dan orangnya pula mundur, tak bertamadun. Eh hello! We'olls orang Gerik tak ketinggalan tau dari ketamadunan. Kita pun ada liputan 4G LTE okey! haha


Tarikan utama Gerik

tempat menarik gerik

Tarikan perlancongan yang termahsyur di daerah Gerik ialah Hutan Diraja Belum, kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan di gazetkan sebagai zon simpanan kekal. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan dan semestinya tarikan utama di Royal Belum Forest ialah kepelbagaian spesis flora dan fauna yang terdapat di sana antaranya bunga pakma / bunga rafflesia bunga terbesar di dunia, ikan kelah jinak dan kepelbagaian spesies burung, termasuk lah spesies burung yang terancam (kepupusan) iaitu burung kenyalang.


Gerik cuma gah dengan nama Royal Belum je?

Sebenarnya dekat gerik sendiri pun banyak tempat menarik yang boleh dilawati atau dijadikan kawasan tarikan perlancongan selain daripada Hutan Royal Belum cuma banyak destinasi tersebut belum di highlight secukupnya oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Gerik. Gerik mempunyai banyak tarikan alam semula jadi seperti gunung, bukit, sungai, air terjun dan juga tasik yang boleh dikomersialkan untuk memberi nilai tambah kepada industri perlancongan di Gerik. Namun sayangnya, pihak berkuasa tempatan sepertinya tak cukup bersungguh untuk melakukan publisiti untuk meningkatkan awareness terhadap tempat-tempat menarik tersebut.


Pesta ikan Loma, aktiviti unik yang boleh menarik para angler seluruh Malaysia

Pada musim hujan sekitar bulan Ogos hingga November ikan loma dari tasik Temengor akan mudik ke hulu dalam kelompok yang besar untuk bertelur. So masa tu, orang ramai akan berkumpul di tepi-tepi sungai Rui untuk menyauk ikan loma. Komer bayangkan la berapa riuh-rendah dan meriahnya suasana pesta tersebut! 

tempat menarik gerik


Lagi best kalau adakan pertandingan menangkap ikan loma dengan bare hands, ala-ala Hillbilly Handfishin' kat channel Animal Planet tu kan? Baru-baru ni pesta loma 2017, diorang ada anjurkan juga aktiviti lain selain menyauk ikan, macam panjat tiang licin, meniti titian licin, pukul bantal, menyelam paling lama, tarik tali dan pertandingan menangkap itik. Katanya, ada persatuan yang kelola aktiviti pesta ikan loma 2017 ni. Aku fikir, ini merupakan titik permulaan yang bagus!

Oh ya. Terbaru aku dengar yang Pesta Ikan Loma ni bakal dimasukkan ke dalam kalendar Perlancongan Negara! Kalau perkara ni jadi realiti, aku yakin pesta ikan loma ini akan jadi satu lagi produk perlancongan Gerik yang akan go international setaraf Hutan Royal Belum!


Aktiviti wilderness yang banyak!

tempat menarik gerik
PUNCAK GUNUNG PULUT - Credit sobriyaacob.com

Di Daerah Gerik juga mempunyai banyak bukit dan gunung-ganang yang sangat menarik untuk diterokai, antaranya Gunung Kenderong dan Gunung Pulut. Setakat hari ini, rasanya gunung-gunung ni cuma terkenal di kalangan hikers saje. Orang-orang biasa macam kita ni, satu habuk pun tak tahu yang gunung tu boleh didaki. Kesian kan? Patutnya tempat macam ni dibangunkan macam gunung Kinabalu, yang lengkap dengan penjaga pintu masuk, penjaga checkpoint, dan pondok rawatan dan sebagainya. Rugilah, sebab aktiviti outdoor macam ni memang ada penggemarnya yang tersendiri. Wilderness activities macam ni boleh jadi produk perlancongan bagi Gerik. Peminat sukan outdoor dan lasak semestinya akan teruja untuk mencabar dan menawan gunung-gunung di Gerik ni. Dengar cerita, trail gunung Pulut ni memang mencabar!


Akhir kata

Kenapa ye tak dijadikan daerah Gerik ni sebagai salah satu destinasi popular untuk kaki outdoor datang ke sini dan antara aktiviti yang boleh dibuat ialah seperti mendaki gunung Kenderong, water rafting dan sukan berkayak, menjelajah hutan atau air terjun, sukan motocross, menjelajah dengan pacuan 4x4, memancing dan lain-lain lagi.

Senarai tempat-tempat menarik di Gerik, Perak

1) Hutan Royal Belum 
2) Pulau Banding 
3) Dataran Kuala Rui (Lokasi Pesta Loma)
4) Batu Hampar
5) Lata Air Beruk (aku ada tulis tentang Sungai Air beruk di SINI)
6) Taman Bunga Rafflesia, Bongor
7) Pulau Tali Kail
8) Lata Pinang
9) Gunung Kenderong, Kerunai
10) Gunung Pulut, Papulut
11) Lata Ulu Lawin
12) Klian Intan 

Maklumat lanjut, lawati

Laman web Majlis Daerah Gerik  www.gerik.gov.my

Atau

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak



Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194

like Facebook Tourism Malaysia Perak
Website : www.tourism.gov.my

2 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Wah.. menarik ni

    ReplyDelete
  2. Bagus ni. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.