Trending Cara Paling Senang Jana Pendapatan Kedua melalui Influencer Marketing

Trending Cara Paling Senang Jana Pendapatan Kedua melalui Influencer Marketing | Akhir-akhir ini ketara revolusi media pemasaran convensional kepada media pemasaran melalui "penggalak media sosial" atau lebih familiar dengan panggilan social media influencer. Teknik pemasaran yang mengunakan khidmat influencer ini dikenali sebagai Influencer Marketing strategy.


influencer marketing

Siapa social media influencer?

Setakat hari ini, Xu sendiri tak pasti adakah "media social influencer' ini mempunyai terma khusus di dalam bahasa Melayu.

Dari segi bahasa, Influencer bermaksud pengaruh. manakala social media merujuk kepada media maya yang membolehkan manusia serata pelusuk dunia berhubung tanpa batasan.

So kita nak takrifkan apa?

Social media influencer boleh ditakrifkan sebagai "orang yang berpengaruh" di alam maya. Mungkin?

Tapi frasa moden atau bahasa internet yang paling mudah mentakrifkan maksud Social Media Influencer adalah terdiri daripada :
  -Tweet-famous
  -Blogger
  -Instafamous
  -Page FB viral


Bagaimana social media influencer membantu perniagaan anda?


Tak perlu dipersoalkan lagi. Anda akan mendapat engagement yang tinggi dan hubungan dengan pelanggan melalui social media influencer. Terutama sekali kalau anda sedang dalam proses mengembangkan jenama anda supaya lebih dikenali ramai, peranan dan hebahan oleh social media influencer adalah yang paling ideal dan cost effective.

Sebab apa cost effective?

Pemasaran influencer dapat mencapai jumlah audiens yang sangat ramai, (kadang di luar jangkaan pun) dengan bajet yang kecil. Itu sebabnya pemasaran influencer sangat ideal dibandingkan dengan pemasaran tradisional (media arus perdana) yang biasanya menelan belanja yang besar.


Jenis-jenis social media influencer

Terdapat dua jenis social media influencer; pertama, Superstar Influencer, dan kedua adalah micro-influencer.

Superstar Influencer

Mereka terdiri daripada influencer dengan jutaan pengikut di media sosial. Jumlah pengikut mereka sangat besar, namun taburan interest/minat audiens mereka adalah kabur dan tidak tertumpu terhadap "topik" tertentu.

Katakanlah seorang instafamous yang memiliki pengikut yang ramai dan aktif, menyiarkan jenama anda di instagram nya. Sudah tentu jenama anda akan ditonton oleh ramai audiens.

Ya, reputasi jenama anda akan meningkat namun persoalannya, adakah ia dapat menaikkan jumlah jualan anda?

Apa yang Xu boleh kata, Ianya 50-50. Mungkin meningkat dan mungkin juga mungkin tidak berubah.



Micro-Influencer

Tidak seperti superstar yang namanya sudah besar dan sangat terkenal. Sebaliknya, mereka ini merupakan influencer dengan coverage kecil yang mempunyai pengikut dengan minat yang terarah.

Ya, mereka tidak memiliki jutaan pengikut, tetapi mereka memiliki pembaca yang percaya dan menyukai kandungan mereka. Xu pernah baca petikan kata-kata dari seorang tokoh perniagaan Barat yang mengatakan "Gain trust before you sell; and trust equals purchases".

Contoh, anda merupakan sebuah syarikat pengeluar barangan keperluan bayi dan ibu dan menggunakan khidmat seorang blogger parenting dengan jumlah hit 70K-100K sahaja sebulan. 

Jumlah hit beliau mungkin tidak sebanyak blog gosip dan blog berita, namun beliau mempunyai pembaca yang setia dan percayakan content parenting yang beliau siarkan.

Bergembiralah kerana majoriti audiens blog beliau adalah "targeted audience" jenama anda!

Biasanya, dengan ulasan kreatif dan perkongsian pengalaman peribadi blogger, 60% audiens akan terpengaruh dan berniat untuk membeli, dan sekitar 10% akan teruja untuk segera mendapatkan produk yang di review tersebut.


Micro-influencer - Penyelesaian bagi jualan paksa (hard selling)

Pemasaran dan pengiklanan melalui micro-influencer merupakan penyelesaian yang sangat sesuai untuk negara seperti Malaysia, yang kuasa membeli nya terletak pada kepercayaan dan keikhlasan layanan.

Hard selling merujuk kepada strategi jualan agresif dan tidak ikhlas dan mendesak. Dalam sebuah seminar keusahawanan yang Xu pernah hadiri, penceramah ada menyatakan bahawa untuk menjual sesuatu servis atau produk, usahawan pertama sekali perlu mengelak daripada hard selling.


Katanya, "Hard selling will just only angering your potential customers and pushing them away".



Bagaimana micro-influencer meningkatkan reputasi jenama?
Pengikut micro-influncer di media sosial adalah dalam lingkungan kurang dari 10K follower. Namun pengikut mereka adalah terdiri daripada orang yang rapat dan kenal satu sama lain secara peribadi seperti keluarga, rakan lama, rakan alumni, rakan sekerja and everything in between lah.

Bila micro-influencer ini mempromosikan brand anda dengan cara memberikan ulasan dan pendapat tentang produk yang digunakan, pengikut mereka yang lebih mudah tertarik dan terdorong untuk membeli atas faktor keyakinan dan percaya.


"Well! Kawan lama zaman sekolah kan? Aku kenal dia! Aku tahu dia jenis macam mana. Dia bercakap tak pernah menipu. Opkos la aku lebih percayakan pendapat dia tentang produk tu berbanding apa yang retis dan duta produk tu cakap."



Soft sell dan micro-influencer
Strategi pemasaran soft sell tidak menjanjikan peningkatan sales seawal produk/servis itu diperkenalkan. Sebab strategi jualan halus ini mengamalkan teknik persuasif, yang langsung tidak menekan prospek like- 'beli sekarang or you akan susah nanti!'

Eh, ayat tu.

Sounds familiar kan? apa itu influencer marketing
Kedengaran seperti nada telemarketer yang menefon kita supaya membeli plan insurans mereka kan? haha


Penyampaian dalam bentuk santai dan bersahaja micro-influencer
Beberapa cara biasa micro-influencer untuk mempromosikan sesebuah jenama adalah dengan cara menyebutkan nama brand (bersahaja tanpa penekanan), story telling, memberikan pendapat tentang produk yang dia gunakan, perkongsian pengalaman before and after, video membuka parcel yang dia terima,  melancarkan contest dan membuat giveaway produk kepada follower/fans mereka.


Pemilihan influencer
Influencer juga berhati-hati dalam mempromosikan brand atau produk. Jenama yang tidak menyokong niche mungkin akan ditolak demi menjaga dan mempertahankan konten mereka.

Contoh, seorang blogger pejuang penyusuan susu ibu sudah tentu tidak mahu mempromosikan jenama susu formula anda karena itu bertentangan dengan apa yang diperjuangkan, kecuali jika anda cuba menawarkan sebuah pam susu supaya dipromosikan.



Pasaran micro-influencer adalah sangat luas

Bilangan micro-influencer di Malaysia ini sahaja tumbuh bagai cendawan sesudah hujan. Jadi ia menjadi suatu kelebihan bagi anda, owner produk untuk memilih influncer yang bertepatan dan sesuai dengan kempen anda.

Jika influencer yang anda hire itu gagal beri kerja sama dengan baik, anda tidak akan susah untuk mencari seorang influencer lain untuk melakukannya. Depan mata anda ini pun sudah ada seorang.

Hihi. influencer marketing

Annur Syuhadah, seorang blogger lifestyle yang terarah kepada gaya hidup seorang mommy yang berkerjaya, dan kisah struggle beliau sebagai pasangan PJJ, yakni hidup berjauhan dari suaminya, dalam menempuh kehidupan seharian sambil membesarkan 3 orang anak di sampingnya.

Blogger kelas pertengahan. Nak kata BBNU (Blogger Baru Nak Up) pun tidak, influencer marketing sushivid nak kata blogger top sangat pun tidak. Well, I'm a micro-influencer yang menguasai "padang" parenting, healthy food, homecooked, children healthcare and everything in between.

I am a MOMMY BLOGGER.

Untuk standard harga satu iklan, itu bergantung pada jenis kempen. Sama ada dalam bentuk penajaan produk, penajaan tunai, itu terpulang. Namun untuk menentukan harga sebuah blogpost, sebuah video dan perkongsian laman sosial, anda perlu berbincang lebih lanjut dengan Xu melalui email annursyuhadah[at]gmail[dot]com. The more you know, the better! sushivid influencer marketing


Cheers!
Have a nice day.



3 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. terbaek.. ejulz masih xtau macam mana nak jana pendapatan guna youtube.. hehe

    ReplyDelete
  2. wahhh, info yang menarik..

    ReplyDelete
  3. well said sis:) agree dengan statement you.Blogger macam kita memang banyak beri pengaruh kepada readers, sebab depa follow post yang kita publish dalam pelbagai gaya.haha. Rugi kalau tak cuba promote produk dengan Blogger yang punya Blogspot ni.murah dan berpatutan, inshaALLAH.:)

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.