10 Cara mendidik anak pintar sejak dari dalam perut

Cara mendidik anak pintar sejak dari dalam perut | Mempunyai anak pintar dan bijak adalah impian semua ibu bapa. Tapi korang mesti tak tahu yang proses mendidik anak jadi pintar boleh dilakukan sejak dari dalam perut lagi? Ha! Jom kita tengok sejauh mana sahihnya tips-tips mendidik anak pintar sejak dalam kandungan ni?

Cara mendidik anak pintar sejak dari dalam perut
Cara mendidik anak pintar sejak dari dalam perut

Cara mendidik anak jadi pintar sejak dari dalam perut


1. Berikan nama yang baik

Sebelum lahir lagi, berikan nama yang baik untuk bakal bayi. Hihi, mengandung kali ni doktor dah sahkan jantina baby aku gegirl masa usia kandungan 6 bulan. So start dari tu, aku panggil dia dengan nama Hawraa'. Bila bercakap-cakap dengan baby pun aku akan sebut nama dia. Kadang-kadang, bila aku terlalu letih, aku akan mengadu kat baby Hawraa' jugak.
"Adik Hawraa'. Tolong ibuuu... Ibu rasa tak larat sangat nak gi kerja harini."
Tak semena-mena, dia pun menendang dari dalam perut ^_^ Comel kan reaksi dia?

2. Berbual dengan bayi

Ucapkan kata-kata nasihat seperti, “Sayang Hawraa', ini ibu ni. Ibu sayang sangat adik Hawraa'. Ibu tak sabar nak tunggu adik keluar. Nanti besar jadi anak yang solehah ya. Patuhi perintah Allah, jaga iman, jaga islam dan jaga ibu dengan ayah baik-baik”.
Kajian menunjukkan bahawa pada trimester kedua, bayi sebenarnya dah boleh kenal suara ibu. Jadi, selalu-selalulah berkomunikasi dengan mereka.

3. Bayi mahukan sentuhan ayah juga

Ayah mungkin tak dapat rasa ‘tendangan’ si bayi. Ayah cubalah gi dekat perut ibu, pastu cakaplah sesuatu yang baik-baik pada baby. Macam kes aku yang hidup long distance dengan suami, so aku record suara ayahnya dalam phone. Bila-bila free dan ibu duduk-duduk bersantai, ibu replay balik suara ayah dengan menggunakan headphone ke perut ibu. Baby Hawraa' pun galak sangat menendang bila dengar suara ayah. Rindu ayah eaa dik? Ibu pun~huu

4. Dengarkan ayat-ayat suci Al-Quran

Selain tu, ayah alunkan lah ayat-ayat suci Al-Quran pada baby. Sekali sekala tu, skip lah solat jemaah di masjid, supaya boleh solat berjemaah dengan si ibu di rumah. Selesai solat, baca Al-Quran bersama-sama. Kalau selama ni, bila travel jauh-jauh kita selalu mainkan lagu menerusi pendrive pada set radio dalam kereta, cuba kita tukarkan lagu-lagu tu kepada ayat-ayat suci Al-Quran pulak. Mudah-mudahan, apabila besar kelak, dia boleh menjadi seorang al-huffaz ke.

5. Bacakan cerita pada bayi

Selain Al-Quran, ibu juga digalakkan membaca buku-buku ilmiah yang lain. Baca kuat-kuat. Biar si baby dengar. Mudah-mudahan terang hatinya selepas keluar nanti. Rangsangan dan sentuhan pada bayi amat penting dalam membina bonding antara keduanya. Berbual dan berceritalah selalu dengan bayi. Apabila ibu dalam keadaan gembira, baby pun kena tempiasnya. Elakkan ‘stress’ kerana secara tidak langsung, bayi akan merasa tekanan itu juga.

6. Penuhi keperluan nutrisi dalam pemakanan

Bakal ibu perlu makan makanan yang seimbang lagi berkhasiat. Ini kerana, setiap nutrisi dari makanan itu, akan sampai pada bayi. Yang penting, pastikan sumber rezeki adalah dari sumber yang halal. Elakkan membeli menggunakan wang dari sumber yang diragui, hasil penipuan dan rasuah. Ia akan mengalir dalam darah bayi tersebut.

Baca juga : Ibu obses nak anak genius sampai sanggup ditipu online sellers


7. Penerimaan dengan hati yang terbuka

Si ibu perlu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bakal dikurniakan seorang anak. Hati mesti ikhlas menerima rezeki dari Allah. Kadang-kadang, ada ibu yang kurang bersedia untuk menimang cahaya mata. Ada juga yang menolak cahaya mata akibat faktor ekonomi. Jika pemikiran ibu semacam tak berapa redha dengan kehadiran baby baru ni, cepat-cepat la buang fikiran tu dan istighfar banyak-banyak. Penerimaan ini penting kerana ia membabitkan emosi dan hubungan antara ibu dan bayi. Secara tak langsung, emosi negatif ni akan sampai pada bayi. Kekalkan elemen positif sepanjang mengandung.

8. Membuat latihan matematik dan muzik

Si ibu dan ayah juga boleh cuba membeli buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Semestinya soalan-soalan yang sukar. Latihan matematik yang di lakukan sewaktu bayi di dalam kandungan dipercayai dapat melatih otak bayi untuk menjadi lebih bijak. Latihan ini di lakukan sehingga bayi dilahirkan.

9. Mempelajari alat muzik & bahasa asing

Untuk merangsang otak bayi, ibu disarankan agar menyanyi dan bermain piano. Mempelajari bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola akan membuatkan kanak-kanak itu lebih bijak. Dikatakan, dengan bermain muzik, dan belajar bahasa asing, otak kiri dan kanan akan dirangsang sepenuhnya dimana pemprosesan maklumat bahasa dan muzik akan melibatkan fungsi kedua-dua belah otak kiri dan kanan.


10. Pemakanan yang istimewa turun-temurun

Antara makanan yang boleh diamalkan adalah kacang badam atau almond, buah kurma atau tamar, dan makan ikan dengan banyak (tanpa kepala). Kepala ikan dipercayai mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak sewaktu bayi di dalam kandungan. Juga boleh mengambil susu formula kehamilan yang tinggi kandungan DHA+ sebagai nutrisi tambahan yang boleh menyokong perkembangan otak baby sejak dari dalam perut.

Selamat mencuba mommies!!

3 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Untung ibu mengandung zaman mesra internet ni, banyak bahan bacaan yg boleh membantu perkembangan bayi sejak dlm perut lagi...

    ReplyDelete
  2. bagus tips2 nih
    ibu2 mengandung kena amalkan

    ReplyDelete
  3. tibe2 ase mcm xsbr plak nak ade baby

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.