Petua Bisnes Laris! | Ayat Pelaris dengan Menggunakan Ayat Al-Quran Pasti Menjadi.

Petua Bisnes Laris! | Ayat Pelaris dengan Menggunakan Ayat Al-Quran Pasti Menjadi — Ramai orang Melayu kita bila dengar kata ada ayat pelaris dan doa pelaris, laju je terus copy dalam phone dan amalkan. Bagus. Itu merupakan inisiatif dalam meningkatkan jualan semasa berniaga.

Tapi slack nya apabila kita hanya mengamalkan doa-doa pelaris beserta ayat-ayat suci Al-quran pada ketika melakukan perniagan sahaja. Amalan selebihnya, ditinggalkan termasuklah amalan-amalan wajib seperti solat lima waktu, menjaga aurat serta puasa.

Budaya ambil separuh, tingal separuh ni perlu dibuang segera dan buang jauh-jauh. Jangan biarkan ia melekat pada kita.

Nak maju, nak laris, nak berjaya dalam perniagaan perlu berbaik-baik dengan Sang Pemberi Rezeki. Tapi nak maju macam mana kalau kita lalai pada amalan wajib, sedangkan yang sunat-sunat kita bukan main pulun buat.

Dengar kata solat dhuha boleh melipatgandakan rezeki. Berdesup dia buatt! 
Dengar kata amalan zikir ayat 100 dinar boleh meluaskan rezeki. Diwiridnya setiap saat!
Sedang, dalam masa sama,
Anda berniaga sampai melangkaui waktu solat Maghrib. Hanguss 3 rakaat~
Solat Jumaat pula sengaja ponteng dengan alasan tertidur, penat berniaga. 
Yang wanita pula asyik berniaga hingga 'terlupa' lengan dan dada itu aurat. Allahu~


Allah lihat tau semua tu.

Jadi, sebelum mengamalkan amalan-amalan sunat, haruslah pastikan yang wajib-wajib itu lunas dan beres. Jangan terlampau ghairah melazimi amalan sunat kerana mengejar fadhilatnya; (boleh jadi kaya, bisnes laris, sales ribu-riban dsb) hingga mengenepikan yang wajib lagi dituntut.

Mafhum hadis Nabi; Sesiapa yang memelihara sembahyang adalah baginya cahaya, petunjuk dan pertolongan di Hari Kiamat. Dan sesiapa yang tidak memeliharanya tidaklah ada cahaya baginya, petunjuk dan pertolongan dan dia pada Hari Kiamat nanti bersama dengan Firaun, Hamman, Qarun dan Ubai bin Khalaf~


AYAT PELARIS - SURAH FAATHIR AYAT 29 - AYAT 30

Petua Bisnes Laris! | Ayat Pelaris dengan Menggunakan Ayat Al-Quran Pasti Menjadi.pelaris, doa pelaris, ayat pelaris, nak bisnes laris,


Bagi yang menceburi bidang perniagaan tak kira online bisnes, offline, direct selling atau perniagaan restoran makanan, selain anda mengamalkan ayat 1000 dinar, anda juga boleh mengamalkan ayat dari Surah Faathir.

Selepas ni, kalau anda ada menyimpan tangkal, duit lama, botol kaca dengan kertas nota purba di dalamnya dll, boleh lah pelan-pelan buang satu persatu. Jauhi diri dari terlibat dengan jampi pelaris yang barangkali bercampur-aduk dengan sihir dan ilmu hitam.

Jangan kerana pelaris, akidah tergadai. Perniagaan merupakan 9/10 daripada rezeki. Maka, kita pun perlu 9 kali ganda lebih tawakkal pada Allah, tuhan yang memberi rezeki dan melariskan jualan kita.

Jangan lupa, jualan kita hanya boleh laris hanya dengan kehendakNya, dan disertai usaha dan ikhtiar sendiri melalui kaedah yang diredhai Allah. Mari kita sama-sama meminta dan memohon kepada Ar-Rozaq dengan membaca ayat-ayat berikut:


إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً

  يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ

لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِ ۚ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ


Innallazi na yatlu na kitaballa hi wa aqo mussola ta wa anfaqu mimma razaqnahum sirrow-wa 'ala niyatay-yar juuna tijaa rotal lan tabuur ,
Liyuwaffi yahum ujuuro hum wayazi~ dahum min fadh lih. Innahuu ghofuu run shakuur (-)



Terjemahannya:

Ayat 29
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

Ayat 30
Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

Wallahua'lam.

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.