Strategi mudah memiliki rumah sendiri pada usia muda dengan menyewa di Rumah Transit Belia

Strategi mudah memiliki rumah sendiri pada usia muda dengan menyewa di Rumah Transit Belia | Rumah Transit Belia ni sebenarnya satu kemudahan rumah sewa yang disediakan untuk perantau-perantau yang berkerja di kota Kuala Lumpur. Unit studio dan apartment dua bilik yang fully furnished ni akan disewakan pada kadar sewaan yang lebih murah dari pasaran. Menarik kan?

rumah transit belia
Image : Unit rumah type studio pada keluasan 400kps

Kadar sewa rumah yang "mampu tengok" je

Masa zaman lepas SPM dulu aku sempat join program kursus pendek Bahasa Inggeris di IUCTT a.k.a Twintech. Masa tu kadar sewa bilik aje pun dah RM650 sebulan. Memang parak!

So untuk menjimatkan kos, kitorang share bilik yang hanya sebesar lubang hidung tu, empat orang tahu? 

Pengalaman yang tak dapat dilupakan oii~betapa hidup kami masa tu macam terperuk dalam sangkar hamster! Nak guna bilik air, berebut. Nasib baik 3 bulan je duk situ.


Sewa rumah di tengah bandar KL cuma RM800/bulan?

Yes. Kat KL nak dapat sewa sebijik rumah, paling cikai pun harganya dalam RM1300 sebulan. Kalau korang iklankan 'rumah untuk disewa' kat mudah.my dengan harga RM800 sebulan, sah-sah orang akan cop korang scammer dah!

Tapi dengan kemudahan rumah Transit Belia ni, RM800 tu korang dah boleh dapat sewa sebuah rumah apartmen 2 bilik, siap dengan perabot tau.


Perumahan Transit Belia | Strategi mudah memiliki rumah sendiri 

rumah transit belia kuala lumpur

Strategi mudah memiliki rumah sendiri pada usia muda

i) Sewa je di perumahan transit 

Kalau korang masih muda belia dan bujang, jangan beli rumah dahulu. Baik korang sewa rumah type studio je. Kalau korang tak pernah tengok studio tu macam mana, korang boleh google tengok contoh rumah kat Menara U2, Shah Alam. Sangat nice untuk tinggal bujang.

Unit studio ni walaupun tak seluas mana, tapi lagi selesa lah daripada menyewa bilik. Dengan RM600 sebulan, kita dah tak payah share bilik air dengan orang lain. 


ii) Jom jimatkan kos

Dengan menyewa rumah Transit ni, korang sebenarnya dah boleh jimatkan kos sara hidup korang. Sebab kadar sewa rumah Transit adalah 30% lebih rendah dari kadar harga pasaran.


iii) Lebih duit untuk simpanan

Korang boleh jimatkan kos perjalanan dengan cara menyewa properti yang dekat dengan tempat kerja korang. Dengan cara ni,korang akan ada lebihan duit untuk dijadikan savings.


iv) Pelan forced saving

Paling best, bila korang menyewa Rumah Transit ni, lebih kurang RM200 dari RM600 sewa bulanan tu, akan dipulangkan balik kepada korang lepas tamat tempoh 5 tahun penyewaan.


v) Cash flow yang menyakinkan bank

Target sebenar kita berjimat adalah nak meyakinkan pihak bank. Bila korang punya bank statement cantik je setiap bulan, insyaAllah peluang korang nak miliki rumah sendiri adalah tinggi.

Tak dilupa juga, percentage yang menjadi simpanan (forced saving Rumah Transit) tadi tu, korang boleh gunakan sebagai deposit masa nak beli rumah nanti. Lagi besar deposit, lagi tinggi chance bank luluskan loan perumahan korang.


Jom mohon perumahan Transit Belia


Rumah Transit Belia Kuala Lumpur
Untuk memohon rumah Transit ni korang mestilah

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18-30 tahun
  • Berkerja di Kuala Lumpur
  • Pendapatan kurang RM5000 sebulan (isi rumah)
  • Belum mempunyai rumah sendiri
  • Tak pernah disabitkan dengan jenayah


Lokasi-lokasi terpilih untuk pembinaan projek rumah Transit

Dekat je dengan pusat bandar Kuala Lumpur, sekitar 15 minit perjalanan. Ada dua projek yang sedang dan akan dibina serta dijangka siap pada tahun hadapan (2019)iaitu

  • Projek Transit Pangsapuri Bandaraya, Sungai Udang Segambut
  • Pangsapuri Studio, Mukim Batu. 
Kemudahan yang ada di Rumah Transit
  • Kolam renang dan Gym
  • Kemudahan WIFI
  • Gelanggang futsal dan badminton
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Surau dan dewan serbaguna
  • Pengawal keselamatan 24 jam


Kalau korang menepati kriteria yang ditetapkan dan minat untuk memohon, korang boleh terus ke website rasmi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)


Atau korang boleh walk-in terus ke KPKT di
  • No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya

Selamat memohon korang! Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu korang mencapai impian korang dalam memiliki rumah sendiri pada usia muda. Good luck!

21 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Bagus untuk golongan muda yang baru kahwin. Sangat membantu!

    ReplyDelete
  2. Bagus program ni, membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada skim menyewa yg boleh jadi simpanan macam ni kan

      Delete
  3. kalau kami pun nak kemudahan serupa ni,..ringan beban nak cari rumah sementara tu boleh saving untuk beli rumah baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu AS dah terlajak umur. Xleh nak apply dah rumah transit ni

      Delete
  4. Lengkap kemudahan di rumah transit ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kemuadahan macam condo

      Delete
  5. strategi yang menarik menyewa di rumah transit sementara menunggu utk memiliki rumah sendiri ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada skim menyewa yg boleh jadi simpanan macam ni kan

      Delete
  6. Bagus ada program ne muda-muda dah boleh miliki rumah sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada skim menyewa yg boleh jadi simpanan macam ni kan

      Delete
  7. dah de peluang.. orang2 muda tu grab la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu mungkin alasan takda publisiti. Sekarang dah ada hebahan, dan ramai yang dah tahu pasal rumah transit ni. Pakatpakat mohon la wehh

      Delete
  8. Bagus ada program macam ne memudahkan golongan muda yang baru nak membina kerjaya dan keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan belia yang age below 26 memang gaji pun below 3k. Fresh graduate kan, manalah ada starting gaji terus 5k. Ye tak?

      Delete
  9. Sementara nak cari rumah sendiri kan

    ReplyDelete
  10. bagus program macam ni

    ReplyDelete
  11. peluang yang bagus ni, ye la kan, nak beli rmah zaman sekarang pun susah juga.

    ReplyDelete
  12. Bagus program ni..kaedah yg menguntungkan buat golongan belia

    ReplyDelete
  13. best rumah transit ni.haritu ada ushar hee

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.