penawar sakit belakang-biobax

Ubat kurus punca hati rosak – Part I

9:04 AM


Assalamualaikum.

Makan apa pagi ni mummies? Tak makan pape? Diet? Haii..sarapan pagi jangan skip kalau nak maintain tubuh badan ideal. Diet tu bukan bererti tak makan. Mummies kalau nak kurus, makan mesti ikut masa dan banyakkan sayur dan buah.

AS lepas bersalinkan Nufael, berat AS dari 71 kg turun sampai 56kg masa dalam pantang. Hanya ikut diet berpantang yang Ma AS sediakan dan menyusukan baby. Itu jer. Sekarang Dikfael pun dah nak masuk dua tahun, berat AS dah naik balik jadi 67kg. Sebab apa? Sebab pertama, Dikfael dah kurang menyusu badan sebab diet harian dia dah lebih kepada makan berbanding minum susu. Kedua, sebab AS selalu skip sarapan. Ha nampak tak? Breakfast tu penting.

Sebenarnya Incik Asben lebih suka AS berisi macam ni. Lagi comel katanye..bhahaha.. Tapi AS tetap nak kena turunkan berat badan jugak. Isu cantik, tak cantik bukan point utama AS nak kurus, tapi lebih kepada nak sihat.

Sekarang ni di media sosial, macam instagram artis-artis banyak mempengaruhi pemikiran kita dan beranggapan “kurus is cantik”. Kesan dari tu, ramai yang menghadapi tekanan untuk menguruskan badan. Sudahnya, ambil jalan mudah dengan membeli pil kurus yang menayangkan testimoni-testimoni acah-acah gempak gittew.

Kalau diperhatikan kat IG dan FB, ada bermacam bentuk ‘jelmaan’ produk menurunkan berat badan ni tau. Ia termasuklah berbentuk pil diet, teh, kopi, jus kesihatan atau produk tradisional lain, seperti jamu. Kebanyakan produk ini menjanjikan hasil yang segera dan ketara.

ubat-kurus-beracun

Hey hati-hatilah dengan produk “fast action” ni. Kebanyakan produk begini dah dicampur dengan bahan yang terlarang atau ubat terkawal. Penggunaan bahan ini tanpa pengawasan doktor boleh mendatangkan kesan yang buruk seperti yang selalu kita dengar dan baca dalam berita:


Jerat pil kurus | Idam nak cantik jadi gila | Menjanda akibat obses langsing | Produk pelangsing beracun | Jamu langsing boleh sebabkan hati rosak

AS mohon celupar kejap nah?! Maaf cakaplah,sebenarnya produk macam ni biasanya diasaskan oleh si tamak haloba yang takde otak dan tak bertanggungjawab. Dalam kepala meraka cuma nampak duit, duit duit. Pulak tu berani memperbodohkan pengguna, dengan mendakwa produk diorang berasaskan herba, 100% semulajadi, bebas kimia dan lain-lain janji lagi. Kesan yang drastik ini selalunya disebabkan ada campuran dengan ubat terkawal seperti Phentermine atau bahan terlarang seperti Sibutramine dan Fenfluramine.

Istilah “ubat terkawal” ni bermaksud, ubat ni selamat digunakan jika diambil di bawah pengawasan doktor . Disebabkan rekod kesan sampingannya terlalu bahaya, maka pemantauan dan pemeriksaan secara berkala perlu dibuat ke atas pesakit yang menggunakan ubat ni. Selain tu, ubat ni dah ditetapkan dos pengambilan yang paling tepat dan optimum supaya pesakit yang mengambil ubat ini boleh menerima faedah dari ubat ni, lebih tinggi berbanding kesan sampingan yang bakal dia terima

Dalam entri akan datang, AS akan huraikan pulak beberapa mekanisma penurunan berat badan yang berlaku dalam badan bila mummies mengambil ubat-ubat pelangsing. Dan kalau sempat AS akan senaraikan sekkali cara-cara mengawal berat badan secara semalamt dan sihat.

Stay tuned! Muuaahh ciket..Ahaks! Gediks sangat hokey!


No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.