Trend Blogger Beli Likes dan Followers Instagram

Pernah terlintas tak dalam fikiran you all "macam mana orang minat sangat follow dia ni ek?" bila scroll down IG profile seseorang, yang mempunyai puluhan ribu followers tapi based on pemerhatian they don't even have an interesting life? Malah kualiti gambar pun beshe-beshe je, tiada langsung "Wow!" factor dalam setiap gambar dia. Should raise some eyebrows isn't it? Suspicious gila kot.

Okay probably kebanyakannya di sini akan jawab 'no' untuk soalan Syu tadi ahha or lebih tepat your answer is "ada aku kesah?" kan..kan..? Ok itu reaksi biasa dari non-blogger, sebab biasanya diorang set up akaun instagram hanya untuk hobi dan suka-suka je. So ianya normal bila diorang tak cakna hal follower dan following bagai.

Berbeza dengan blogger atau trending kini digelar sebagai 'content creator' macam Syu ni amat concern bab-bab jumlah followers ni. Sebab bagi kami instagram bukan sekadar hobi, tapi lebih kepada tempat untuk 'cari makan'.

Hey! Opkos lah marah bila instapemes mee segera muncul tiba-tiba dan rampas 'jala' yang kitorang guna untuk 'cari makan'. hmpphh! I struggling gila kot just to get 5,000 followers but these 'fake gamers' senang-senang je himpun 20k, just in an instance?? Its frustrating duh!

fake instagram follower blogger menipu beli like, Trend Blogger Beli Likes dan Followers Instagram, How To Spot Bloggers Who Are Buying Followers And Likes on Instagram

Gigih I melabur. Buat giveaway, bukan sekali! Berkali-kali tahu? Hanya semata-mata nak mendapat genuine and real person followers. Ingat sen-sen je ke I habis? Ratus okay, nak menyediakan hadiah giveaway. Tapi sedih, tak sampai 500 followers pun berjaya diraih hasil dari contest dan giveaway tu. Sobs~



Kenapa blogger 'hadap' sangat followers ramai?

If you bukan dari kalangan blogger you akan wondering why it matters. Actually we bloggers bukan hadap sangat nak famous, ada ribu-riban followers kat IG. Tapi zaman berubah babe! Zaman ni zaman viral, zaman socmed. Content yang created di platform blog, zaman sekarang kena intergrate dengan social media, barulah ia dapat capaian tinggi. Kalau tak, you punya penulisan takkan "didengari" walaupun you ada content yang mantap dan power.


Instagram dah ambil alih kuasa blog sebagai tool pengiklanan

Instagram has fast become an advertising platform, menggantikan peranan blog yang pada dulunya berkuasa sebagai alat penyebar awareness. Syu perasan brand-brand besar dah tak lagi hire blogger untuk kempen marketing mereka, sebaliknya beralih kepada instafamous to promote their product to a targeted audience. Sedih duh! I tak kisah if instagrammer yang ramai followers tu has a real audience. Tapi I nampak, balik-balik 'IGger mee segera' jugak yang diupah nyer. pfftt~


Impak menggunakan khidmat fakers dalam brand awareness campaign

Kalau sekadar kempen brand awareness, mungkin tak terasa rugi sangat. Tapi kalau target kempen tu adalah untuk mendapatkan conversion (sale) terhadap sesuatu produk, bagi I membayar these instagrammer adalah sia-sia. Promote produk dan servis you all kat fake audience (a.k.a robot), siapa nak beli? Robot takkan beli barang you. I bet you won’t see any return on your investment. Bayar mahal-mahal untuk buat review, tapi hasil nya nada!


Apa hukum makan hasil dari profile IG tak genuine

Bagi I, itu hak masing-masing nak menentukan sumber rezeki mereka dari saluran yang molek atau saluran dusta. I bagi contoh IG I lah senang. Okay, sekarang I ada 7000 (real) followers dekat IG and macam biasa I mohon lah kempen yang baru dibuka. But unfortunately I won’t get that paid assignment because that particular brand has opted to use someone who has not less than 20K follower. 

~runtun nya jiwa bila peluang I tu terlepas kat bani fakers yang opkos mempunyai lebih dari 20K follower. Hey! These fakers dah caras peluang I and got an unfair advantage. They're actually getting perks and money they don’t deserve! It ain’t right. Not at all.



The struggle is real, but it ain’t that real

Eh kejap lagi bani fakers pembeli likes dan followers ni tampil lah nak justify yang diorang pun sebenarnya 'berusaha' to gain popularity jugak what? Kami keluar duit okey? Bukan dapat free-free je. Itu pun usaha juga. Ya, the struggle is real but it ain't that real. Faham, perubahan algorithm instagram sekarang ni menjejaskan engagement gila-gila!

Nak dapt 50 like pun cukup-cukup payah!

Tapi kita usaha la dengan cara comment thread dan 'likes/comment exchange' kat group IG. Ini baru iya namanya struggle. Sebab kita kerah jari-jemari kita kot untuk engage. Bukannya bayar dan duduk silang kaki bersimpai lengan menunggu likes dari robot menghujani post kita.


Real creators often miss out on opportunities because their follower isn’t as large as the ones with the fake followers. 

Frankly, I look this as a form of theft! It harmed almost every single (real) content creator on instagram.



Dah tertulis itu rezeki dia. Janganlah dengki.

Kalau cara mencuri peluang dari orang yang lebih layak itu dikatakan "rezeki", so I guess tak ada apa-apa dah yang I boleh cakap kat sini. Nanti bila anak-anak you dah sampai masa memohon kerja dan menghadiri temuduga, you all kena redha saja lah.

Andai kata calon lain berjaya dapatkan position tu kerana CGPA dia lagi tinggi (yang dibeli secara rasuah) dari anak you. Dah rezeki dia dapat kerja katanya~


Tutup kesalahan menggunakan ayat bersifat 'menunggang agama'  

Rezeki itu sesuatu pemberian mulia dan suci dari Tuhan, tak baik you all justify dosa dusta you all dengan alasan rezeki. Menunggang agama namanya tu. hmmmm.. Okey here's the thing ; real blogger dan content creator yang berkualiti (yang tak rela membeli likes) surely perlahan-lahan akan tersisih dari industri ni gara-gara these fakers who actually don't even have talent or quality content.

You all boleh terus jadi penunggang agama menafikan 'dosa' you all sebagai pendusta tu, tapi at the end bila market blogger jatuh dan tidak lagi punya nilai, semua akan menerima akibatnya termasuklah you sendiri. Sekarang ni pun dah nampak, strong blog with strong content and traffic pun dah dipandang sebelah mata oleh brand.

I sendiri pun dah rasa. huuu~

Baca juga :


Well this story I hate! haa. alkisahnya begini...
Dalam 6 bulan lepas, I dapat email dari sebuah brand susu formula (imported brand) untuk berkolaborasi. So I reply lah my rate card, my blog traffic performance, audience demography. Mereka sangat berpuas hati dan berminat nak collaborate. But things didn't turn out as they'd planned.

Last email yang I terima, mereka minta my IG handles dan profile facebook-username. Lepas tu I've never heard from them dah. 

Tiba-tiba early of October baruni, I spotted ada so-called parenting blogger (newbie) ni buat write up tentang brand tu di blognya.

Hmm frust gila okey? 

Dalam hati tak habis-habis bertanya "Kenapa brand tu boleh beralih ke dia pulak ni?" Tak puas hati betoi lah! 

Dan sebab ni lah entri ini ditulis haha. 

Sampai hati awak, berpaling dan curang dengan saya setelah awak melamar saya. Why brand xxxx..why..ohh~ Lepas puas menangis, I pun pergi tengok IG dia, ohh~ Patutlah, profile social media dia lebih stand-out daripada I punya. huhu yelah, socmed I semuanya below 10K.~sobs

Tapi..err ada tapii tau guys!
.

Bila I tengok IG dia, memang she has over 20K followers, but when I look through her feed, I just don’t get it. She’s got grainy, blurred (over-filtered) and poor quality photos!

Aku tak kata gambar IG aku in HD quallity or cantik sangat (ermm cantik sikit la kot dari dia ahaks) but I just can’t imagine why this brand being so attracted to collaborate with her. 

Bayaran dalam USD kot. Serius I rasa dia tak deserve that job. Malah kalau compare, blog dia jauh terkebelakang kot daripada blog Syu. Dari segi seniority pula, ianya macam budak tadika dengan Erra Fazira! hmmm.. Whatever!

Bersedia je lah menghadapi era-era kepupusan blogger di zaman mendatang. Instagrammer pelesu ni shamelessly making up to RM 200K per year while knowing that they haven’t done the work to gain these opportunities.

Dan paling menyedihkan, I yang bukan dari background computer/IT ni pun boleh spot these fakers kurang dari 5 minit je. So takkan lah brand or client tak perasan?

I suspect that the brands yang hire these fakers simply don’t care. 

Atau they just berpura-pura tak perasan ke cemana? All you need is just 5 minutes to spot them. Tak perlu sebarang investigative skills pun, you all tengok je senarai yang like tu, dan klik profile liker tu. 

Ada rupa macam ni tak?

fake instagram follower blogger menipu beli like
Beginilah rupa 'robot generated profile' looks like. Bilangan post dalam akaun ni ada berapa kerat je. Pastu following banyak gila! Tengok dia punya oldest post, tak sampai setahun pun profile ni diwujudkan.

Akhir kata. Jom kita berhijrah ke Tiktok yang mempunyai engagement yang lebih tinggi daripada instagram. K bye!

fake instagram follower blogger menipu beli like, Trend Blogger Beli Likes dan Followers Instagram, How To Spot Bloggers Who Are Buying Followers And Likes on Instagram

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Tak reti nak beli followers dan takkan beli kot..biar genuine jer..original..nak naik 5000 pun payah..

    BalasPadam
  2. speechless...nak sedih? idok ler kot..frust? ada la sikit hahaha..redha jer Syu..InsyaAllah ada rezeki lain kann

    BalasPadam
  3. Isu panas ni. Mcm saya sendiri sejak kebelakangan ni mcm kurang guna kan Instagram. Saya lebih suka berkongsi di blog atau Facebook. 😊

    BalasPadam
  4. Fuh! sampai habis Mrs. A baca.
    Tumpang simpati dengan blogger yang serius menulis macam owner blog ni.

    Setuju pasal fake IGers tu pernah jugak Mrs. A tengok ada Igers ni dia punya following banyak cecah belasan ribu k tapi bila tengok tang likes tak sampai pun ratus-ratus hurmmm... sesuatu sangat.

    Baru-baru ni Mrs. A ada terbaca yang IG akan hiding likes count from audience dah buat testing di beberapa negara. IG kononnya nak netizen fokus kepada apa yang di posting bukan fokus kepada berapa likes dapat. Tak pastilah iya ke tidak? Kalau ya... apa jadilah agaknya dengan so call instafamous kans.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betull..ig dah perasan benda ni. So diorang nak focus on creaating values..berbanding kejar likes semata2. I feel bad for "them" hahahaha

      Padam
  5. Followers yg senang naik biase nye senang turun..

    BalasPadam
  6. Tak reti pun nak beli followers.

    BalasPadam
  7. susah nak naikkan... awa baru 3k+ mengah nk dpt bnyk2!! tapi xpela.. usaha juga

    BalasPadam
  8. done follow and btw, kita nak jemput akak join giveaway

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq..mamy Syu quite bz lately ni. InsyaAllah kalau berkelapangan, mamy join ye Nurin

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y