Kes adik Adam Rayqal | Ibu-ibu berkerjaya seluruh negara hari ini kemurungan

Sungguh! Memang terganggu jiwa aku pagi ni bila membaca insiden menyayat hati adik Adam Rayqal yang baru berusia 5 bulan telah ditemui mati di dalam peti beku di rumah pengasuhnya. Innalillahiwainna ilaihirojiun. Serius automatik teringat kat baby sendiri yang pada ketika ini sedang bersama pengasuh.

Awalnya, Adam Rayqal dikatakan diculik dari rumah pengasuh, namun akhirnya setelah disiasat polis, rupanya adik Adam telah ditemui meninggal dunia di sana. 

adam rayqal
Syurga untukmu sayang adam rayqal anak syurga


Sebenarnya isu ini menyebabkan gelora dalam jiwa timbul semula mendesak aku untuk berhenti kerja dan menjadi WAHM (Work at Home Mom). Dilema sungguh! adam rayqal

adam rayqal batu caves


Ada juga komen-komen negatif netizen yang menyalahkan wanita yang berkerja. Alahai bang. Bila jadi kes macam ni, awak melalak cakap, orang perempuan jangan mengada sangat nak kerja-kerja bagai. Tapi bila tiba masa isteri awak nak beranak, awak melalak pula tanya, mana doktor wanita? Mana doktor wanita? 



Bagi aku, kalau semua suami bijak dan kacak seluruh negara ni "mampu" memberikan secukupnya pun nafkah untuk anak isteri, tapi untuk sesetengah bidang kerja tetap juga kita perlukan tenaga kerja dari golongan wanita. Soalnya, salah wanita berkerja ke, kalau berlaku apa-apa yang tak diingini pada anak yang ditinggalkan kepada pengasuh?

Tak. Bagi aku tak salah kita orang perempuan ni kerja. Tapi mungkin cara kita memilih pengasuh tu yang salah. So ada beberapa perkara yang wajib ibu-ibu pertimbangkan secara terperinci sebelum mengupah mana-mana pengasuh. (asyik sebut ibu je, macam lah tanggungjawab mengasuh anak tu atas bahu ibu je) 

Okey.
Ibu ayah sekalian. Aku seru ibu dan ayah dua-dua sekali.
Sebelum korang nak hire mana-mana orang untuk mengasuh anak korang, tolong la jadi more observant. Aku tak kata aku bijak "membaca" orang, tapi ada sesetengah karekter "pelik" tu kan cepat je kita dapat kesan, like "eh dia ni something wrong je". :"Bercakap tak pandang muka kita pun!?"

Selain tu, sebaik-baiknya kalau nak cari pengasuh, cuba sedaya upaya untuk cari dari kalangan saudara mara dulu. Kalau habis cari dah sampai 2 pupu 3 pupu pun tak ada yang available, korang beralih la kepada rakan terdekat atau sekampung yang kita tahu latar belakang mereka.

Paling bahaya kalau korang main "cedok" je mana-mana nombor telefon yang diiklankan di media sosial dan group whatsapp. Kalau korang dah terdesak dan cuti bersalin pun dah tamat tapi masih gagal jumpa pengasuh, apa salahnya ringankan mulut minta bantuan mak or mentua tolong jagakan sekejap anak korang sebelum ketemu pengasuh yang sesuai.

Pastu andai kata korang terpaksa hire pengasuh dari kalangan orang yang tak dikenali, korang boleh gunakan nombor telefon diorang tu untuk selidik latar belakang dia. Paste je nombor telefon bakal pengasuh korang tu kat Google search bar, korang mungkin akan dapat maklumat berkenaan aktiviti side income dia (contoh : dropshipping, home bakers, scammer ke?)

Selain itu, yang mungkin akan keluar dalam hasil carian tu adalah laman facebook dia la. Kan FB kita ada section nombor telefon yang wajib diisi. Betul? So korang ambil peluang stalking dia punya profile dan gali post-post terawal. Tak lupa juga kalau dia ada akaun sosial lain seperti Wechat, twitter dll. Korang stalk juga okey.

Paling penting, ibu ayah perlu set kan pertemuan dulu dengan bakal pengasuh anak korang tu. Memang boleh berbincang melalui whatsapp saja. Tapi kalau jumpa face to face ni lagi puas hati. Antara maklumat yang boleh kita scan semasa bersemuka ni adalah personaliti, penampilan diri, gerak bahasa tubuh, gaya percakapan (lemah lembut atau keras) dan bentuk layanannya.

Bila dah scan tuan punya diri, ibu ayah mulakanlah perbualan santai dengan bakal pengasuh korang. Jangan nampak sangat macam polis penyiasat kekdahnya ahahaha. Santai-santai je. Antara point yang korang kena korek adalah, berapa jumlah anak asuhan semasa, berapa orang anak kandung si pengasuh, senarai menu makanan, jadual waktu makan, aktiviti rutin anak-anak asuhan lain dari pagi hingga waktu balik, dan apa pekerjaan dia sebelum dia buat job mengasuh budak.

Pastikan semua persoalan-persoalan tu terjawab dalam keadaan santai dan natural. Jangan sampai nampak macam gaya nak mengancam atau merendah-rendahkan.

Seterusnya, korang kena observe persekitaran rumah. Adakah laluan ke tangga ada diletakkan pagar keselamatan, susun atur perabot rumah; adakah ianya selamat, menilai risiko kemalangan dalam rumah, keadaan dapur, tahap kebersihan bilik air, adakah pintu pagar luar rumah sentiasa berkunci, dan sebagainya. Pandai-pandai lah buat akal nak tumpang guna bilik air untuk tujuan memeriksa kawasan. ahaks.

Semua ini adalah perkara yang aku buat semasa dalam proses memilih pengasuh abam Naufal 5 tahun dulu. Cerewet tak cerewet. Anak aku, tanggungjawab aku. Paling 1st aku scan adalah, adakah si pengasuh ada bela kucing atau tak. Ada yang tak mengaku membela kucing, tapi bila kita datang ke rumah, alamak! Kejap-kejap baby kucing main kejar-kejar, kejap-kejap mak kucing golek-golek sambil bergaru atas karpet di depan tv, tak lama lepastu bapak kucing pula datang main gesel-gesel kat kaki kita.

See? Adakalanya apa yang diberitahu melalui telefon tak serupa dengan keadaan sebenar. Nak lebih berjaga-jaga, korang boleh minta tempoh percubaan dalam 2 ke 3 minggu untuk menilai keserasian anak kita dengan pengasuh. Masa dalam tempoh percubaan tu, korang periksa lah puting botol susu tu berubah jadi berkerak atau elok bersih je? Dari situ kita dapat sikit hint, bagaimana tahap hygiene dia. Check juga seluruh badan baby. Ada tak lebam atau kesan cedera yang tak boleh dijelaskan.

Kalau korang tinggalkan baby perempuan, check bahagian cik bunga baby korang tu. Adakah well sanitize atau dibiarkan tanpa dicuci secara teliti. Terlalu cerewet? Yes, opkos la! Takkan hanya disebabkan kita ni ibu berkerjaya, so suka hati la nak letak anak kita kat mana-mana stranger pun? Gitu? 

AS cakap pun berdasarkan pengalaman dari 3 orang anak yang AS tinggalkan pada pengasuh. I'm no expert. Siapalah AS untuk memberikan "nasihat" keibubapaan supaya ibu ayah di luar sana contohi. Apalah ertinya AS "membazir" masa dan tenaga menaip panjang lebar dekat blog yang tidak dilawati orang?

#SHARE

5 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Anonymous13:18

    apalah cadangan suruh ibu berhenti kerja, tak relevan saya bangkang 100peratus. sepatutnya bapa budak tu kawin satu lagi, so bini no dua boleh jaga anak bini pertama, ambil yang no dua golongan org kampung yang tak bekerja ataupun bekerja sendiri. ok, kan dah selesai masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok ini lawak.
      Kalau berbalik pada tujuan asal isteri tu berkerja pun sebab NAK TOLONG TAMPUNG PERBELANJAAN KELUARGA yang SUAMI TAK MAMPU SEDIAKAN SECARA SEMPURNA. Jadi macam mana gaya nak menyara isteri yang kedua pula.

      Delete
  2. Tak semua orang berada dalam situasi yg sama..netizen sekarang pun ramai yang sakit mental gak rasanya hehe

    ReplyDelete
  3. kalo suami tak keja, bini ni jugakla yg kena tanggung sumanye.... :(

    Arap parent arwah Adam sabar dan tabah menghadapi dugaan ini

    ReplyDelete
  4. Anonymous09:20

    Saket hati dengan jantanjantan tak betangungjawab. Klau isteri tak kerja alamatnya tak berasaplah dapur. klau gaji kau orang rm5k sebulan tak apa lah juak

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.